Thursday, 31 December 2009
Isu penggunaan perkataan Allah dan sambutan 2010
Friday, 18 December 2009
Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah
Bukan sekadar menjadi tema, semangat ukhuwah ini harus dipupuk dan disuburkan. Seluruh rakyat negara ini tidak kira apa kaum serta agama yang mereka anuti harus mempunyai rasa tanggungjawab untuk membangunkan negara serta menjaga keharmoniannya. Selama ini pun, ukhuwah memang telah lama wujud di negara ini. Kalau tidak masakan rakyat Malaysia boleh berkongsi hidup sejak lebih 50 tahun kemerdekaan.
Apa pun, ada 'deringan' di sana dan sini pada ketika ini oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mensabotaj keharmonian tersebut. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini suka memanipulasi keadaan bagi menimba keuntungan diri dalam jangka pendek. Mereka perlu ingat, jangan sampai 'bahagia semusim, tetapi akhirnya derita berpanjangan'. Sejarah zaman Kesultanan Melayu dahulu ada pelbagai pengajaran yang berkaitan situasi ini.
Ada dua konsep ukhuwah, iaitu insani dan Islam. Ukhuwah insani adalah hubungan antara manusia dengan manusia. Ia berlaku kawasan kejiranan, di pejabat, di institusi pengajian dan malah di mana-mana tempat manusia berurusan sesama manusia. Kalau anda tidak kenal jiran anda dan tidak pernah bertegur sapa, maknanya tiada semangat ukhuwah di situ. Ada orang tidak pernah bertegur sapa dengan rakan sepejabat. Sebaliknya, di era komunikasi ini ramai yang tidak pernah bersua muka boleh berbicara seolah-olah telah kenal 10 tahun dulu. Ini boleh dilihat dalam media sosial seperti facebook.
Islam memang tidak pernah mengajar umatnya berselisihan. Kadang-kadang kerana tak sependapat dalam hal yang kecil dan kurang penting, manusia sanggup mencipta dosa. Contohnya, dalam hal cara amalan ibadah dibuat. Adalah suatu perkara biasa jika kita punya pandangan yang berbeza. Manusia memang unik. Jangan terlalu cepat mengamalkan sikap aku betul, dan engkaulah yang sentiasa salah. Jangan pula menghina agama lain yang dianuti rakan-rakan dari kaum lain (Cina dan India misalnya).
Ummah akan roboh jika ukhuwah hancur. Semoga Allah memberi hidayah dan inayah, serta memberi pertolongan bagi menyatukan sebarang kumpulan yang berbeza pendapat di negara ini. Selamat menyambut Ma'al Hijrah 1431H.
Tuesday, 15 December 2009
Zizie Ezette... wow!
Friday, 4 December 2009
Pakaian memang bukan cermin keperibadian
Kadang-kadang terfikir oleh saya kemanakah halatuju orang politik masa kini? Sudah pasti masyarakat semakin keliru. Bagi pengikut dan penyokong tegar, apa saja yang dilakukan pemimpin mereka semuanya betul, sebaliknya apa saja tindakan yang dilakukan oleh pihak lain semuanya salah. Pokoknya 'mesti ana betul, dan mesti enta salah!'.
Paling memalukan, bila yang dipanggil 'ustaz' dan pakai serban berbelit-belit bercakap macam orang mabuk. Kalau sudah begitu, betul kata orang, 'pakaian bukan cermin keperibadian!'.
Saturday, 21 November 2009
Ini Bukan Demokrasi Kita
Sampai kapankah kematian
Ibu tua dan anak kecil
Nyawa yang menjadi korban
Atas nama demokrasi
Sampai kapankah kehancuran
Tamadun yang dibanggakan
Darah merah jadi saksi
Kehebatan demokrasi
Apabila demokrasi datang
Bersama laskar dan senjata perang
Musnahlah kedamaian
Musnahlah keindahan
Yang tinggal kesengsaraan
Moral pun rosak dan keji
Minda dibuai ilusi
Yang bernama demokrasi
Lagu ini dinyanyikan oleh Sohaimi Meor Hassan (juga popular dengan lagu Epilog Cinta Dari Bromley) lama dulu dan amat sukar kedengaran di radio pada masa sekarang. Dulu-dulu masa mendengar lagu ini saya kurang faham liriknya. Dengan apa yang telah dan sedang berlaku di negara kita sekarang, saya semakin dapat menghayati lirik lagu di atas yang bertajuk 'Ini Bukan Demokrasi Kita'.
Tuesday, 17 November 2009
Kalau jadi PRK di Kota Siputeh...
Awal-awal lagi sudah ada yang beri cadangan dalam blog tentang siapa yang paling sesuai jadi calon BN di Kota Siputeh. Ramai yang setuju walau pun ada yang tidak. Penyokong UMNO bukan main 'confident' lagi bahawa kerusi tersebut boleh dipertahankan dan ada yang yakin untuk tambah majoriti. Ini mungkin sebab terbaru ini UMNO menang besar di Bagan Pinang. Anwar Ibrahim pun dah buat kenyataan bahawa PAS akan bertanding di situ.
Kalau jadilah PRK di Kota Siputeh... keadaan tidak akan sama seperti di Bagan Pinang. Jangan 'syok' lebih-lebih. Orang tempatan pun banyak juga yang dah 'fade-up'. Mereka dah beri mandat pada Abu Hassan dan BN. Kenapa dia buat perangai tak bertanggung jawab? Kalau macam ini tahap prestasi wakil rakyat BN di Kota Siputeh, mungkin sudah timbul keinginan orang Kota Siputeh untuk tukar wakil rakyat.
Lebih-lebih lagi kerajaan PAS di Kedah nampak steady sahaja dan tak banyak cerita macam negeri-negeri lain yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan. Kita pun tak boleh nafikan bahawa MB Kedah kali ini memang 'steady' dan 'cool.' Orang UMNO sendiri yang berada di Kedah pun tak tertekan dengan stail Menteri Besar mereka sekarang.
Memang pening kepala Shapie Apdal dan UMNO Kedah nak 'tawan' kembali negeri Jelapang Padi tu. Sama juga ceritanya di Kota Siputeh. Kalau ikut bahasa loghat utara, 'wakil rakyat BN ni kira dok 'lena' lah sampai mesyuarat sekali-sekala pun tak boleh nak pi. Silap haribulan kalau macam ini boleh jatuh ke tangan PAS. Dulu pun calon BN hanya menang 495 undi sahaja (Abu Hassan 8,160 dan calon PAS Ismail Wan Teh 7,665.
Kalau jadi PRK Kota Siputeh... jangan dok mimpi lebih-lebih nak jadi macam Bagan Pinang!
Saturday, 7 November 2009
Tekanan politik, bai'ah dan 'parti Islam'
Tekanan ke atas parti tersebut juga turut bertambah dengan isyarat perubahan yang semakin nyata dalam UMNO selaku parti utama Barisan Nasional. Menurut Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, semua parti patut sedar bahawa menjelang PRU-13 nanti kemungkinan sekali corak pemikiran pengundi tidak akan sama lagi dengan situasi PRU-13. Sangat berkemungkinan, tidak akan ada lagi pemikiran 'anything but UMNO' kerana sedikit sebanyak Najib telah berjaya memperbaiki 'kerosakan' yang dilakukan oleh Abdullah Badawi.
Berhadapan dengan tekanan politik semasa, PAS terpaksa memilih kaedahnya sendiri untuk memastikan kesetiaan pemimpin-pemimpinnya terhadap parti itu. Dalam perkembangan yang terbaru, PAS dilihat terpaksa bersandar kepada kaedah bai'ah atau sumpah taat setia jatuh talak tiga terhadap isteri bagi mengelak mana-mana pemimpin khususnya wakil rakyat mereka dari melompat parti.
Saya berpendapat, amalan ketaatan atau wala' seperti ini amat aneh. Saya bukan ahli agama, tapi rasa saya amalan bai'ah yang mengheret persefahaman rumah-tangga itu agak melampau dan dalam masa yang sama turut merendahkan institusi rumah tangga dan mertabat isteri serta kaum wanita.
Apa kata para muslimah PAS sendiri serta NGO-NGO yang selama ini memperjuangkan hak wanita? Bersetujukah dengan amalan bai'ah politik PAS ini? Islam dan adilkah cara ini? Mungkinkah muslimah PAS terpaksa bersetuju di atas dasar 'berjihad' kerana mereka di dalam sebuah parti Islam.
Mungkin sekali penulisan di dalam blog ini amat kecil suaranya, tetapi sebagai seorang Islam saya sangat berharap PAS melihat kembali amalan ini. Walaupun setiap parti itu ada matlamat politiknya yang tersendiri, hal-hal berkaitan institusi rumah tangga serta agama Islam itu sendiri tidak sepatutnya diheret menjadi perisai tekanan politik oleh sebuah parti yang mengaku 'parti Islam'.
Friday, 6 November 2009
Mengapa baru sekarang?
Berita Harian, 6 Nov : Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat, sebaliknya beranggapan ia tidak sesuai untuk umat Islam negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
"Jika sesat, habislah jemaah kita yang solat di Makkah kerana mengikut imam di sana yang berfahaman Wahabi. Fahaman itu tidak sesat, cuma ada perbezaan dengan apa yang kita amalkan selama ini," katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan, di Masjid Wilayah, di sini semalam. Beliau berkata, fahaman itu tidak sesuai kerana di Malaysia berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Wahabi boleh mewujudkan perselisihan sesama umat Islam.
Antara perbezaan pendapat yang menimbulkan perselisihan ialah tidak membaca qunut dalam solat subuh, membaca Yaasin pada malam Jumaat, membaca talkin, tidak berwirid selepas solat dan mengadakan tahlil.
Berikutan itu, Mashitah berkata, kerajaan dan Majlis Fatwa sedang menelitinya secara berhati-hati supaya tidak membahayakan dan menimbulkan ketegangan di kalangan orang agama atau masyarakat. Jika menimbulkan keresahan dan kekeliruan kepada masyarakat atau menyentuh soal akidah hingga membawa terbatal syahadah, tindakan akan dikuatkuasakan.
"Fahaman Wahabi yang disifatkan sebagai isu sensitif masih boleh dibendung kerana perbezaan aliran itu masih boleh diterima selagi tidak menyentuh akidah. Kita mengambil pendekatan yang halus dan diplomasi kerana banyak yang perlu kita jaga terutama perpaduan masyarakat," katanya.
Komen : Mengapa baru sekarang perkara ini dihebohkan, sehinggakan berlaku penangkapan Dr. MAZA atas alasan memberi kuliah agama 'tanpa tauliah'? Tidakkah cara tindakan yang telah diambil oleh JAIS itu telah menambah kekeliruan di kalangan umat Islam di Malaysia, sekaligus menimbulkan ketegangan dan mengancam perpaduan masyarakat?
Monday, 2 November 2009
Dungunya sebuah jabatan kerajaan
Susah nak percaya bahawa itu sebab sebenar penangkapannya kerana umum kenal dan tahu Dr. Asri juga setiap minggu menulis dalam Mingguan Malaysia, selain pendapatnya dalam hal-ehwal agama yang selalu menjadi rujukan pelbagai pihak. Kenapa tak ditangkap sahaja penceramah-penceramah agama tak berpermit yang saban hari memainkan jarum politik di masjid dan surau-surau di serata Selangor. JAIS diperkuda untuk tujuan politik, dan 'permainan' ini sangat memalukan umat Islam di Malaysia.
Dalam pada itu, si Ketua Pemuda UMNO hanya bersuara lembik dengan mengatakan beliau 'akan pantau tindakan JAIS' dan mengecam jabatan tersebut jika berlaku sebarang tindakan tidak adil terhadap bekas mufti itu. Kalau setakat pantau dan nak kecam... tak payahlah jadi Ketua Pemuda!
Friday, 23 October 2009
PAS pun nak 'berubah'
Apa sudah jadi? Semalam Mursyidul Am PAS itu pula seolah-olah melaungkan 'perubahan' dan mencetus keinginan untuk adakan suatu 'EGM' bagi menyingkirkan Presiden serta beberapa tokoh utama yang lain dalam parti tersebut (baca sini dan sini)
Walaupun ramai penyokong Pakatan Rakyat yang cuba berbohong kepada diri sendiri dengan menafikan keresahan mereka terhadap apa yang berlaku di Selangor, Bagan Pinang serta isu kerajaan perpaduan yang tenggelam timbul, hakikatnya 'poligami' PAS, DAP dan PKR juga sedang menempuh badai. Keyakinan semalam PAS dan pakatannya kini goyah kembali bila UMNO dan BN kembali bersolek dengan kosmetik berjenama.
Dulu sampan kecil dan mudik di sungai sahaja, senang 'control'... sekarang bahtera dah besar dan belayar di laut lepas, barulah kenal cabarannya! Hmm.. kalau pun betul-betul PAS buat EGM atau Muktamar Khas, harap-harap janganlah selepas itu ada ahlinya yang nak lari masuk Makhal Sakti.
Tuesday, 20 October 2009
PAS for All dan 1Malaysia
Konsep 'PAS for All' dilaungkan oleh parti itu merupakan program promosi bertujuan untuk meluaskan sasaran pasaran parti tersebut kepada kaum bukan Islam di negara ini. Pada peringkat awal, slogan 'PAS for All' dilihat berjaya memberi impak yang positif dan berjaya menambat hati pengundi bukan Melayu serta 'orang atas pagar' semasa PRU-12 yang lalu.
PAS telah menubuhkan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang dianggotai orang bukan Islam, dan parti itu sanggup berjanji untuk menaikkan taraf KPP yang merupakan sayap parti tersebut supaya setaraf dengan Dewan. Namun janji tersebut masih belum mampu dikota lantaran terdapat banyak suara-suara tidak bersetuju di kalangan ahli PAS berkaitan idea ini. Ini melahirkan kebimbangan dan keraguan dikalangan bukan Melayu terhadap keikhlasan, kemampuan serta kesungguhan PAS merealisasikan 'PAS for All'.
Persaingan antara PAS dan UMNO/BN bagaikan 'Cola War'. Najib muncul dengan program promosinya '1Malaysia' yang objektifnya hampir sama dengan PAS for All, iaitu untuk memikat hati pengundi bukan Melayu. Penekanan 1Malaysia ialah terhadap usaha-usaha UMNO/BN untuk menzahirkan keadilan serta perjuangan untuk semua rakyat Malaysia. Dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas, pemimpin serta perwakilan langsung tidak menyebut hal perkauman. Kesungguhan yang ditunjukkan, jika berjaya direalisasikan dengan cepat mampu menarik kembali keyakinan bukan Melayu terhadap kepimpinan Najib.
Seperti dalam pemasaran, sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk itu, pelanggan menilai dengan melihat serta mencari kepastian samada rekabentuk serta kualiti produk yang dipasarkan sama seperti yang dijanjikan dalam program promosi. Begitu jugalah halnya dalam politik negara kita. Sebelum menghadapi PRU-13, rakyat akan mencari kepastian dan kebenaran antara PAS for All dan 1Malaysia.
Sunday, 11 October 2009
Calon 'recycle' pun OK kalau kena gayanya!
Keputusan ini juga menunjukkan walaupun tindakan UMNO/BN meletakkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon telah mengundang pelbagai persepsi negatif (dari kacamata pemerhati politik) terhadap BN, pengundi di Bagan Pinang telah membuat keputusan dan mereka 'memaafkan' Isa Samad. Impaknya, kemenangan dalam PRK yang ditunggu-tunggu oleh BN telah menjelma. Akan tetapi ini bukan penghujungnya.
Episod ini harus dilihat dari perspektif yang lebih jauh serta skop yang lebih besar, iaitu samada ini akan memberi impak positif atau sebaliknya kepada PRU-13 nanti. BN tentu tidak mahu dikata 'winning the penny but loosing the pound' atau 'menang sekupang tetapi kalah seringgit' kerana setakat ini 'perubahan' sebenarnya belum benar-benar dapat dilihat dalam diri UMNO mahu pun BN. Selain itu juga Tan Sri Isa Samad yang menarik nafas lega perlu muhasabah diri dan tampil membuktikan dia sendiri sudah 'berubah' lantas khidmat yang berkualiti harus menjadi balasan kepada orang Bagan Pinang.
Nampaknya calon recycle pun OK juga kalau kena gayanya...
Thursday, 1 October 2009
PAS dan strategi politik
Sejak sekian lama, PAS telah muncul sebagai sebuah parti politik pembangkang yang utama di arena politik tanahair. Sejak kejayaan terbesar PAS dalam Pilihanraya 1959 parti ini kembali meniti sunyi dari kemenangan pilihanraya sehinggalah Mac 2008. Jarak tempoh itu sangat panjang. Dari zaman Hj Ahmad Fuad Hassan dan Dr Abbas Alias, hinggalah ke zaman Haji Hadi dan Nik Aziz.
Tempoh yang panjang itu juga menyaksikan perubahan lain terutama dari segi strategi politik yang digunakan oleh parti ini. Kalau di tempat saya dulu, yang jadi calon PAS rata-rata hanya golongan petani atau paling-paling drebar teksi. Calon PAS sekarang ada yang ada sarjana dan Ph.D. Dulu-dulu kalau kempen, cerita hukum hakam, tapi tiada maki hamun seperti sekarang. Pemimpin PAS dulu ‘ulamak’, tapi kini ada yang ‘erdogan’ serta orang ‘kecewa’ parti lain.
Dari pengamatan saya, PAS kini memang parti besar dan kuat. Strateginya menjadi serta pandai pula ambil kesempatan dari salah congak serta ‘ribut-ribut’ yang ada dalam parti lawan.
Tapi PAS macam parti-parti politik yang lain juga. Bila ada kuasa, banyak yang berebut. Islam bagi PAS kini betul-betul jadi ‘tema’ sahaja, mujur ada perkataan Islam pada nama parti yang didaftarkan itu. PAS sekarang mula keliru, nak Islam dulu atau kemudian pun tak apa. Betullah tu... nama pun politik!!!
Dulu Nik Aziz kata sosialis itu ‘adik-beradik’ komunis. Aha... DAP itu sosialis. Dalam PKR pula, sosialis pun ada nasionalis pun ada gamaknya! Dulu PAS beria-ia laungkan ‘hudud’, sekarang dah tak dengar lagi. PAS for ALL!
UMNO pernah hulur tangan masa Hadi sebut kerajaan perpaduan. Kalau nak sambut boleh tu... sekurang-kurangnya orang UMNO dan PAS sujud kea rah kiblat yang sama. Malang sekali Nik Aziz kata UMNO ‘tak Isle’... lantas lebih baik ‘berdakap’ dengan DAP... err.. saya tak pasti orang DAP sujud ke arah mana?
Di Perak, Ngeh baca ayat Quran dalam loghat Cina, ramai pak lebai suka dan tepuk tangan... deme kate Ngeh lebih Islam dari Ameno! Di Selangor pun lagi banyak cerita. MBPJ rampas arak, Exco DAP suruh pulang balik... tak kisah, juallah arak di 7E. Ingatkan Hassan Ali betul-betul hero... fuhh.. tak ke mana pun! Tak apa, Hassan cuba lagi dalam isu SELCAT... dah dituduh jadi tali barut UMNO pulak dah! Sebab Hassan melayu-Islam, bercakap sikit selalu kena tegur kerana PAS nak jaga ‘silaturrahim’ dengan ahli Pakatan. Tapi kalau DAP buat ‘loglaq’dan tak hormat pada orang Islam... biarkanlah!sikit saja! Mana Nik Aziz dan Hadi?... tak cerita pasal hudud pun!... betullah tu... nama pun politik! Strategi ni samalah macam Perjanjian Hudaibiah kata Khalid Samad!..eleh.. dia kata mula-mula memang Islam rugi sikit... sikit saja!
Betoi ka brader??? Takkan nak samakan strategi Hudaibiah dengan strategi politik PAS sekarang ni. Cuba fikir betul-betul, strategi yang PAS pakai sekarang ini kalau ada pun lebih memberi peluang kepada parti bukan melayu dan bukan Islam untuk mengukuhkan paksi mereka. Mana hudud?... sorry lupa pulak, PAS for ALL!
... di Bagan Pinang, Zulkefly Mohamad Omar (PAS) nak lawan Isa Samad (UMNO)!
Monday, 28 September 2009
Isu tukar imam dan fahaman 'Wahabi' di Perlis
Ramai berpendapat sebab pertukaran tersebut ialah kerana imam berkaitan (Masjid Behor Temak) tidak mengamalkan fahaman 'sunnah' sepertimana yang biasa menjadi amalan di Perlis. Fahaman 'sunnah' di Perlis ini tidak sama dengan fahaman mazhab Syafi'e yang diamalkan di negeri lain di Malaysia. Ada juga orang panggil fahaman ini 'Wahabi'.
Sebagai contoh, orang di Perlis yang mengamalkan fahaman ini sejak puluhan tahun dahulu biasanya tidak membaca doa qunut dalam solat subuh, tidak membaca talqin serta tidak mengadakan majlis-majlis tahlil. Selepas sesuatu solat berjemaah, imam tidak akan membacakan doa secara kuat, tetapi ahli jemaah akan membacakan sendiri doa masing-masing. Allahyarham datuk saya yang berasal dari Padang, Sumatera pun dulu salah seorang guru agama di Perlis yang kuat berpegang kepada amalan 'sunnah' ini. Ada lagi beberapa tokoh agama di Perlis pada ketika itu yang berasal dari Sumatera barat. Bahan sejarah berkaitan perkembangan amalan ini ada di Muzium Negeri Perlis.
Pada hari ini oleh kerana banyak berlaku penghijrahan orang dari luar Perlis untuk menetap di Perlis, serta anak Perlis sendiri yang melanjutkan pelajaran serta bekerja di luar Perlis, amalan fekah di Perlis menjadi bercampur-campur. Fahaman mazhab Syafi'e pula semakin diamalkan di Perlis. Bagaimanapun bila Dr. Mohd Asri menjadi mufti Perlis, beliau banyak mengajar dan memperkukuhkan kembali amalan serta fahaman 'sunnah' atau 'Wahabi' ini di kalangan warga Perlis.
Isu pertukaran imam ini sedikit sebanyak telah menimbulkan kekecohan, terutama di kalangan anak jemaah masjid yang terlibat. Ada yang tidak berpuas hati. Bagaimanapun, hari ini Pengarah JAIPs telah pun membuat kenyataan berkaitan isu ini. sila baca
Cuma yang kita harapkan ialah supaya isu ini tidak dipanjangkan dan dapat diselesaikan secara baik. Jangan pula dijadikan bahan kempen politik oleh mana-mana pihak yang hanya akan memecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu, lebih-lebih lagi di bulan-bulan yang mulia ini. Insyaallah.
Saturday, 19 September 2009
Happy Eid Mubarak!
Thursday, 10 September 2009
Bagan Pinang: Calon 'recycle' ok ke?
Walaupun belum official, 'angin' bertiup kencang mengatakan Tan Sri Isa Samad (Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang) akan jadi calon UMNO sementara kemungkinan besar Zulkefli Mohd Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan) akan mewakili PAS. baca sini
PRK Bagan Pinang adalah sangat kritikal terutamanya bagi Barisan Nasional kerana sejak Mac 2008 yang lalu, telah 8 kali PRK diadakan dan BN tewas 1-7. Dalam siri kekalahan BN itu, hanya PRK Manek Urai ada memberi sedikit kemanisan, namun selepas itu UMNO kembali 'menembak kaki sendiri' di Permatang Pasir. Sejak PRU-12, saya berpendapat telah terlalu banyak 'ilmu' yang boleh UMNO/BN pelajari, jika ia mahu belajar.
Saya sangat bersetuju bahawa kemenangan serta kekalahan dalam sesuatu pilihanraya bukan hanya dipengaruhi oleh satu faktor sahaja, akan tetapi dalam era kini saya juga sangat bersetuju bahawa faktor calon merupakan salah 'pembolehubah' yang siknifikan terhadap keputusan yang dicari.
Calon pilihanraya yang mempunyai kriteria positif seperti berintegriti, anak tempatan, disenangi masyarakat, berpendidikan tinggi serta dinamik sangat berpotensi untuk meraih undi yang lebih dari calon yang memiliki kriteria sebaliknya. Calon yang tidak mempunyai isu peribadi yang negatif dapat mengelakkan diri dari strategi 'character assassination' yang digunakan oleh pihak lawan.
Bagi PRK Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad mungkin masih dilihat sebagai calon yang terbaik oleh sebahagian pemimpin dan penyokong UMNO di kawasan berkenaan, tetapi dengan meletakkan Isa Samad, UMNO seolah-olah meletakkan seorang calon bertaraf 'recycle'. Satu soalan yang boleh ditanya: tidak adakah calon muda yang berpotensi untuk diketengahkan?
Tidak dinafikan, Isa Samad banyak berjasa kepada rakyat Teluk Kemang, bahkan kepada Negeri Sembilan juga. Belia adalah bekas Menteri Besar serta ahli politik berpengalaman yang telah berkhidmat untuk sekian lama. Tidak keterlaluan jika dikatakan Isa masih berbisa. Tetapi pada persepsi umum, Isa juga 'tidak bersih' serta telah dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO sendiri. Ini bererti beliau juga tidak menepati syarat sebagai calon yang baik.
Ok ke kalau letak calon recycle?
Dalam hal memilih calon ini, parti yang bertanding perlu fokus kepada matlamat yang ingin dicapai dalam pilihanraya supaya tidak tertembak kaki sendiri!
Sila juga baca:
Pelantaq Hujah: Isa di Bagan Pinang - Pembangkang juga bersetuju!?!?!?!?
Saturday, 5 September 2009
Polis masuk perangkap Uthayakumar
Perarakan petang tadi disertai oleh kira-kira 50 orang. Mereka berarak dari Masjid Jamek sambil memegang lilin yang dinyalakan. Namun sebaik sahaja memulakan perarakan, mereka telah dihalang oleh pihak polis dan sebahagian daripada mereka telah ditahan. baca sini Itulah sebenarnya yang mereka harapkan. Mereka berharap supaya ditangkap polis. Itulah 'jerat' sebenar yang dipasang oleh Uthayakumar bagi menggambarkan ketidakadilan pihak pemerintah dalam menguatkuasakan undang-undang serta adanya amalan 'double standard' dalam laungan 1Malaysia.
Sebelum ini saya pernah katakan bahawa komen Dato' Seri Hishammudin ke atas 'isu kepala lembu' adalah suatu kesilapan. baca sini Menurut Hishammudin, semasa demonstrasi di Shah Alam polis tidak mengambil apa-apa tindakan kerana jumlah mereka yang mengadakan demonstrasi adalah kecil (50 orang). Nah, kenyataan inilah yang memberi idea kepada Uthayakumar untuk mengenakan pihak polis dan hari ini dia berjaya.
Friday, 4 September 2009
By-Election the 9th
During March 2008 General Election, BN retained power in Negeri Sembilan but lost it's 2/3 majority in the state assembly. Currently there are 21 BN's state assemblymen, while 15 representatives are from PR. All but one of the previous eight by-elections were taken by the PR coalition. The most recent was in Permatang Pasir which saw BN being self-sabotaged by choosing an unfit candidate. Do they take that as a lesson?
Thursday, 3 September 2009
Kepala lembu - Hishammudin silap
Dato' Seri Hishammudin Hussein mempertahankan tindakan protes yang dilakukan oleh kumpulan 'penduduk Seksyen 23 Shah Alam' selepas mengadakan pertemuan dengan mereka semalam. Katanya, kumpulan ini hanya ingin suara mereka didengar, tetapi agak malang kerana bantahan mereka telah mendapat liputan meluas yang negatif kerana isu kepala lembu tersebut. baca sini
Dalam situasi kecelaruan politik sekarang, para pemimpin perlu berfikir 10 kali sebelum membuat sesuatu keputusan atau komen ke atas isu-isu tertentu, lebih-lebih lagi yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Apatah lagi dalam gemuruh laungan slogan 1Malaysia yang semakin menjerut UMNO dan BN sendiri.
Monday, 31 August 2009
Kepala lembu - It is just not wright!
Saturday, 29 August 2009
Makna MERDEKA
Mungkinkah itu puncanya tahun ini orang Malaysia malas hendak kibarkan bendera Jalur Gemilang di rumah masing-masing? Begitu juga keadaannya di premis-premis perniagaan serta bangunan pejabat kerajaan dan swasta. Mana perginya semangat patriotik? Ramadhan dan H1Ni bukan alasan dan jawapannya kepada persoalan ini. Benar, semangat patriotik bukan hanya setakat mengibarkan Jalur Gemilang, namun itu tetap merupakan sekecil-kecil usaha untuk menghayati suatu hari yang amat bersejarah.
Ramaikah lagi yang mampu menghayati erti kemerdekaan ini setelah 52 tahun ianya dicapai? Dalam suasana negara mengharungi kegawatan ekonomi serta juga kekalutan politik, ramai yang mungkin stress melihat kenaikan harga barang dan siri pilihanraya yang bertali arus. Di kala generasi baru tercari-cari buku sejarah negara mereka sendiri, sudah pasti ada yang gembira menangguk di air yang keruh ini.
Hari ini, yang bukan pejuang pun dikatakan pejuang. Yang haram itulah yang seronok dilakukan. Apatah lagi jika dilakukan beramai-ramai. Bagaikan nak berpesta 'Loi Krathong', berduyun menyewa bas datang ke ibunegara sekadar untuk berarak dan disimbah air. Ada yang suka lempar batu sembunyi tangan, bunuh kawan dan kemudian menuduh lawan. Ada pula yang sudah berani menentukan siapa ke syurga dan siapa tidak. Agama menjadi kenderaan politik.
Di kala generasi baru tercari-cari buku sejarah negara mereka sendiri, ada yang mengambil kesempatan untuk melanggar kontrak sosial. Hak peribumi kini berani dipersoal. Paling malang, ada pula peribumi sama-sama bersatu menggadai hak sendiri. Demi politik, matlamat menghalalkan cara. Yang bukan bumiputera pun minta dijadikan bumiputera. Generasi muda semakin keliru.
Hari ini, jika kita ajukan soalan kepada rakyat Malaysia tentang pengertian merdeka, ramai yang akan berkerut dahi dan tidak pasti. Mungkin kerana kini negara kita sudah maju dan sudah terlalu lama merdeka, makna merdeka jadi pelbagai. Kecelaruan ini jika berlarutan, pasti negatif kesinambungannya. Betulkah 1Malaysia?
Sunday, 23 August 2009
Kalau tak jujur, bagaimana nak jadi wakil rakyat?
Oleh yang demikian, adalah sangat penting bagi seseorang calon itu mempunyai tahap integriti yang tinggi. Sifat-sifat seperti jujur, amanah dan ikhlas akan menonjolkan kualiti seseorang calon selain dari sifat-sifat dinamik, disenangi ramai, serta sifat-sifat lain yang menunjukkan kewibawaan beliau selaku bakal pemimpin.
Pihak pengurusan parti juga biasanya akan melihat kriteria-kriteria seperti yang saya sebutkan itu untuk memilih calon yang akan mewakili parti dalam pilihanraya. Pengurusan parti pasti membuat kesilapan yang maha besar sekiranya calon itu dipilih kerana kuat melobi. Individu berkualiti biasanya tidak gemar melobi. Cuma kepimpinan parti yang patut bijak mengesan mana batu, mana permata.
Bukan nak meramal keputusan PRK Permatang Pasir. Calon yang diketengahkan oleh PAS bukanlah 'outstanding'. Tetapi calon BN kali ini nampaknya dipilih di kalangan orang bermasalah. Rohaizat pada mulanya bergelut dengan isu lesen guamannya yang dibatalkan ekoran isu penyelewangan wang koperasi pekebun getah. Kini beliau terbelit pula dengan isu poligami.
Pengundi lelaki mungkin menganggap ini isu remeh, tetapi bagaimana pula kaum hawa yang selalunya sangat sensitif dengan hal sebegini. Rohaizat tentunya akan dilihat sebagai seorang yang tidak jujur kerana tidak berterus-terang dengan kepimpinan parti berkaitan masalah-masalah peribadinya sebelum dipilih menjadi calon. Setidak-tidaknya kepada kaum hawa, Rohaizat dilihat sebagai tidak jujur kepada isteri serta keluarganya sendiri.
Kalau tak jujur, bagaimana nak jadi wakil rakyat?
Wednesday, 19 August 2009
Nik Aziz memang hebat!
Dia memang 'hebat'. Apa saja yang keluar dari mulutnya akan diterima bulat-bulat oleh mereka yang menganuti fahaman politik yang sealiran dengannya. Nik Aziz juga hebat kerana apabila kenyataan-kenyataannya yang kontroversi itu dipertikaikan dalam media, dia boleh 'putar cakap' dan sekali lagi akan diperakukan oleh mereka yang menjadi penyokongnya. Mereka yang tiada pegangan pun mudah menerima 'fatwa' Nik Aziz ini kerana beliau menggunakan Islam sebagai 'kenderaan' politiknya.
Dalam menentukan bahawa orang Umno/BN tidak akan masuk syurga, apa bezanya sangat ahli dengan penyokong? Nik Aziz memang 'hebat' dan makin lama makin sesat.
Friday, 14 August 2009
Sekadar menjadi satu bukti
Tetapi, nasib baik ucapan syabas itu tak sempat dilafazkan. Rupanya apa yang dilakukan Hassan sebelum ini bukan suatu perjuangan, sebaliknya sekadar gimik politik demi untuk sedikit populariti. Mereka berdamai. Samada tidak sanggup untuk menggadaikan jawatan Exco, atau pun kerana alasan untuk menjaga keutuhan PAS yang hendak menghadapi pilihanraya, itu tidak penting. Apa yang jelas, isu arak di Selangor menjadi satu lagi bukti 'Islam hanya dipolitikkan' oleh PAS.
Friday, 7 August 2009
PAS menikus
Dalam situasi itu, ada pula wakil rakyat beragama Islam seperti Khalid Samad yang tidak menyokong Hassan Ali. Itu juga menjadi antara sebab Khalid Ibrahim tidak berani melucutkan jawatan Ronnie Liu sebagai Exco, mahupun menghadkan atau melarang penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam atau penjualan secara terbuka di negeri Selangor.
Mana suara pemimpin besar PAS yang sepatutnya menyokong kuat tindakan Hassan Ali? Semuanya menikus. Ternanti-nanti juga Nik Aziz nak kata 'pergi jahanam DAP dan PKR'. Mana? Tak ada pun! Nik Aziz tak berani ke atau memang sebenarnya hanya mempolitikkan Islam (bukan memperjuangkan Islam). Bayangkan kalau MB Abdul Khalid Ibrahim tu orang UMNO... dah lama dikafirkan oleh Nik Aziz!
Tuesday, 4 August 2009
Utusan Malaysia: Sedikit rasis, tapi berasas
Pada dasarnya, saya mengakui tulisan saudara Noor Azam ada berbaur perkauman atau rasis, namun apa yang cuba dibangkitkan oleh beliau adalah berasas dan merupakan perkara-perkara yang sepatutnya diambil ingatan oleh setiap individu warganegara ini tidak kira samada mereka Melayu atau bukan Melayu. Ianya berkaitan dengan hak-hak istimewa orang Melayu yang telah lama tercatat di dalam perjanjian yang dipersetujui oleh generasi Melayu dan bukan Melayu terdahulu.
Namun begitu, oleh kerana desakan cita-cita politik individu serta parti tertentu, walaupun mungkin individu itu Melayu atau parti itu didokongi oleh orang-orang Melayu yang saban hari melaungkan perjuangan Islam, mereka terpaksa menyokong ideologi suatu golongan lain yang membelakangkan perjanjian berkaitan hak-hak istimewa Melayu tersebut. Untuk kepastian cita-cita politik, penggadaian bangsa mereka halalkan. Justeru, yang Islam pun dikafirkan dan yang kafir dibelai.
Golongan muda Melayu pula kini ramai yang buta perlembagaan dan buta sejarah. Rata-rata generasi ini (bukan semua), mereka dibesarkan dalam keselesaan dan kesenangan hidup. Mereka tiada pengalaman mentelaah buku pelajaran di bawah cahaya pelita minyak atau terpaksa membawa lampu suluh bertandang ke rumah orang berada di hujung kampung hanya sekadar untuk menonton TV (yang gambarnya hitam dan putih). Ramai yang tidak sedar, keselesaan yang dinikmati kini sebahagiannya adalah kerana adanya hak-hak istimewa tersebut.
Setelah 3 dekad perlaksanaan DEB, orang Melayu semakin berjaya keluar dari kemiskinan. Pemilikan ekuiti dalam sektor ekonomi yang hanya 2.4% pada tahun 1970 kini meningkat kepada sekitar 20% sekarang. Kuota kemasukan ke universiti tempatan serta keutamaan peluang melanjutkan pelajaran keluar negara telah menukar status kehidupan Melayu. Semua ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa dasar-dasar kerajaan sedia ada serta hak istimewa orang Melayu yang dilindungi oleh perlembagaan.
Itu fakta yang benar. Perlembagaan yang ada bukan bertujuan untuk meletakkan kaum bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua di Malaysia. Ianya seolah suatu persetujuan di masa lalu di mana bukan Melayu menerima 'cash cheque' iaitu mereka (walaupun pendatang) diterima terus sebagai warganegara dengan hak-hak sebagai warganegara, manakala Melayu menerima 'post-dated cheque' iaitu jaminan hak istimewa dalam beberapa perkara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dan dilupakan di tanah air mereka sendiri. Rujuklah Report of the Federation of Malaya Constitutional Commission 1957 pada muka surat 6, 70 dan 71 bagi memahami mengapa keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sebab itulah saya katakan bahawa walaupun rencana Noor Azam mungkin boleh dilihat sebagai rasis, tetapi ada asas yang kukuh untuk Utusan Malaysia memaparkan rencana tersebut. Bukan untuk meniup api perkauman, tetapi sekadar mengejutkan Melayu yang tidur serta warga buta sejarah dan buta perlembagaan.
Monday, 3 August 2009
Seloka Demonstrasi
Bila ikut arahan buta-buta
Jadi lembu yang kena guna
Akhirnya tak dapat apa-apa
600 masuk lokap sia-sia
Jumlah pun nampak kurang
Himpunan 100 ribu tak ada datang
Pergi mahkamah sorang sorang
Kepercayaan rakyat hilang
Asyik main politik tak henti
Putarbelit tuduh sesuka hati
Menang negeri, tadbir tak reti
Ditangkap rasuah, bunuh sekretari
Dikritik, jawab dgn mencaci
Apa punya tok guru pandai mengaji
Gagap dikritik bohong tak berenti
Lim Guan Eng dah mula kroni
Selagi Pakatan ada lagi
Ini akan berterusan jadi
Kalau rakyat tak sedar lagi
Hancur negara, Cina naik kaki
Ajis Bertapa
Friday, 31 July 2009
ADUN Permatang Pasir meninggal dunia
Tuesday, 28 July 2009
Pemimpin UMNO selalu lupa jerat!
Terbaru, pemimpin UMNO sibuk memberi respon positif terhadap kenyataan Nik Aziz yang kononnya ingin membentuk hubungan kerjasama dengan UMNO dan melupakan sengketa-sengketa yang lalu demi rakyat. Kata Nik Aziz, perselisihan pendapat sebelum ini adalah adat dalam politik terutamanya ketika kedua-dua pihak menghadapi pilihanraya. Masih agak baru, dan saya pasti kita masih ingat dengan jelas bagaimana Mursyidul Am PAS ini menyamakan UMNO dengan ajaran sesat.
Beberapa hari yang lalu, bila Nik Aziz kata nak jalin semula hubungan dengan kerajaan pusat, para pemimpin UMNO masing-masing memberi respon dan berharap kenyataan Nik Aziz itu ikhlas. Dalam hal ini, nampak sangat macam pemimpin UMNO yang lebih 'memerlukan' sangat kerjasama dengan PAS, walaupun alasannya atas dasar penyatuan bangsa. Pemimpin UMNO sepatutnya telah lama belajar dan sedar dengan orang jenis apakah mereka sedang berhadapan. Nik Aziz memang selalu tidak konsisten dalam membuat kenyataan, laksana si lidah bercabang. Sebaliknya mantan PM pula yang awal-awal lagi dah dapat membaca kenyataan Nik Aziz ini tidak ikhlas.
Buktinya, semalam Nik Aziz 'memusing' semula kenyataannya dan mentafsirkan bentuk hubungan yang beliau maksudkan hanyalah hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, dan tidak langsung timbul soal hubungan UMNO-PAS. baca sini
Kenyataan beliau yang terbaru ini juga memberi gambaran disebalik, iaitu seolah-olah sebelum ini kerajaan pusat menyisihkan Kelantan dari arus pembangunan. Pemimpin UMNO tak sedar ke bahawa kenyataan Nik Aziz ini juga turut menempelak UMNO/BN. Adakah betul kerajaan pusat sebelum ini menyisihkan Kelantan? Jika jawapannya tidak, buatlah kenyataan balas untuk menyangkal dakwaan ini, bukan hanya sibuk beri respon ketika PAS kata nak 'berkawan' dengan UMNO/BN.
Kesimpulannya, pemimpin-pemimpin UMNO perlu cepat belajar dari kesilapan masa lalu supaya tidak terus menjadi bahan tawa. Bukankah Nik Aziz yang sebelum ini berkeras sangat menolak idea kerajaan perpaduan? Jangan jadi pelanduk yang selalu lupa pada jerat!
Sunday, 26 July 2009
Penulis 4tbh elok dedah identiti
Pendedahan yang ditulis di dalam blog ini, telah begitu mendapat perhatian di dalam akhbar cetak dan online walau pun pemilik blog ini hanya bertaraf anonymous . Hakikatnya, siapa betul siapa yang salah masih belum dapat diketahui.
Komen saya, jika apa yang didedahkan dalam blog 'Truth for Teoh Beng Hock' itu benar, ianya sangat membantu polis dalam menyelesaikan siasatan kes ini. Dalam masa yang sama, jika ini benar dan ada bukti, ianya juga sangat membantu rakyat untuk mengenali wajah sebenar DAP yang kini kian 'berpeluh'. Penulis blog tersebut, eloklah dedahkan identitinya dan harus berani untuk membuat laporan polis.
Tuesday, 21 July 2009
May be it's true
Well, seeing series of 'let going' of the hak keistimewaan bumiputera to satisfy the non-bumi (due to the current political landscape), may be it is true that the non-Malays, or the Chinese (just to be more precised) is the current Masters of the country. After 39 years of the NEP being introduced, bumiputera's equity remained at just 20 per cent while the Chinese share stood at 50 per cent even though they consisted of just 26 per cent of the population.
What ever it is, it depends on how you define the word 'master'. read here
Friday, 17 July 2009
Kematian Teoh: Apa sebenarnya berlaku?
Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah ianya satu kemalangan? Adakah ini kes bunuh diri atau adakah ianya perbuatan khianat bertujuan politik bagi menutup sesuatu bukti yang hampir pasti terdedah?
Tidak dapat dinafikan dalam kes-kes sebelum ini, ada cakap-cakap yang mengatakan SPRM pernah menggunakan kekerasan semasa dalam proses soal siasat, tetapi tak mungkin sampai melibatkan kematian seorang saksi yang sangat penting yang boleh membantu siasatan yang sedang mereka laksanakan.
Seperti biasa, sudah tentu ada pihak yang akan menangguk di air keruh. Selepas ini, sebagai mana kes Altantuya, ada lah nanti pihak yang akan menuding jari kepada Najib pula sebagai dalang trajedi ini. Tetapi tuduhan sebegini susah hendak dilojikkan kerana SPRM sedang menjalankan sisatan yang melibatkan si mati, dan hasil siasatan akan menjadi sesuatu yang sangat penting kepada kerajaan Najib. Kematian Teoh akan hanya menyukarkan siasatan kes tersebut kerana Teah menyimpan banyak rahsia berkaitan Ean Yang Hian.
Mungkinkah Teoh telah membunuh diri kerana terlalu tertekan? Mungkin tertekan dengan soal siasat SPRM, atau mungkin juga beliau diugut oleh mana-mana pihak yang bimbang rahsia mereka akan terbongkar. Kalau beliau dibunuh, siapa yang bunuh. Kawan atau lawannya dalam politik? ... kalaulah kita ada penyiasat sehandal Horatio & team...
Apa sebenarnya yang telah berlaku? Tidak pasti. Tetapi apa yang pasti, pihak pembangkang akan sekali lagi menangguk di air keruh untuk kepentingan politik mereka!
Wednesday, 15 July 2009
Erti 'Menang' dan 'Kalah' untuk PAS dan BN
Kita juga harus menerima hakikat bahawa jika BN berjaya mempengaruhi lagi 33 undi semalam, calon BNlah yang dinobatkan sebagai pemenang di N41 di negeri Kelantan itu. Dari mesej yang disampaikan oleh Najib yang berada di luar negara, nyata beliau tidak terlalu kecewa dengan keputusan itu, malah mungkin beliau kini telah boleh mencongak 'sesuatu' dari petunjuk yang diberi oleh pengundi Manik Urai.
Kemenangan tipis 65 undi juga harus diterima sebagai isyarat dari orang Kelantan bahawa semakin ramai orang Melayu di Kelantan kini melihat Nik Aziz tidak lebih dari hanya seorang yang 'tok guru' agama. Bukan pemimpin ulama' atau 'strategist' yang mampu melahirkan sumbangan besar demi memperkasakan sosio ekonomi rakyat Kelantan. Tempoh memerintah Kelantan selama hampir suku abad yang tercatit dalam CV Nik Aziz kini bukan lagi menjadi 'weightage' bagi menunjukkan kehebatan beliau, sebaliknya menjadi ukuran kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin yang 'handicap' dalam hal-ehwal ekonomi.
Arus pemikiran generasi PAS masa kini juga sudah tidak mengalir ke arah yang sehaluan dengan Nik Aziz. Hanya sebahagian ahli PAS yang masih 'berada-ada' terus mengusung tandu Nik Aziz. Golongan inilah saya lihat yang 'juah' kononnya mereka semakin hari-semakin kuat. Sebaliknya, sebahagian lagi pemimpin dan ahli PAS mengomel tidak puas hati di belakang mereka. Saya yakin pergolakan dalam PAS kerana isu-isu 'ulama' vs. erdogan', 'kerajaan perpaduan' serta isu 'Umno ajaran sesat' telah membuka mata ramai pengundi dan menyumbang kepada kemerosotan PAS.
Isu-isu 'royalti minyak', PPSMI, isu 'mahligai Khir Toyo' serta serangan peribadi terhadap Datin Rosmah bagaimanapun membantu PAS meraih sokongan walaupun pengundi sendiri tidak pasti akan kebenaran kisah yang diceramahkan oleh pemimpin PAS. Dalam hal ini, pada masa akan datang Umno dan BN harus lebih bijaksana mentadbir isu-isu ini supaya dalil-dalil yang lebih kukuh dapat diwarwarkan kepada rakyat bagi menangkis segala dakwaan pembangkang. BN harus sedar, kelas pemikiran serta minda rakyat masa kini telah jauh meningkat, walaupun saya sendiri yakin pada keseluruhannya rakyat negara ini belum memiliki minda kelas pertama.
Dari perspektif yang lain, kecerdikan Najib dalam berpolitik tidak boleh diperkecilkan. Najib ini pandai mengambil hati orang, walaupun PAS cuba menyerang isterinya dengan tuduhan 'wanita puaka' dalam Harakah. Apa yang saya maksudkan dapat kita lihat ketika Najib menjadi Menteri Pendidikan dan juga ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan. Dua tiga hari lepas pula, beliau mengumumkan hadiah untuk rakyat. Orang yang tidak terlalu tidak suka pada Najib mungkin menjuihkan mulut. Tapi orang yang tiada masalah dengan Najib (walaupun bukan penyokongnya) mungkin tetap berterima kasih kepada Najib. Kejayaan mengurangkan jurang perbezaan sokongan antara PAS-BN di Manik urai mungkin isyarat 'thumbs-up' kepada 'perubahan-perubahan' yang cuba dilakukan oleh Najib.
Sebab itulah saya kata walaupun BN kalah di Manik Urai, ada sedikit 'kejayaan' sebenarnya yang telah dicapai oleh parti ini. Sebaliknya walaupun PAS menang, ada 'kegagalan' disebalik senyum paksa yang diukir oleh ahli-ahli PAS. Sikap berkempen secara 'gentleman' yang ditunjukkan oleh Umno/BN juga tidak langsung memberi ruang kepada PAS untuk kali ini berlagak jujur tetapi menuding jari kepada BN dengan tuduhan-tuduhan - 'ada pengundi hantu', 'BN menipu guna undi pos' dan sebagainya.
Nik Aziz mungkin sudah boleh berfikir untuk berundur jika mahu PAS terus menjadi pesaing utama Umno, dan Najib kini mungkin menjadi lebih yakin untuk 'cuba-cuba' bubarkan DUN Perak...
Sunday, 12 July 2009
Menyingsing kudrat
Semalam, Perdana Menteri telah mengumumkan kepada kita '11 hadiah untuk rakyat' semasa berucap di KLCC. Sebagai rakyat negara ini, saya rasa kita patut mengalu-alukan pengumuman tersebut kerana jika benar-benar dilaksanakan serta ditadbir dengan betul, ia pasti mampu memberi kesan positif kepada seluruh rakyat. Sebelum ini juga kita biasa mendengar pelbagai pengumuman dari pelbagai pemimpin yang menjanjikan segunung harapan. Walaupun ada yang benar-benar dilaksanakan dengan jayanya, banyak juga yang tidak dapat dimanafaatkan.
Kini, apa yang diharapkan ialah supaya Najib dan kerajaan yang dipimpinnya dapat memastikan semua '11 hadiah' yang diumumkannya itu benar-benar disampaikan kepada rakyat serta golongan sasar yang betul. Jangan sampai jadi macam sesetengah penganjur peraduan dalam internet yang selalu mengumumkan nama pemenang hadiah itu dan ini, tapi akhirnya hadiah entah di mana, penganjurnya pun entah ke mana.
Najib kena berusaha memastikan supaya sistem penyampaian yang digunakan benar-benar efisyen serta tiada berlaku sebarang penyelewengan dalam melaksanakan apa yang disebutkannya itu, barulah rakyat boleh memberi pengesahan yang positif terhadap kewibawaan serta kejayaan kepimpinan beliau.
Dalam masa yang sama kita harus sedar bahawa untuk berjaya, semua pihak harus berperanan terutamanya dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini. Oleh itu, bukan sahaja Najib serta seluruh jentera kerajaan, malah rakyat sendiri haruslah sama-sama menyingsing kudrat dan berusaha untuk kemajuan diri.
Thursday, 9 July 2009
Keputusan yang tidak 1Malaysia...
Namun begitu, apa yang agak memeranjatkan saya ialah kenapa kerajaan masih membenarkan subjek-subjek sains dan matematik terus diajar dalam bahasa ibunda Cina dan India di sekolah-sekolah jenis kebangsaan, kerana dalam masa yang sama Perdana Menteri melaung-laungkan konsep 1Malaysia. Tidakkah lebih baik jika kerajaan menetapkan sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu sahaja di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan?
Monday, 6 July 2009
Manek Urai: Peluang tetap 50-50
Jumlah penyokong yang ramai pada hari penamaan calon sebenarnya bukan indikator yang betul untuk melihat parti mana yang lebih berpeluang. Sebaliknya, strategi-strategi yang tepat, tahap sensitiviti serta kefahaman yang jelas mengenai medan pertempuran atau war ground yang sebenar, selain kesungguhan usaha jentera kempen adalah faktor-faktor besar dalam mempengaruhi keputusan undi.
Walaupun PAS agak selesa bertanding di negeri yang mereka perintah sejak 20 tahun dahulu, peluang BN tidak boleh dinafikan begitu sahaja. PAS dilihat mempunyai lebih keupayaan dalam mempengaruhi fikiran pengundi melalui siri ceramah mereka, tetapi peluang BN tetap ada jika pandai mencari peluang. BN tidak boleh ulangi kesilapan-kesilapan semasa di PRK-PRK sebelum ini.
Kumpulan yang konon-kononnya Melayu-Ultra tidak perlu turun 'meramaikan majlis' di kawasan kampung seperti Manik Urai jika mereka sekadar nak buat sibuk kehulu-ke hilir dengan kereta mewah berwarna gelap berkempen untuk BN (kononnya). Dalam masa yang sama, BN tidak perlu lagi mengundang penceramah-penceramah bekas pemimpin PKR seperti Ezam dan rakan-rakannya, yang sudah tentu berceramah untuk 'melondehkan' serta mendedahkan keburukan Anwar Ibrahim serta juga PAS yang telah lama selesa di Kelantan. Hakikatnya, orang sudah jemu dengan ceramah seperti itu.
Orang kampung bukannya suka sangat jika orang bandar yang datang sekali- sekala ke kampung mereka, tunjuk kemewahan dan buat cakap pandai berkaitan itu dan ini dalam kampung mereka. Semuanya akan nampak 'plastik'. Jentera BN perlu cekap. BN juga perlu sedar, bukan semua generasi muda tertarik dengan PAS.
Bukan semua orang Manik Urai yakin PAS memperjuangkan Islam. Buktinya, jumlah majoriti kemenangan PAS dalam PRU-12 tidaklah begitu besar. Sejak berlaku kemelut politik yang melibatkan di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, termasuklah isu kerajaan perpaduan baru-baru ini, sebahagian pengundi terutama yang ada akses kepada media alternatif sudah tentu akan menilai semula kewibawaan Nik Aziz dan kepimpinannya. Jika jentera BN benar-benar bekerja, kekurangan undi pada PRU-12 mungkin dapat ditebus.
BN juga seeloknya tidak lagi menggunakan saluran utama media cetak dan elektronik secara berlebihan yang tidak telus dan adil dalam membuat laporan. Bimbang ini hanya akan memupuk kebencian di hati rakyat. Orang di kampung bukan mudah hendak dirabunkan seperti itu.
Tempoh berkempen kini telah bermula, kedua-dua parti mempunyai peluang yang agak seimbang. Tidak kira isu yang dimainkan itu tempatan atau nasional, keberkesanan strategi serta kaedah kempen yang digunakan akan menentukan kemenangan. Peluang PAS dan BN tetap 50-50.
Monday, 29 June 2009
Nik Aziz iblis berbangsa Melayu!
Kalau kita suka ikuti perkembangan politik di Malaysia, tentu kita sudah kenal akan pemimpin parti PAS yang seorang ini. Pengikut-pengikut beliau memanggil beliau 'tuan guru'. Mungkin semua ahli PAS dan sebahagian ahli parti lain menggolongkan beliau ini sebagai ulama'. Ada juga yang tidak bersetuju dengan jolokan-jolokan ini dan menganggap beliau hanya seorang ahli politik yang menggunakan Islam sebagai 'tema' dan 'vehicle' bagi perjuangan politiknya. Apa pun, orang ini telah menjadi Menteri Besar di negeri Cik Siti Wan Kembang untuk sekian lama.
Nik Aziz memang sudah dikenali sebagai seorang ahli politik yang selalu mengeluarkan ungkapan serta kata-kata yang tidak masuk akal, serta kata-kata yang tidak sepatut keluar dari mulut seorang yang dianggap ulama'. Selalunya, kata-kata yang dilemparkannya adalah bertujuan untuk menyerang parti lawan terutama UMNO. Yang terbaru, UMNO disifatkannya sebagai komunis dan disamakan dengan suatu ajaran sesat. Sudah tentu orang UMNO marah dengan kata-kata beliau manakala pengikut PAS mungkin tersenyum puas.
Oleh kerana Nik Aziz sudah biasa menyerang parti lawannya dengan kata-kata yang tidak masuk akal, mungkin juga betul karenah beliau tak patut diambil peduli dan tak perlu buang masa untuk pergi membuat laporan polis. Lagi pun, akhir-akhir ini cerita buat laporan polis kerana hal-hal politik ini dah jadi perkara biasa di Malaysia. Orang pun dah tak begitu ambil kisah.
Bagi Nik Aziz, beliau dapat political mileage bila buat tuduhan seperti itu. Lagi isu tersebut dimuatkan dalam berita, nama beliau lagi 'naik', apatah lagi beliau memang handal putar cerita dalam mempertahankan kenyataannya. Tentu kita masih ingat isu 'Tuhan mencarut' dan juga isu 'berkawan dengan syaitan' yang beliau timbulkan dulu.
Tidak seperti selalu, hari ini saya pulang dari tempat kerja dengan menaiki LRT. Semasa di dalam perjalanan dari Masjid Jamek menuju stesen Taman Bahagia, saya berdiri betul-betul di hadapan 2 orang penumpang yang asyik bercerita mengenai 'kontroversi' kenyataan Nik Aziz itu. (Eloklah saya namakan mereka Encik A dan Encik B)
Encik A nampak agak marah bila mereka berbual mengenai kenyataan Nik Aziz di Manek Urai yang memberi contoh bahawa seseorang itu tidak perlu ada ekor dan tanduk untuk diumpamakan sebagai 'rusa masuk kampung'. Kenyataan pemimpin PAS itu adalah merujuk pendapatnya bahawa UMNO layak disamakan dengan komunis dan ajaran sesat walaupun hanya mempunyai satu atau beberapa persamaan dengan komunis.
Encik B pula menyambut, jika begitu kita pun boleh menyamakan Nik Aziz dengan iblis, kerana dalam banyak-banyak iblis, ada iblis yang tugasnya memecah belahkan umat manusia atau memecah belahkan sesuatu kaum. Oleh kerana kita lihat Nik Aziz mempunyai salah satu dari ciri-ciri iblis tersebut (suka buat kenyataan yang mengelirukan bertujuan memecah-belahkan Melayu serta menolak perpaduan), dia tidak perlu ada ekor atau tanduk untuk kita samakan dengan iblis.
Ya, iblis berbangsa Melayu! kata Encik A bersetuju dengan pendapat rakannya itu sambil mereka ketawa kecil. Tatkala itu, saya hampir tidak sedar LRT telah pun berhenti di stesen Taman Bahagia...
Wednesday, 24 June 2009
Haji Hadi dah tak 'power' lagi!
Beliau jugalah yang pernah melabelkan UMNO sebagai kafir dalam 'amanat'nya hinggakan mempengaruhi ahli-ahli PAS untuk memulaukan sebarang program waima jemputan kenduri sekali pun yang dibuat oleh orang UMNO, apatah lagi untuk sembahyang berimamkan orang UMNO.
Bagaimanapun setelah selesai kemelut isu kerajaan perpaduan, Hadi menampakkan bahawa dia bukan lagi seorang yang begitu berpengaruh dan tegas seperti dulu. Walaupun kerajaan perpaduan itu merupakan idea yang beliau sendiri cetuskan dan disokong kuat oleh Timbalannya Ustaz Nasharudin, namun akhirnya beliau sendiri terpaksa segera menolak cadangan tersebut apabila didesak oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, selain tidak mendapat persetujuan Nik Aziz. Di kalangan ahli-ahli PAS pun ramai yang tidak bersetuju dengan idea tersebut.
Selain cara penyelesaian polemik isu kerajaan perpaduan menggambarkan bahawa PAS bukan parti dominan dalam Pakatan Rakyat, ianya juga mentafsirkan bahawa Haji Hadi dah tak 'power' macam dulu lagi!
Tuesday, 16 June 2009
Kerajaan perpaduan, begitu dan begini
Individu serta pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan politik negara membuat tafsiran masing-masing mengenai apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan atau unity government yang berada di dalam kotak fikiran Hadi. Memang pemimpin politik selalu lontarkan istilah-istilah tanpa segera beri penjelasan. Tinggal khalayak mencari maksudnya sendiri mengikut tafsiran akal masing-masing.
Fahaman ramai tak kira samada orang UMNO, pengikut Keadilan, ahli DAP, jemaah PAS, orang tak berparti dan lain-lain, kerajaan perpaduan ini merupakan gagasan kompromi yang melibatkan PAS dan UMNO. Penyatuan ini mungkin demi Islam dan Melayu yang makin tercabar kesan dari perubahan senario politik semasa. Pun begitu, ramai ahli parti yang taksub serta menyimpan dendam politik terhadap parti seteru mereka menentang idea ini. Di Malaysia, memang telah lama ujud 'assabiyah politik'.
Haji Hadi pula semasa bertemu sekelompok pengikutnya di Corus Hotel, London pada 2 hari lepas menjelaskan kerajaan perpaduan yang beliau maksudkan bukan sahaja kompromi antara PAS dan UMNO, tetapi akan turut melibatkan pelbagai parti lain dalam membentuk sebuah kerajaan (tanpa pembangkang). Begini pulak!
Siang tadi, Najib kata "I sense they (PAS) are sincere, and UMNO have never rejected cooperation for national good". Tak apalah macamana pun, perbalahan politik yang berpanjangan hanya akan merugikan agama, bangsa dan negara.
Jika sebelum ini PAS sanggup merangkul tubuh DAP yang bulat-bulat menolak perjuangannya, mengapa kini ahli dan kepimpinan tertinggi PAS menolak perpaduan sesama Melayu yang muslim? Tak mungkin langsung tiada persamaan dalam hal-hal tertentu antara kedua-dua parti ini. Sebenarnya semua ini terletak kepada niat yang ada di dalam hati...
Monday, 15 June 2009
Telatah Nizar di Parlimen tonjol sikap tidak matang
Sepatutnya beliau tidak terbawa-bawa perasaan kecewanya dengan apa yang berlaku di Perak sebelum ini. Aksi 'menjerit' serta memakai lilitan disongkon yang bertulis 'bubar DUN' sebagaimana yang ditunjukkan siang tadi hanya memperlihatkan sikap tidak matang serta tidak profesional beliau. Aksi ini mungkin sekali dianggap hero oleh segelintir penyokong beliau. Tetapi pada pendapat saya, tindakan beliau itu tidak membawa sebarang kebaikan atau impak positif terhadap dirinya sebagai ahli politik, mahupun kepada parti yang diwakilinya. Bagaimanapun, ini semakin menampakkan true colours beliau.
Tindakan seperti ini juga akan memberi gambaran jelek serta merendahkan mertabat Parlimen yang sering dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat sebagai pemerhati ketika dewan bersidang. Sebagai Ahli Parlimen, Nizar sepatutnya lebih tahu menghormati dewan tempat undang-undang dan perlembagaan negara digubal. Ia bukan jalanraya tempat beliau melakukan protes.
Ahli-ahli Parlimen patut mempamirkan kualiti masing-masing dengan menyertai perdebatan-perdebatan di dewan yang mulia tersebut supaya rakyat mendapat manafaat hasil buah fikiran mereka yang bernas.
Tuesday, 26 May 2009
Isu Chin Peng: Buta sejarah atau ingin ulang sejarah?
Chin Peng adalah pengganas. Perjuangannya bersama Parti Komunis Malaya (PKM) serta kekejamannya (dan PKM) telah menumpahkan darah ramai rakyat terutama pasukan tentera serta orang Melayu, malah juga rakyat yang sebangsa dengannya. Kerana kekejamannya yang lampau, dia patut kita 'anjing'kan saja. Sejak kecil saya selalu diperingatkan oleh generasi terdahulu tentang cerita sejarah kekejaman komunis ini. Trajedi-trajedi berdarah yang berlaku di Bukit Kepong, Labis, Gubir, Sungai Manik dan lain-lain yang diceritakan kepada saya masih mampu saya ingat sampai sekarang. Kekejaman Chin Peng dan PKM tidak mungkin boleh dimaafkan dan sepatutnya beliau telah lama dihantar ke neraka. Chin Peng bukan saja mengkhianati orang Melayu, tetapi mengkhianati seluruh rakyat Malaya. Generasi kini berhak difahamkan sejarah tanah air kita yang sebenar-benarnya dengan seikhlas-ikhlasnya. Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan.
Hari ini, mungkin dek kerana kekhilafan percaturan agenda politik yang impaknya telah menampakkan Melayu sebagai semakin lemah, beberapa pihak yang opportunist, yang telah sekian lama menantikan situasi ini telah menjalankan jarum mereka. Pelbagai tuntutan-tuntutan gila yang cuba mengkhianati persefahaman antara kaum yang telah terjalin sekian lama diketengahkan mereka. Ada yang minta jadi bumiputera, ada yang cuba mengiktiraf Chin Peng dan PKM sebagai juara kemerdekaan dan minta pengganas ini diberi taraf warganegara. Ini gila!
Betulkah mereka ini buta sejarah? Atau sengaja ingin mengulangi semula sejarah hitam pertentangan serta rusuhan antara kaum kerana mereka menganggap Melayu kini lemah?
Kesabaran kita kini diuji. Namun Melayu terus 'bersopan' dan mendiamkan diri kerana masih ingin menjaga hati jiran tetangga serta sahabat handai mereka yang bukan Melayu. Sampai bila? Anak muda Melayu moden pula yang kini terpikat dengan fahaman human rights leka dan 'syok' sendiri tanpa semangat nasionalis serta deria hidu yang mampu mengesan bahawa negeri mereka hendak diambil orang. Ada Melayu mula dibuai mimpi esok lusa mungkin jadi kerajaan walaupun terpaksa jadi boneka.
Saturday, 23 May 2009
... takkan sampai mogok lapar bro?
Kini, strategi terbaru PR bagi menyuarakan protes mereka ialah dengan mengadakan mogok lapar yang dirancang diadakan di hadapan Pejabat DAP. Mogok ini akan disertai oleh dua watak utama dalam kemelut Perak iaitu Nizar dan V. Sivakumar. Mogok yang dirancang diadakan selama tiga hari (72 jam) itu adalah bagi mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. Pelbagai pihak berpendapat mogok ini adalah sebagai satu strategi untuk terus meraih simpati dari rakyat.
Saya berpendapat bahawa strategi mogok lapar ini bukanlah sesuatu yang sesuai untuk diamalkan oleh parti-parti politik yang matang. Ia juga bukan budaya Islam. Apatah lagi untuk dilakukan oleh Nizar yang merupakan salah seorang pemimpin kepada parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.
Akhir-akhir ini juga agak jelas bahawa parti-parti politik tertentu hanya menghormati keputusan mahkamah yang berpihak kepada parti mereka sahaja, sebaliknya jika keputusan tidak memihak kepada mereka, sistem kehakiman akan dicerca dan dituduh ujud konspirasi. Tapi kalau ia pun, takkan sampai mogok lapar bro???
Monday, 11 May 2009
Some questions to ponder...
Nizar announced that he will (as soon as possible) seek an audience with The Sultan of Perak to get his consent to dissolve the State Assembly and pave the way for fresh elections. He has also sacked the current State Legal Advisor. Meanwhile, BN who are still having the 28+3 ADUNs can still convene an emergency State Assembly and move a 'no-confidence motion' against Nizar.
Some questions to ponder:
1. Will Nizar get Sultan's consent to dissolve the State Assembly?
2. Is Ganeson still the State Assembly Speaker?
3. Can Nizar reappoint Sivakumar as State Assembly Speaker?
Saturday, 9 May 2009
Just let the court decide
The question of who is the rightful MB of Perak will be decided on Monday by the High Court. So, for all of us to show respect for the rights of people in Perak, the Sultan of Perak, the Perak State Assembly, and the court, just let the court decide. Both parties must then accept what ever the decision is. Please don't reject the court decision and blame other people if the decision is not in favor of your party.
Sunday, 3 May 2009
Should Manoharan be released?
If he quits, it would pave the way for yet another by-election, the 7th in the country in just 14 months after the General Election. Too many by-election is unnecessary, many agreed on that since it involves too much time and money to be spent. The government should now focus on the current economic challenges.
However, the opposition parties are trying to maintain the political temperature as their strategy. They believe that this will benefit them, at least until the next GE. In the previous 5 by-elections, BN has only succeeded in defending the state seat in Batang Ai. BN lost the Parliamentary seat in Kuala Terengganu and failed to regain 3 seats that were lost to PR during the 12th GE. The PR coalition will now continue to set series of by-election in order to create impression that BN is losing control.
Today, saying it is an election that DAP does not wish to have, Tony Pua (DAP Information Chief) urged Home Minister to immediately release Manoharan, who is still being detained under the ISA - to avoid the by-election.
Well, it will be another tough decision to be made by Hishamuddin Hussein. If Manoharan be released, the 'unnecessary' by-election could be avoided but on the other hand it will also create impression that BN is losing control.
Sunday, 26 April 2009
Najib, perubahan dan persepsi
Rakyat serta ahli UMNO sendiri pada ketika ini mungkin tidak mengetahui dengan jelas mengenai strategi serta halatuju yang ingin dibawa oleh PM baru ini, namun begitu 'perubahan-perubahan' yang beliau sedang lakukan telah membentuk persepsi di kalangan masyarakat umum terhadap tindakan Najib. Perlu kita ingat, proses pembentukan persepsi ini juga akan dipengaruhi oleh perkara-perkara lain yang berlaku sama ada sebelum atau semasa.
Sudah tentu tidak semua orang mempunyai persepsi yang sama, tetapi saya rasa setakat ini ada ramai orang yang beranggapan bahawa Najib cuba untuk menganjurkan satu kompromi dengan tujuan memancing kembali sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN. Tujuannya mungkin baik iaitu bagi memperkukuhkan kembali kerajaan yang memerintah. Akan tetapi persepsi orang Melayu terhadap strategi yang Najib guna agak meragukan. Najib dilihat sebagai cuba menjadikan hak-hak Melayu sebagai korban kompromi tersebut.
Itu hanya satu dari pelbagai persepsi. Namun, persepsi sebegini amat meresahkan. Sebagai PM, Najib meneraju negara dan dalam masa yang sama beliau meneraju sebuah parti yang memperjuangkan Melayu. Najib boleh mendendangkan 'rentak kontemporari politik semasa' tetapi hak Melayu jangan tergadai. UMNO yang tulin akan sentiasa menuntut supaya hak-hak Melayu yang telah dipersetujui semua kaum sejak merdeka dikekalkan. Strategi semasa Najib yang liberal terutama dalam isu-isu ekonomi mungkin dilihat oleh ahli UMNO sebagai tersasar dari perjuangan yang tulin.
Mungkin segelintir rakyat semakin lega dengan 'perubahan' yang berlaku di dalam politik negara kita sekarang ini yang banyak memihak kepada mereka, namun Melayu mempersoal. Patutkah ini dijadikan strategi untuk menggamit sokongan?
Saya akui, bukan senang menjadi pemimpin. Kata John F. Kennedy, walau apapun keputusan yang dibuat oleh seorang pemimpin, akan ada sekurang-kurangnya sesuku rakyatnya yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Namun, Melayu di Malaysia ini bukan hanya sesuku dari jumlah rakyat! Betulkah apa yang Najib buat sekarang ini? Bimbang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...
Saturday, 25 April 2009
Akhirnya Md. Isa Sabu jadi Pengerusi
Dengan pengumuman yang dibuat oleh PM semalam, akhirnya MB Perlis Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, menggantikan bekas MB Dato' Seri Shahidan Kassim. Tahniah kepada beliau dan juga kepada Datuk Zahidi Zainul Abidin yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.
Negeri Perlis ini walau pun kecil tetapi cerita politiknya hebat. Walaupun hanya ada 3 bahagian sahaja, pergolakan yang membabitkan pemimpin dari ketiga-tiga bahagian tersebut selalu kecoh. Antara mereka jarang yang 'ngam'. Agaknya sebab negeri terlalu kecil kut... sebab itulah sering 'terlanggar bahu!'.
Semoga kali ini Pengerusi dan Timbalan dapat membentuk suatu kerjasama yang mantap dan memberi khidmat demi kebaikan semua. Bagi ahli UMNO Perlis, mereka sangat bernasib baik kerana kalau nak jumpa Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Perhubungan tak perlu naik kapalterbang macam orang Kedah!
Saturday, 18 April 2009
Satu Malaysia: Eksploitasi yang mampu meranap
Sejak itu, pelbagai tafsiran, pemahaman serta persepsi telah dibuat oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk mengertikan maksud "Satu Malaysia" yang dilafazkan Najib itu. Sejak itu juga, ada pihak-pihak tertentu yang cuba mengeksploitasi konsep Satu Malaysia ini dengan merencahkannya bersama-sama sentimen perkauman yang sering menjadi permainan parti politik tertentu sejak sekian lama. Sepatutnya konsep Satu Malaysia ini ditafsirkan dengan berpaksikan perlembagaan negara ini.
Paling perlu digusari ialah sentimen yang dimainkan ini oleh beberapa media bukan Melayu yang merujuk Satu Malaysia sebagai sama dengan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP. Sejak perkataan Satu Malaysia keluar dari mulut Najib, konsep ini dieksploitasi. Sudah tentulah dalangnya DAP yang kini dilihat sangat berjaya memainkan peranannya untuk memecah belahkan perpaduan kaum peribumi terutamanya orang-orang Melayu. Tindakan DAP kini dosokong oleh penulis-penulis yang menulis dalam akhbar mereka dengan menggambarkan konsep Satu Malaysia adalah kebebasan serta kesamarataan semua kaum terhadap hak-hak sebagai rakyat Malaysia.
Minggu lalu, penulis-penulis bukan Melayu dari akhbar The Sun dan The Star mendesak Najib supaya tidak berundur dari memberi kebebasan itu. Ini juga seolah-olah turut menggambarkan Satu Malaysia itu Malaysian Malaysia. The Star pada 4 April lalu menggambarkan bahawa usaha kerajaan untuk membendung tuntutan-tuntutan yang sah (dari kaum bukan peribumi) sudah tidak boleh diterima lagi pada masa kini, dan jika tuntutan-tuntutan ini masih dikawal, ia akan hanya memberi kesan terhadap PRU-13.
Mungkin masih belum ramai yang menyedari hakikat bahawa akhbar-akhbar seperti ini ada perjuangan tersirat ke arah mempromosikan kesamarataan antara kaum, sama seperti Malaysian Malaysia. Gambaran yang salah sering diberi terhadap sejarah negara, Dasar Ekonomi Baru, bahkan kadangkala penjenayah digambarkan pula sebagai hero. Perjuangan tersirat seperti ini semakin berbaja sejak kebebasan kepada akhbar diberikan oleh Abdullah. Kebebasan ini tidak sepatutnya dibiarkan berleluasa mencucuh api perosak kepada semangat perpaduan yang kita telah nikmati selama ini. Peranan media cetak seperti ini sangat berpengaruh untuk mewujudkan persepsi, prasangka serta sikap prejudis rakyat terhadap kerajaan. Satu Malaysia tidak sama dengan Malaysian Malaysia!
Sesungguhnya antara penyumbang terbesar kepada kemerosotan populariti BN ialah kebebasan bersuara (tanpa sebarang persediaan untuk mengawal) yang diberikan oleh Abdullah sejak 2004. Eksploitasi pembangkang serta media yang bersekongkol dengan mereka mampu meranapkan Najib dan BN.
Kecelaruan kini sebenarnya turut ditambah oleh kelewatan Najib sendiri untuk memperjelaskan konsep Satu Malaysia yang beliau cetuskan. Walaupun dua hari yang lalu, beliau kita lihat cuba untuk menerangkan secara ringkas mengenai konsep tersebut sebagai satu konsep yang adil tanpa menggugurkan hak-hak Melayu dan peribumi sepertimana yang telah sedia ada di dalam perlembagaan, penjelasan serta pendekatan Najib sangat lemah dan kabur. Penekanan tidak diberikan untuk memberi kefahaman kepada semua kaum bahawa kompromi kaum peribumi terhadap perkongsian hidup dengan pelbagai bangsa di negara ini perlu disatu ertikan oleh semua rakyat Malaysia. Satu Malaysia bukan kompromi tambahan dari kaum peribumi untuk menggugurkan hak-hak mereka yang sedia ada di dalam perlembagaan. Satu Malaysia bukan Malaysian Malaysia!
Najib harus berani dan tegas untuk memperjelaskan konsep ini. Tidak perlu rasa gusar untuk usaha-usaha bagi memperjuangkan hak Melayu yang telah didokumenkan di dalam perlembagaan. Tidak perlu rasa takut sekiranya undi dari kaum bukan Melayu akan hilang kerana memperjuangkan apa yang selama ini telah diterima oleh rakyat. Najib jangan termakan alasan kaum Cina dan India yang mengatakan mereka hanyalah 'second class citizen' di Malaysia sedangkan merekalah yang menerajui sektor ekonomi negara. Najib perlu sedar, jika tidak dibendung, kekuatan ekonomilah yang akan menjadi kuasa. Tidak perlu mengikut rentak politik Anuar, PKR dan pakatan pembangkang. Najib perlu menjadi pejuang bangsa yang tulin supaya suatu hari beliau tidak kecundang sebagai pengecut.
Konsep Satu Malaysia harus segera didoktrinkan supaya kelangsungan eksploitasi secara negatif ditamatkan. Najib harus sedar bahawa bicara media, golongan oportunis serta cauvinis kaum yang bertujuan mengeksploitasi Satu Malaysia mampu meranapkan dirinya.