Friday 17 July 2009

Kematian Teoh: Apa sebenarnya berlaku?

Tragedi kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Sulit kepada Ean Yang Hian (Exco Kerajaan Selangor) kini menjadi tanda tanya kepada semua rakyat. Para penyokong Pakatan Rakyat telah memberi reaksi yang cenderong kepada menyalahkan pihak SPRM sebagai punca trajedi ini.

Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah ianya satu kemalangan? Adakah ini kes bunuh diri atau adakah ianya perbuatan khianat bertujuan politik bagi menutup sesuatu bukti yang hampir pasti terdedah?

Tidak dapat dinafikan dalam kes-kes sebelum ini, ada cakap-cakap yang mengatakan SPRM pernah menggunakan kekerasan semasa dalam proses soal siasat, tetapi tak mungkin sampai melibatkan kematian seorang saksi yang sangat penting yang boleh membantu siasatan yang sedang mereka laksanakan.

Seperti biasa, sudah tentu ada pihak yang akan menangguk di air keruh. Selepas ini, sebagai mana kes Altantuya, ada lah nanti pihak yang akan menuding jari kepada Najib pula sebagai dalang trajedi ini. Tetapi tuduhan sebegini susah hendak dilojikkan kerana SPRM sedang menjalankan sisatan yang melibatkan si mati, dan hasil siasatan akan menjadi sesuatu yang sangat penting kepada kerajaan Najib. Kematian Teoh akan hanya menyukarkan siasatan kes tersebut kerana Teah menyimpan banyak rahsia berkaitan Ean Yang Hian.

Mungkinkah Teoh telah membunuh diri kerana terlalu tertekan? Mungkin tertekan dengan soal siasat SPRM, atau mungkin juga beliau diugut oleh mana-mana pihak yang bimbang rahsia mereka akan terbongkar. Kalau beliau dibunuh, siapa yang bunuh. Kawan atau lawannya dalam politik? ... kalaulah kita ada penyiasat sehandal Horatio & team...

Apa sebenarnya yang telah berlaku? Tidak pasti. Tetapi apa yang pasti, pihak pembangkang akan sekali lagi menangguk di air keruh untuk kepentingan politik mereka!

No comments: