Friday, 4 December 2009

Pakaian memang bukan cermin keperibadian

Sejak beberapa hari lalu, ramai yang memberi reaksi terhadap 'doa laknat' oleh Nik Aziz sama ada di media cetak, media elektronik mahupun media sosial. Walau apa pun alasan atau hujah yang diberikan, saya berpendapat apa yang Nik Aziz lakukan itu merupakan sifat tercela yang tidak sepatutnya dibuat oleh individu yang memposisikan dirinya sebagai orang agama (jika benar).

Kadang-kadang terfikir oleh saya kemanakah halatuju orang politik masa kini? Sudah pasti masyarakat semakin keliru. Bagi pengikut dan penyokong tegar, apa saja yang dilakukan pemimpin mereka semuanya betul, sebaliknya apa saja tindakan yang dilakukan oleh pihak lain semuanya salah. Pokoknya 'mesti ana betul, dan mesti enta salah!'.

Paling memalukan, bila yang dipanggil 'ustaz' dan pakai serban berbelit-belit bercakap macam orang mabuk. Kalau sudah begitu, betul kata orang, 'pakaian bukan cermin keperibadian!'.

6 comments:

Mohd Shahabudin Md Yatim said...

ya akhi/ukhti... jika seseorang itu ditimpa pelbagai fitnah.. salahkan dia bermohon? dan janganlah kita mengherdik ulamak.. kerana kita ini belum tahu apa ukuran kita disisi Allah.. maaf saya tak taksub nik aziz.. tapi cuma ingin saling mengigati kerana kita saling bersaudara.

red rooster said...

sdra shahabudin,
terima kasih di atas peringatan dari sdra itu. saya bkn mengherdik. tp kalau dia betul 'ulama' takkan cakap mcm tu???

Anonymous said...

Saudara, jika permintaan dan permohanan yang dibuat berkali-kali tidak diindahkan, apakah pilihan terakhir? Memanglah dipohn kuasa Allah untuk bertindak terhadap pihak yang tidak menunai tanggungjawap. Apa lagi tindakan Ustaz tua Kelantan itu boleh buat ???

red rooster said...

sdra anon 13.05,
apa pun, umat Islam jgnlah mendoakan laknat umat islam yg lain. apa salahnya jika doakan supaya dibukakan pintu hati supaya permintaan ditunaikan...

YANG GAMBI said...

Salam bro, ulama kalau terlalu taksub berpolitik, kepentingan diri akan terserlah, riak dan takbur menjadi pakaian diri... sebab itu Nik Aziz begitu takbur meminta kecelakaan pada umat Islam lain.... kalau ulama sebenar tidak bersikap begini...... tetapi dia manusia yang menggunakan wajah-wajah ulama untuk kepentingan diri....

Mat Cendana said...

Thanks for visiting my blog and leaving a comment. It doesn't matter if it's short - a comment is a comment and is always appreciated.

Anyway, concerning the matter here, I agree that someone of his stature shouldn't have come up with that kind of talk. If anything, it lowers his own stature among the people.