Jerat Uthayakumar mengena! Lewat petang tadi, polis telah menahan 16 orang termasuk Uthayakumar kerana menganjurkan perarakan dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka sebagai protes ke atas 'demonstrasi kepala lembu' yang berlaku di Shah Alam baru-baru ini.
Perarakan petang tadi disertai oleh kira-kira 50 orang. Mereka berarak dari Masjid Jamek sambil memegang lilin yang dinyalakan. Namun sebaik sahaja memulakan perarakan, mereka telah dihalang oleh pihak polis dan sebahagian daripada mereka telah ditahan. baca sini Itulah sebenarnya yang mereka harapkan. Mereka berharap supaya ditangkap polis. Itulah 'jerat' sebenar yang dipasang oleh Uthayakumar bagi menggambarkan ketidakadilan pihak pemerintah dalam menguatkuasakan undang-undang serta adanya amalan 'double standard' dalam laungan 1Malaysia.
Sebelum ini saya pernah katakan bahawa komen Dato' Seri Hishammudin ke atas 'isu kepala lembu' adalah suatu kesilapan. baca sini Menurut Hishammudin, semasa demonstrasi di Shah Alam polis tidak mengambil apa-apa tindakan kerana jumlah mereka yang mengadakan demonstrasi adalah kecil (50 orang). Nah, kenyataan inilah yang memberi idea kepada Uthayakumar untuk mengenakan pihak polis dan hari ini dia berjaya.
Saturday, 5 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Betul kata tuan, berfikir sebelum bertindak. Semalam yang berdemo dgn kepala lembu dah didakwa pula. Dulu kata ok sebab kumpulan kecil, Nampaknya sekarang keputusan dah 'flip-flop' lagi. ...'Bola tanggung' satu!
Salam.
Post a Comment