Tuesday 16 June 2009

Kerajaan perpaduan, begitu dan begini

Sejak Presiden PAS melontarkan cadangan kerajaan perpaduan, ia terus menjadi panas dan mendapat bantahan dari parti DAP dan PKR yang merupakan rakan PAS dalam Pakatan Rakyat. Memang lojik kerana tak mungkin mereka nak biarkan gandingan mereka bersahabat dengan parti lawan. Bukan itu sahaja, isu yang dilontarkan oleh Haji Hadi itu turut mendapat bantahan dari sebahagian besar ahli serta pemimpin PAS termasuk Mursyidulnya.

Individu serta pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan politik negara membuat tafsiran masing-masing mengenai apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan atau unity government yang berada di dalam kotak fikiran Hadi. Memang pemimpin politik selalu lontarkan istilah-istilah tanpa segera beri penjelasan. Tinggal khalayak mencari maksudnya sendiri mengikut tafsiran akal masing-masing.

Fahaman ramai tak kira samada orang UMNO, pengikut Keadilan, ahli DAP, jemaah PAS, orang tak berparti dan lain-lain, kerajaan perpaduan ini merupakan gagasan kompromi yang melibatkan PAS dan UMNO. Penyatuan ini mungkin demi Islam dan Melayu yang makin tercabar kesan dari perubahan senario politik semasa. Pun begitu, ramai ahli parti yang taksub serta menyimpan dendam politik terhadap parti seteru mereka menentang idea ini. Di Malaysia, memang telah lama ujud 'assabiyah politik'.

Haji Hadi pula semasa bertemu sekelompok pengikutnya di Corus Hotel, London pada 2 hari lepas menjelaskan kerajaan perpaduan yang beliau maksudkan bukan sahaja kompromi antara PAS dan UMNO, tetapi akan turut melibatkan pelbagai parti lain dalam membentuk sebuah kerajaan (tanpa pembangkang). Begini pulak!

Siang tadi, Najib kata "I sense they (PAS) are sincere, and UMNO have never rejected cooperation for national good". Tak apalah macamana pun, perbalahan politik yang berpanjangan hanya akan merugikan agama, bangsa dan negara.

Jika sebelum ini PAS sanggup merangkul tubuh DAP yang bulat-bulat menolak perjuangannya, mengapa kini ahli dan kepimpinan tertinggi PAS menolak perpaduan sesama Melayu yang muslim? Tak mungkin langsung tiada persamaan dalam hal-hal tertentu antara kedua-dua parti ini. Sebenarnya semua ini terletak kepada niat yang ada di dalam hati...

2 comments:

Anonymous said...

bro, unity gorverment will tutup my periuk nasik...no more by-election, thats mean no more posters dan banner...hehehehhe

Anonymous said...

... pas memang dari dulu lagi lidah bercabang... ndak2 nik aziz (pd aku tak layak pun dipanggil tuan guru). dia ni lah yg menyebabkan perjuangan melayu dan islam dalam ertikata sebenar tersongsang. mungkin ramai yg akan marah bila aku ckp mcm ni. tapi kpd melayu islam, nkorang pikirlah tgk apa yg pas (nik azis) pernah kata dulu, apa yg dia kata sekrg dan jgk 'keseronokan' pas sekrg bersekongkol dgn pkr dan dap lahanat tu...

'org perak'