Friday 14 August 2009

Sekadar menjadi satu bukti

Mulanya macam nak 'angkat topi' juga pada Hassan Ali yang nampak benar-benar nak berjuang dalam isu arak di Selangor. Perjuangannya dalam isu arak ini nampak ikhlas sehingga beria-ia benar mengatakan beliau tidak akan tunduk kepada sebarang desakan, hatta yang menggugat jawatan beliau dalam kerajaan Selangor sekali pun. Setidak-tidaknya nak ucap syabas kepada beliau jika terserempak waktu minum pagi di kedai mamak pada hujung minggu, kerana kebetulan kami tinggal di kawasan yang sama.

Tetapi, nasib baik ucapan syabas itu tak sempat dilafazkan. Rupanya apa yang dilakukan Hassan sebelum ini bukan suatu perjuangan, sebaliknya sekadar gimik politik demi untuk sedikit populariti. Mereka berdamai. Samada tidak sanggup untuk menggadaikan jawatan Exco, atau pun kerana alasan untuk menjaga keutuhan PAS yang hendak menghadapi pilihanraya, itu tidak penting. Apa yang jelas, isu arak di Selangor menjadi satu lagi bukti 'Islam hanya dipolitikkan' oleh PAS.

No comments: