Bila membaca artikel-artikel dalam beberapa akhbar dan blog sehari dua ini, ujud perasaan yang bercampur-campur dalam hati saya. Ada rasa keliru, ada kecewa, ada geram dan ada perasaan marah yang teramat sangat. Mengapa isu Chin Peng serta komunisme yang telah lama kita tinggal dan sisihkan dari ingatan kita dibangkitkan kembali dan ujud pula permintaan-permintaan yang tidak masuk akal untuk mengiktiraf perjuangan laknat komunis tersebut.
Chin Peng adalah pengganas. Perjuangannya bersama Parti Komunis Malaya (PKM) serta kekejamannya (dan PKM) telah menumpahkan darah ramai rakyat terutama pasukan tentera serta orang Melayu, malah juga rakyat yang sebangsa dengannya. Kerana kekejamannya yang lampau, dia patut kita 'anjing'kan saja. Sejak kecil saya selalu diperingatkan oleh generasi terdahulu tentang cerita sejarah kekejaman komunis ini. Trajedi-trajedi berdarah yang berlaku di Bukit Kepong, Labis, Gubir, Sungai Manik dan lain-lain yang diceritakan kepada saya masih mampu saya ingat sampai sekarang. Kekejaman Chin Peng dan PKM tidak mungkin boleh dimaafkan dan sepatutnya beliau telah lama dihantar ke neraka. Chin Peng bukan saja mengkhianati orang Melayu, tetapi mengkhianati seluruh rakyat Malaya. Generasi kini berhak difahamkan sejarah tanah air kita yang sebenar-benarnya dengan seikhlas-ikhlasnya. Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan.
Hari ini, mungkin dek kerana kekhilafan percaturan agenda politik yang impaknya telah menampakkan Melayu sebagai semakin lemah, beberapa pihak yang opportunist, yang telah sekian lama menantikan situasi ini telah menjalankan jarum mereka. Pelbagai tuntutan-tuntutan gila yang cuba mengkhianati persefahaman antara kaum yang telah terjalin sekian lama diketengahkan mereka. Ada yang minta jadi bumiputera, ada yang cuba mengiktiraf Chin Peng dan PKM sebagai juara kemerdekaan dan minta pengganas ini diberi taraf warganegara. Ini gila!
Betulkah mereka ini buta sejarah? Atau sengaja ingin mengulangi semula sejarah hitam pertentangan serta rusuhan antara kaum kerana mereka menganggap Melayu kini lemah?
Kesabaran kita kini diuji. Namun Melayu terus 'bersopan' dan mendiamkan diri kerana masih ingin menjaga hati jiran tetangga serta sahabat handai mereka yang bukan Melayu. Sampai bila? Anak muda Melayu moden pula yang kini terpikat dengan fahaman human rights leka dan 'syok' sendiri tanpa semangat nasionalis serta deria hidu yang mampu mengesan bahawa negeri mereka hendak diambil orang. Ada Melayu mula dibuai mimpi esok lusa mungkin jadi kerajaan walaupun terpaksa jadi boneka.
Tuesday, 26 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Biarlah Malaysia sekali lagi dijajah komunis...boleh lar kita rasa makan ubi kayu ngan gula melaka...baru rasa thrill sikit hidup mcm tu, ini tak hidup senang lenang atas keperitan bangsa sendiri, komunis gak tu..selalunya org2 dari puak yg sokong keris hijau jer baham harta rakyat....nanti esok2 bole aku cerita kat anak cucu aku betapa peritnya hidup zaman komunis...kalo tak, takder modal aku nak cerita kat diorang bila dah tua nanti...hidup chin peng, hidup komunis..mampus UMNO
Post a Comment