Thursday, 31 December 2009

Isu penggunaan perkataan Allah dan sambutan 2010

Pada awal 2009 yang lalu, konflik penggunaan perkataan Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald telah menjadi suatu isu yang meruntun hati umat Islam di negara ini. Keputusan kabinet pernah mendahului mahkamah dengan membenarkan majalah tersebut menggunakan perkataan Allah dalam cetakannya yang membawa maksud Tuhan. Saya pernah memberi komen berkaitan hal ini dalam posting terdahulu.

Apa pun yang berlaku, hari ini Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang saya kira memang benar-benar akan mengecewakan hati umat Islam. Hakim Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan bahawa Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Menurut Hakim, majalah itu mempunyai hak beperlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah' dalam menyebarkan agama Kristian, bukannya agama Islam.
Beliau berkata, lanjutan dari Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarluas agama mereka, tetapi tidak menjadi kesalahan untuk bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka.
Selain itu kata Hakim, Artikel 10 membenarkannya untuk menggunakan perkataan itu dalam melaksanakan hak kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat. Saya menjangkakan, isu ini akan terus berpanjangan pada 2010.
Sejak isu ini timbul awal 2009 yang lalu, pihak Katolik benar-benar berjuang untuk memenangi konflik ini. Saya tertanya-tanya mengapa Irene Fernandez dan kerabat-kerabatnya tiba-tiba beria-ia benar nak guna perkataan Allah dalam usaha menyebarkan Kristian di Malaysia? Mungkin anda ada jawapannya!
Saya juga agak keliru, di mana kumpulan-kumpulan manusia yang memekik dan berceramah di sana dan sini meyakinkan rakyat bahawa mereka sebenarnya memperjuangkan Islam? Mungkin anda juga ada jawapannya untu soalan ini?
Kepada 'mereka-mereka' ini, sudah tentu sambutan tahun baru 2010 menjadi bertambah meriah dan bermakna!

3 comments:

Aizwan Ali said...

selamat tahun baru... moga tahun ni diberkati dan dihormati. gula naik harga.. haiiihhhh.....

red rooster said...

Bro Aizwan,
selamat tahun baru. bila gula naik harga, ada ler alasan diorang nak naikkan harga jualan makanan/minuman tu nanti.....

Anonymous said...

ak nak je cabar paderi2 kristian ni..
ad ke kristian seluruh dunia mengiktiraf kalimah Allah sbg tuhan mrka...org kristian kat eropah.
ak nengok dah muak ngan agama kristian...langsung tak timbul isu Allah...msykt mrka pun huru hara dari aspek keagamaan..agama mrk tak sesempurna islam...mana tak nyer...ada ke sistem perbankan kristian??ada ke mahkamah kristian??ada ke sistem jual beli cara kristian???so what??agama islam lah yg plg sempurna...cuma penganutnyer ad yang tak smpurna...konsep ketuhanan plak..konsep tuhan dlm islamlah yg plg mudah difahami.ALLAH tuhan yang satu...tak mcm kristian...3 dlm 1...pastu lau nak bandingkan al-quran dan bible....sah2 quran menang...lau korang tak percaya..korang kaji lah quran dan bible..abis citer...susah2 nengok youtube..perbahasan islam-kristian.hujah pihak islam sgt kukuh berbanding kristian...sng je nak matikan hujah org kristian...kpd smua penganut kristian..marilah kita menyembah Allah tuhan yang satu...jesus adlah hambanya seperti muhammad...jika sya org islam mempercayai jesus sbg kekasih Allah bukan anaknya..mengapa anda tidak mahu mempercayai jua baginda junjungan besar nabi muhammad saw sbg kekasih Allah dan penutup sgl nabi..dlm kitab kami dijelaskan secara detail mengenai jesus dan ibunya dlm surah maryam atau dipanggil maria oleh penganut kristian...marilah kita cari kebenaran sebelum Allah memanggil kita buat selama2nya..