Monday, 15 June 2009

Telatah Nizar di Parlimen tonjol sikap tidak matang

Ini bukan kali pertama Nizar Jamaluddin melakukan aksi kontroversi. Namun beliau mencipta sejarah lagi apabila digantung dari menghadiri parlimen sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen yang baru.

Sepatutnya beliau tidak terbawa-bawa perasaan kecewanya dengan apa yang berlaku di Perak sebelum ini. Aksi 'menjerit' serta memakai lilitan disongkon yang bertulis 'bubar DUN' sebagaimana yang ditunjukkan siang tadi hanya memperlihatkan sikap tidak matang serta tidak profesional beliau. Aksi ini mungkin sekali dianggap hero oleh segelintir penyokong beliau. Tetapi pada pendapat saya, tindakan beliau itu tidak membawa sebarang kebaikan atau impak positif terhadap dirinya sebagai ahli politik, mahupun kepada parti yang diwakilinya. Bagaimanapun, ini semakin menampakkan true colours beliau.

Tindakan seperti ini juga akan memberi gambaran jelek serta merendahkan mertabat Parlimen yang sering dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat sebagai pemerhati ketika dewan bersidang. Sebagai Ahli Parlimen, Nizar sepatutnya lebih tahu menghormati dewan tempat undang-undang dan perlembagaan negara digubal. Ia bukan jalanraya tempat beliau melakukan protes.

Ahli-ahli Parlimen patut mempamirkan kualiti masing-masing dengan menyertai perdebatan-perdebatan di dewan yang mulia tersebut supaya rakyat mendapat manafaat hasil buah fikiran mereka yang bernas.

1 comment:

Anonymous said...

bro, apa yang nak bising..memang nizar kita maklum loves havoc & riot..kini kita hanya perlu lihat dia nak buat perangai sampai bila...sampai kerajaan dah tak tahan lalu bubar DUN Perak atau sehingga rakyat naik meluat dan menyampah tengok perangai dia...but in fact, he's now a crowd puller(according to stat)kalahkan DSA... rakyat pun kini dah confius samada Nizar nie orang PAS ke atau DAP...(muka pun ada iras cina komunis)....