Kesian Dr. Hassan Ali, dia berusaha untuk mempertahankan maruah Islam di Selangor walaupun dia tidak mempunyai kuasa penentu seperti sahabatnya yang menjadi Menteri Besar itu. Suara ADUN Islam di Selangor pun kurang dua kerusi berbanding bilangan ADUN bukan Islam (17 vs. 19).
Dalam situasi itu, ada pula wakil rakyat beragama Islam seperti Khalid Samad yang tidak menyokong Hassan Ali. Itu juga menjadi antara sebab Khalid Ibrahim tidak berani melucutkan jawatan Ronnie Liu sebagai Exco, mahupun menghadkan atau melarang penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam atau penjualan secara terbuka di negeri Selangor.
Mana suara pemimpin besar PAS yang sepatutnya menyokong kuat tindakan Hassan Ali? Semuanya menikus. Ternanti-nanti juga Nik Aziz nak kata 'pergi jahanam DAP dan PKR'. Mana? Tak ada pun! Nik Aziz tak berani ke atau memang sebenarnya hanya mempolitikkan Islam (bukan memperjuangkan Islam). Bayangkan kalau MB Abdul Khalid Ibrahim tu orang UMNO... dah lama dikafirkan oleh Nik Aziz!
Friday, 7 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment