Thursday 10 September 2009

Bagan Pinang: Calon 'recycle' ok ke?

Kita telah maklum bahawa bagi Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Bagan Pinang, UMNO akan ditentang oleh PAS. Justeru, kebanyakan dari kita juga sudah mendengar desas desus berkaitan siapakah antara personaliti-personaliti yang mungkin berpeluang terpilih sebagai calon bagi kedua-dua parti yang bertanding.

Walaupun belum official, 'angin' bertiup kencang mengatakan Tan Sri Isa Samad (Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang) akan jadi calon UMNO sementara kemungkinan besar Zulkefli Mohd Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan) akan mewakili PAS. baca sini

PRK Bagan Pinang adalah sangat kritikal terutamanya bagi Barisan Nasional kerana sejak Mac 2008 yang lalu, telah 8 kali PRK diadakan dan BN tewas 1-7. Dalam siri kekalahan BN itu, hanya PRK Manek Urai ada memberi sedikit kemanisan, namun selepas itu UMNO kembali 'menembak kaki sendiri' di Permatang Pasir. Sejak PRU-12, saya berpendapat telah terlalu banyak 'ilmu' yang boleh UMNO/BN pelajari, jika ia mahu belajar.

Saya sangat bersetuju bahawa kemenangan serta kekalahan dalam sesuatu pilihanraya bukan hanya dipengaruhi oleh satu faktor sahaja, akan tetapi dalam era kini saya juga sangat bersetuju bahawa faktor calon merupakan salah 'pembolehubah' yang siknifikan terhadap keputusan yang dicari.

Calon pilihanraya yang mempunyai kriteria positif seperti berintegriti, anak tempatan, disenangi masyarakat, berpendidikan tinggi serta dinamik sangat berpotensi untuk meraih undi yang lebih dari calon yang memiliki kriteria sebaliknya. Calon yang tidak mempunyai isu peribadi yang negatif dapat mengelakkan diri dari strategi 'character assassination' yang digunakan oleh pihak lawan.

Bagi PRK Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad mungkin masih dilihat sebagai calon yang terbaik oleh sebahagian pemimpin dan penyokong UMNO di kawasan berkenaan, tetapi dengan meletakkan Isa Samad, UMNO seolah-olah meletakkan seorang calon bertaraf 'recycle'. Satu soalan yang boleh ditanya: tidak adakah calon muda yang berpotensi untuk diketengahkan?

Tidak dinafikan, Isa Samad banyak berjasa kepada rakyat Teluk Kemang, bahkan kepada Negeri Sembilan juga. Belia adalah bekas Menteri Besar serta ahli politik berpengalaman yang telah berkhidmat untuk sekian lama. Tidak keterlaluan jika dikatakan Isa masih berbisa. Tetapi pada persepsi umum, Isa juga 'tidak bersih' serta telah dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO sendiri. Ini bererti beliau juga tidak menepati syarat sebagai calon yang baik.

Ok ke kalau letak calon recycle?

Dalam hal memilih calon ini, parti yang bertanding perlu fokus kepada matlamat yang ingin dicapai dalam pilihanraya supaya tidak tertembak kaki sendiri!


Sila juga baca:
Pelantaq Hujah: Isa di Bagan Pinang - Pembangkang juga bersetuju!?!?!?!?

1 comment:

s said...

...'PRK Bagan Pinang adalah sangat kritikal terutamanya bagi Barisan Nasional kerana sejak Mac 2008 yang lalu, telah 8 kali PRK diadakan dan BN tewas 1-7'...
Berdasarkan pandangan beberapa pihak, jika Isa Samad dipilih sbg calon BN, peluang utk BN mng adalah lebih baik (atas pelbagai sebab).
Bgmanapun, pemilihan Isa sbg calon tidak akan menepati laungan Najib yang mengatakan Umno akan berubah, krn Isa dikenakan tindakan disiplin oleh Umno sendiri sbb politik wang.
Mana yg nak didahulukan? Mng B.Pinang atau tampilkan pendirian Umno?