Saturday 23 May 2009

... takkan sampai mogok lapar bro?

Keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan pertelingkahan politik di Perak kali ini betul-betul tidak memuaskan hati pihak Pakatan Rakyat(PR) walau pun sebelum ini pakatan tersebut pernah menyatakan rasa puas hati mereka terhadap sistem kehakiman serta keputusan terdahulu yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Kini, strategi terbaru PR bagi menyuarakan protes mereka ialah dengan mengadakan mogok lapar yang dirancang diadakan di hadapan Pejabat DAP. Mogok ini akan disertai oleh dua watak utama dalam kemelut Perak iaitu Nizar dan V. Sivakumar. Mogok yang dirancang diadakan selama tiga hari (72 jam) itu adalah bagi mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. Pelbagai pihak berpendapat mogok ini adalah sebagai satu strategi untuk terus meraih simpati dari rakyat.

Saya berpendapat bahawa strategi mogok lapar ini bukanlah sesuatu yang sesuai untuk diamalkan oleh parti-parti politik yang matang. Ia juga bukan budaya Islam. Apatah lagi untuk dilakukan oleh Nizar yang merupakan salah seorang pemimpin kepada parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Akhir-akhir ini juga agak jelas bahawa parti-parti politik tertentu hanya menghormati keputusan mahkamah yang berpihak kepada parti mereka sahaja, sebaliknya jika keputusan tidak memihak kepada mereka, sistem kehakiman akan dicerca dan dituduh ujud konspirasi. Tapi kalau ia pun, takkan sampai mogok lapar bro???

1 comment:

Anonymous said...

bro, bukan kita tak tau attitude pembangkang,,yang mana favour kepada mereka, mereka sokong dan sebaliknya.....walau pun begitu, rakyat masih merasakan BN manipulate and interfere dalam keputusan mahkamah...mogok lapar pembangkang mungkin pra menyambut bulan ramadhan akan bulan ogos nie..heheh