tag:blogger.com,1999:blog-77669148840521293192024-03-13T14:48:17.585+08:00Red RoosterLife without idealism is empty indeed. We must have hope or starve to death...red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.comBlogger93125tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-81882802400093992342010-05-31T23:59:00.003+08:002010-06-01T01:37:20.987+08:00Menjala Barisan NasionalSejak dua tiga hari ini, ramai orang bercakap mengenai isu subsidi. Kalau nak ikut Idris Jala, subsidi perlu dihapuskan secara berperingkat-peringkat kerana takut negara akan menghadapi krisis kewangan sebagaimana Greece.

Secara keseluruhannya subsidi yang diberikan oleh kerajaan pada tahun lalu berjumlah RM74 bilion dengan purata RM12,900 bagi setiap seisi rumah. Subsidi yang dimaksudkan termasuklah dari segi sosial, prasarana, bahan api, dan makanan.

Idris Jala kata, pemansuhan subsidi secara berperingkat itu boleh mengurangkan perbelanjaan negara sehingga RM103 bilion dalam tempoh 5 tahun. Method pengurangan subsidi secara berperingkat yang disyor oleh Idris ini mendapat pujian dari banyak pihak.

Saya berharap Dato' Seri Najib berfikir 20 kali sebelum menerima cadangan CEO PEMANDU yang juga Menteri lantikannya. Walau saya bukan pakar ekonomi, sepertimana ramai orang lain saya juga nampak strategi Idris ini bakal 'menjala' kerajaan Barisan Nasional jika dilaksanakan. Idris mungkin melihat segalanya dari sudut ekonomi, tetapi kerana beliau bukan ahli politik saya rasa tentu pertimbangan beliau dalam isu ini telah mengenepikan pandangan dari sudut politik.

Kalau tanpa subsidi kerajaan selama ini, sudah tentu rakyat jelata dari golongan petani hidup dalam serba kemiskinan atau serba kekurangan. Kalau tidak kerana subsidi juga harga beras, gula dan petrol dah lama melambung macam yang berlaku di negara jiran kita. Subsidi sebenarnya membantu menaikkan kuasa beli rakyat negara ini dan secara tidak langsung turut menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kalau tiada subsidi, kuasa beli rakyat turut berkurang dan akan beri kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi.

Subsidi pun bukan hanya dinikmati oleh golongan rakyat miskin sahaja. Ia turut dinikmati (malah lebih banyak lagi) oleh rakyat berpendapatan tinggi. Sebagai contoh, subsidi bahan api seperti petrol dan gas. Orang kaya yang ada lebih dari sebuah kereta tentu menggunakan lebih banyak bahan api ini berbanding golongan miskin yang hanya memiliki sebuah motorsikal atau tiada langsung kenderaan.

Jadi kalau penjanaan ekonomi melalui subsidi ini ditiadakan, dapatkah negara ini merealisasikan cita-cita Perdana menteri untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju pada 2020 nanti? Atau Malaysia akan jadi seperti negara Jepun pada sekitar tahun 1960an yang mengalami ekonomi 'stagnant' kerana kurangnya komitmen serta subsidi kerajaan bagi membantu penjanaan eekonomi.

Impak paling buruk sekali ialah bila kuasa beli rakyat mengecil, rakyat merasa susah berbelanja atau mencari makan. Pada ketika ini, kerajaan Najib akan dilihat oleh rakyat sebagai punca segala masalah kerana gagal membantu rakyat dan dasar-dasar yang dilaungkan Najib akan hanya dilihat bersifat retorik semata-mata. Situasi ini juga akan menjadi 'bola tanggung' kepada pembangkang untuk melakukan 'smash' maut di gelanggang politik... dan rakyat boleh menjadikan kerajaan Barisan Nasional Dato' Seri Najib bergelar 'pembangkang' selepas PRU-13.red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-79577904811864529092010-05-09T20:50:00.001+08:002010-05-09T20:56:33.393+08:00Polis Oh Polis!

Artikel ini ditulis oleh Unta Belang dalam Malaysia-Instinct.

Seorang lagi remaja ditembak anggota polis di Jalan Seremban-Jelebu semalam. Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak setelah enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan berbuat demikian oleh dua anggota polis yang berada dalam kereta peronda.

Berikutan kejadian itu, anggota polis berpangkat konstabel yang bertanggungjawab melepaskan tembakan terhadap remaja itu dikenakan tindakan gantung kerja serta-merta.

Apa yang Unta Belang nak ulas dalam kes ini ialah betapa kita patut berbangga kerana Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh awal-awal lagi menunjukkan sikap yang cukup terpuji apabila berani mengakui kesilapan anak buahnya sewaktu melakukan tugasan. Lebih daripada itu, beliau juga mengambil pendekatan yang tepat pada masanya apabila meminta maaf kepada pihak keluarga remaja terbabit di atas insiden yang berlaku.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai satu kesalahan menggunakan kuasa dan pihak kami amat memandang serius terhadap kesalahan ini.

“Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi seperti yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga remaja terbabit di atas insiden yang telah menimpanya. Polis memberi jaminan pihak kami akan menyiasat dengan lebih terperinci berhubung kes ini,” kata Osman.

Bagi Unta Belang, bila kita saling bermaafan, tiada lagi rasa benci dan dendam. Apa yang lahir ialah rasa kasih sayang dan persefahaman yang sekiranya dijana dengan baik, dapat menghasilkan satu permuafakatan yang bakal menguntungkan semua pihak.

Sayang, ini semua tidak berlaku dalam kes adik Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak anggota polis peronda pada 26 April lalu.

Kita boleh lihat bagaimana Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agak emosional termasuk menyindir masyarakat kononnya tidak menghargai pengorbanan polis dalam menjalankan tugas.

Begitu juga kenyataan keras Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang 'marah-marah' bila ditanya wartawan mengenai campur tangan ahli politik dalam kes berkenaan

Bagi Unta Belang, kemarahan rakyat terhadap PDRM dalam kes Aminulrasyid mungkin tidak ketara sekiranya Musa dan Khalid mengambil pendekatan lebih berhemah ketika memberi ulasan atau ketika diminta memberi komen mengenai kes tersebut.

Ini tidak, raut wajah serta intonasi suara daripada mereka berdua nampak sangat terlalu defensif hingga membuatkan orang ramai semakin meluat dengan PDRM.

Apa salahnya Musa atau Khalid mengambil pendekatan pro-aktif dengan pergi melawat jenazah Aminulrasyid seperti mana Osman melawat Mohd. Azizi.

Janganlah terlalu ego, melawat atau menziarah mangsa bukan bermakna kita 'mengiktiraf' perbuatannya, ia cuma satu amalan PR yang baik seperti mana cogankata PDRM iaitu Cepat, Mesra dan Betul

Lagipun yang tembak kedua-dua remaja ini bukannya orang luar, tetapi anggota PDRM sendiri.

Percayalah, keluarga mangsa tak minta apa-apa kerana menangis airmata darah sekalipun ia tidak mungkin dapat mengembalikan insan yang mereka sayang itu, cuma janganlah sakiti mereka lagi dengan perkataan dan ulasan yang menyakitkan hati.

Mereka juga manusia, seperti mana Musa dan Khalid juga!

Komen:
Saya amat bersetuju dengan Unta Belang. Walaupun remaja yang menjadi mangsa tembakan adalah pesalah yang melanggar undang-undang, tetapi mungkin juga pegawai polis yang terbabit tidak mematuhi SOP semasa melakukan tugasnya.

Sebagai ketua, Musa dan Khalid sepatutnya lebih berhemah dalam berkomunikasi dengan masyarakat supaya organisasi mereka terus dihormati sebagai penjaga keamanan dan keselamatan rakyat, bukan pencetus kemarahan dan pengancam keselamatan rakyat.
red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-70471372885820849942010-04-25T21:55:00.004+08:002010-04-25T23:02:56.535+08:00Selepas menangKeputusan rasmi telah diketahui. Calon BN, P.Kamalanathan (24,997 undi) menang menewaskan Dato' Zaid Ibrahim (23,272 undi) dengan majoriti 1,725 undi. Nampaknya strategi BN pada kali ini berjaya walaupun pada mulanya nampak ada gunung yang perlu didaki kerana Hulu Selangor yang mempunyai majoriti pengundi Melayu (54%) itu seolah memberi isyarat mereka mahukan calon Melayu.

Namun begitu, strategi meletakkan P.Kamalanathan, calon baru yang mempunyai kebolehan bertutur dengan bahasa Melayu berkualiti mungkin mengubah pelbagai persepsi. Zaid pula tak tertanggung serangan kempen yang menjadikan keperibadiannya sebagai sasaran. Dapatan kajiselidik beberapa badan NGO sebelum hari pengundian yang mengatakan kemenangan bakal memihak kepada Zaid nyata tersasar. Ombak rasa hati pengundi sukar dibaca.

Tak mengapalah, BN menang. Kemenangan ini pasti memberi impak besar ke atas moral BN yang melihat PRU-13 sebagai 'ultimate goal'. Oleh yang demikian, dek kerana menang di Hulu Selangor pemimpin-pemimpin BN janganlah nak mula bercakap besar dan cakap tinggi. Pengundi nampaknya dah mula sejuk hati dengan BN, jangan nak buat mereka kembali 'meluat'.

Semasa kempen di Hulu Selangor, ada banyak janji tinggi menggunung yang dilafazkan. BN kena segera tunaikan janji-janji tersebut jika tidak mahu berputih mata di PRU-13 nanti. Kemenangan BN banyak dibantu oleh pengundi dari kawasan tanah rancangan. Bukan sedikit yang dibelanjakan dan dijanjikan untuk menyelesaikan masalah penduduk di kawasan tersebut.

Ini sudah tentu akan dimanipulasikan oleh pembangkang bagi dijadikan alasan kekalahan mereka. Mereka akan berkata BN menang kerana 'rasuah' kepada pengundi tanah rancangan. Kepada pembangkang, sebarang penyelesaian masalah rakyat oleh BN yang mempunyai implikasi kewangan adalah rasuah, lebih-lebih lagi bila ia diumumkan menjelang pilihanraya. Alasan ini diberikan bila setiap kali parti pembangkang kalah.

Keputusan di Hulu Selangor juga masih menunjukkan dua pertiga pengundi Cina masih tidak memberi undi kepada BN. Mereka masih meyakini bahawa DAP dan Pakatan Rakyat dapat mengubah nasib mereka. BN ada banyak kerja untuk menyelesaikan perkara ini. Sekarang bukan lagi zaman BN boleh menang sekalipun meletak ketul batu sebagai calon.

Calon yang akan menang pilihanraya ialah calon berkualiti, buka calon yang kuat melobi. Najib juga kena peka dan tak boleh lagi mengulangi kesilapan Abdullah Badawi yang selamba mengenepikan 86 Ketua Bahagian UMNO sebagai calon di kawasan di mana mereka dihormati masyarakat.

Moga-moga kemenangan di Hulu Selangor menjadi petunjuk yang 'reliable' kepada PRU-13 nanti. Insyaallah.red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-62943264305357787492010-04-25T14:00:00.004+08:002010-04-25T19:27:39.869+08:00MELODI londeh YB PKRBaru sekejap tadi tertonton program Melodi di TV3. Umum pun tahu program ini sentiasa panas dengan cerita-cerita sensasi artis dalam dan luar negara. Cuma hari ini 'cerita' yang dipaparkan bertaraf 'extra hot'. Apa tidaknya, sekumpulan artis terkenal tanah air naik berang dan memberontak kerana sebuah syarikat filem yang dipunyai oleh seorang pembesar negeri Selangor telah menipu mereka.

Slot Melodi telah memaparkan rakaman pertemuan antara YB tersebut dengan artis-artis dan krew filem yang sedang berang kerana kerja-kerja mereka tidak dibayar oleh YB walaupun setelah sekian lama. Bukan sahaja tidak membayar gaji/upah pekerja, selain menipu, YB tersebut turut menghantar pesanan ringkas di telefon yang berbentuk ugutan dan hinaan kepada pihak yang membuat tuntutan. Adengan maki hamun dan ugut mengugut antara kedua pihak semasa pertemuan itu juga turut dipapar dalam slot sepanjang 5 minit itu. Amat memalukan dan menjijikkan.

Kalau tidak ada orang tengah yang meleraikan pertelingkahan itu, memang YB tu dah pecah muka agaknya kena hentak dengan pelakon dan krew yang sangat marah itu. Bagi sesiapa yang ada menonton slot tersebut, memang amat jelas keperibadian negatif milik YB dari Selangor ini terlondeh di situ. Saya yang melihat pun terasa simpati dengan rakyat yang diwakili ADUN 'rosak' seumpama itu... kesian org Batu Caves!red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-59830281636077172812010-04-19T23:05:00.000+08:002010-04-19T23:11:04.400+08:00Wakil Rakyat bukan tuan rakyatSehari dua ini saya turut 'beraya' di Hulu Selangor. Semasa di sana singgah untuk mendengar beberapa BN dan juga PR. Sekali-sekala singgah menikmati teh tarik di warung sambil berbual dengan orang Hulu Selangor.

Antara gelagat orang politik yang saya lihat mundar mandir di sana ialah mereka ini berlagak sebagai tuan dan 'boss besar'. Ada yang ala-ala Godfather. Sebahagian 'orang politik' ini adalah wakil-wakil rakyat yang datang dari merata negeri. Ada wakil BN ada wakil PR. Sikap 'keelitan' juga jelas diperagakan.

Orang kampung banyak yang menjeling kerana sesetengah tu berlebih-lebihan. Walhal, mereka dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing hanya untuk menjadi wakil. Mereka terlupa bahawa rakyatlah 'boss' mereka. Sikap keangkuhan pemimpin seperti inilah yang sebenarnya melebarkan jurang antara pemimpin dengan rakyat jelata.

Teringat kepada Allahyarham wakil rakyat di kampung saya (di Perlis) ketika saya masih remaja dahulu. Beliau penuh dengan sikap rendah diri dan tidak langsung menampakkan yang dia 'orang besar'. Hingga ke hari ini kalau ada orang berhimpun kerana ada keramaian kenduri atau gotong-royong, nama beliau masih jadi sebutan.

Calon-calon yang hendak bertanding jangan berlagak macam 'boss', walaupun selepas menang nanti. Mereka kena sedar diri bahawa mereka dipilih untuk jadi wakil yang sepatutnya menyelami hati rakyat dan seterusnya membantu rakyat supaya hidup mereka lebih terbela. Cuma masalahnya, yang terpilih jadi calon pun adalah dari kalangan mereka yang memang 'boss besar'. Macamana nak selesa jadi orang kebanyakan dan menyelami kesusahan rakyat?

Bila balik ke KL, teringat pula zaman sekolah dulu. Kita biasa pilih 'ketua darjah' atau ketua kelas kita dari kalangan rakan sedarjah (bilik kelas yang sama). Tidak pernah dibuat rasanya cari orang dari kelas lain untuk jadi ketua darjah kita...red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-30296117270798633232010-04-14T22:03:00.001+08:002010-04-14T22:09:41.821+08:00MIC kasi kepala pening!Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Tindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini. Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.

Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu. “Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, kika tuntutan mereka agara Palnivel dicalonkan ditolak. "Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan. "Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini,” katanya.

Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: “Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad.” - Malaysiakini

Komen:
PM Najib sekarang lagi pening dengan MIC ni. Bagi kena tak bagi pun kena...red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-24859562112045152332010-04-14T12:49:00.000+08:002010-04-14T12:50:34.088+08:00Hulu Selangor dan "emotional intelligence"Sejak tarikh kekosongan kerusi Ahli Parlimen Hulu Selangor, orang dah mula mencongak siapa bakal jadi calon pula kali ini. Orang Hulu Selangor dah pernah merasa mempunyai wakil dari BN dan juga Pakatan Rakyat. Mana yang bagus dan mana yang hampas. Parti politik perlu memiliki "emotional intelligence" untuk menang dalam PRK Hulu Selangor kali ini, malah dalam mana-mana pilihanraya pun itu suatu kriteria penentu. Najib pun selalu kata, kita kena tahu 'denyut nadi rakyat'.

Dulu wakil rakyat BN, Palanivel jadi orang besar Hulu Selangor selama 18 tahun. Hulu Selangor yang punya peratusan pengundi Melayu yang besar itu tak banyak berubah. Mungkin wakil rakyat berbangsa India itu gagal menghayati 'denyut nadi rakyat'. Lepas ribut melanda, orang Hulu Selangor cuba-cuba bagi pada calon Melayu pula. Tapi masa tu yang ada hanya calon Pakatan Rakyat.... pun kalibernya tak seberapa juga.

Dengan apa yang dirasai sejak 20 tahun lalu, orang Hulu Selangor mahukan calon mereka dari golongan Melayu. Sekurang-kurangnya yang boleh tolong baca Al-Fatihah bila mereka mati nanti. Ini yang rakyat mahukan. Pakatan Rakyat telah mengumumkan Zaid Ibrahim sebagai calon mereka bagi PRK Hulu Selangor. BN belum umum siapa calon, tapi awal-awal lagi Najib dah maklumkan bahawa calon mereka nanti dari MIC. It seems like he doesn't walk the talk (at least in this case!)... tak tahulah pulak kalau ada Melayu dalam MIC?

Walaupun atas semangat 1Malaysia, kebijaksanaan mengurus tadbir persepsi dan emosi rakyat tetap menjadi urusan politik. Ya lah... atas semangat parti, jentera pilihanraya tetap akan berkampung dan berkempen di Hulu Selangor. Bilangan poster dan banner bukan penentu kemenangan. Kalau kita berkesempatan melawat beberapa negara maju sehari sebelum pilihanraya umum mereka, silap-silap satu poster parti politik pun kita tak dapat lihat digantung di tiang lampu.

Apa yang penting, parti bertanding harus sensitif, mampu memahami dan mampu menjangka emosi pengundi. Itu sesuatu yang pasti kalau nak menang pilihanraya. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh kepala parti politik masa kini selalu buat kita pening.red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-25637878778153200252010-03-30T08:58:00.002+08:002010-03-30T09:22:22.336+08:00Sanggupkah CSL berkorban?Chua Soi Lek (CSL) kini menjadi Presiden MCA yang ke-9. Semua pihak harus mengakuri validiti proses pemilihan yang baru dilaksanakan oleh MCA. Itu yang dimahukan oleh majoriti perwakilan parti dominan kaum Cina tersebut, tidak kira apa pun latarbelakang atau sejarah silam individu yang telah mereka pilih. Apa yang penting, parti tersebut wajib bersatu demi keutuhan Barisan Nasional yang bakal menghadapi PRK Hulu Selangor serta yang lebih penting ialah PRU-13.

Kalau ikut kata beberapa pemerhati politik, isu DVD yang melibatkan CSL akan terus dimainkan oleh seteru-seteru politiknya. Kalau ini berlaku, maknanya parti tersebut akan terus terbelah. Apakah ini memang muslihat sebahagian kaum Cina yang mahu mempotretkan MCA sebagai sebuah parti yang tidak boleh diharapkan lagi, dan sebaliknya menghalau orang-orang Cina ke kandang DAP.

CSL kena usaha keras untuk memperbetulkan keadaan serta membuktikan beliau adalah pemimpin yang benar-benar tepat untuk kembali menyatukan MCA. Mungkin dalam budaya orang Cina, apa yang berlaku seperti dalam DVD itu dulu masih boleh diterima kerana atas dasar 'suka sama suka'.

Isu skandal seks ini bagaimanapun tetap tidak akan dapat diterima oleh masyarakat Malaysia secara keseluruhan dan pasti memberi impak negatif serta 'bola tanggung' kepada pembangkang yang akan mengaitkan isu pemilihan CSL tersebut bagi mengimbangi kudis yang ada pada mereka akibat kes liwat Anwar Ibrahim.

Patutkah Najib memilih CSL untuk kembali ke dalam kabinet barunya memandangkan beliau adalah Presiden kepada parti kedua terbesar dalam BN. Pilih CSL jadi anggota kabinet sama seperti meng'OK'kan amalan tidak bermoral di kalangan pemimpin negara.

Dulu CSL dah tunjukkan 'kejantanannya' bila segera tampil membuat pengakuan bahawa beliaulah watak utama dalam filem DVD itu serta juga segera meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan pada masa itu.

Soalnya sekarang, sanggupkah CSL menunjukkan pendiriannya dengan menolak jawatan Menteri Kabinet jika ditawarkan demi menjaga 'kesihatan' BN. Sanggupkah CSL berkorban lagi? Sanggupkah ahli MCA menerima hakikat ini untuk menjaga imej BN? Tanpa jawatan sebagai menteri, apakah CSL akan dilihat sebagai seorang pemimpin yang berkuasa oleh orang-orang Cina?red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-65806765052277658162010-03-24T08:54:00.003+08:002010-03-24T17:19:18.681+08:00Buat apa nak pujuk!Semalam ADUN Titi Tinggi telah mengesahkan segala khabar angin yang telah lama bertiup di Perlis bila beliau menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada YB Speaker DUN.

Yip Sun Onn mula menjadi wakil rakyat (BN-MCA) bagi Titi Tinggi selepas PRU-12 yang lalu. Kawasan N1 Titi Tinggi, Perlis merupakan kawasan DUN yang letaknya paling utara di Malaysia, dalam kawasan Parlimen Padang Besar. Majoriti pengundi di sini ialah orang Melayu.

Dalam kawasan inilah letaknya pekan Padang Besar yang merupakan salah satu dari pintu masuk utama sempadan Malaysia-Thailand... agaknya kalau diadakan Pilihanraya Kecil di sini selepas ini, bertambah meriahlah pekan Padang Besar, tidak kira di sebelah Malaysia mahu pun Thailand. Menarik!

Cerita Yip Sun Onn nak letak jawatan dah lama menjadi tajuk sembang orang dalam kawasan Parlimen Padang Besar ini. Ada macam-macam cerita. Ada yang kata dia kecewa kerana tidak dilantik menjadi Exco. Ada juga cerita dia nak masuk parti DAP. Ada yang kata dia tertekan kerana desakan-desakan dari pelbagai pihak terutama orang UMNO yang mahukan kawasan mereka diwakili oleh calon Melayu. Sememangnya selepas PRU-12 yang lalu, untuk pertama kalinya sebuah cawangan DAP telah pun wujud di kawasan Titi Tinggi.

Orang-orang UMNO di Titi Tinggi sejak sekian lama melalak supaya calon pilihanraya bagi kawasan ini dipilih dari parti UMNO. Lebih-lebih lagi bila Yip Sun Onn jadi wakil rakyat mereka bagi menggantikan wakil rakyat lama yang juga dari MCA. Yip Sun Onn ini dikatakan kurang pandai mengambil hati orang Melayu di kawasan ini berbanding wakil rakyat yang lepas.

UMNO-BN pula ceritanya nak cuba pujuk Yip Sun Onn ini supaya menarik balik hasratnya itu. Bagi saya, tak payah pujuk. Biarkan dia berhenti. Buat apa nak pujuk, orang politik harus ada pendirian dan kalau dia rasa dia tidak mahu lagi memberi khidmat di kawasan di mana dia dipilih, biarkan dia pergi.

BN kena jadi anak jantan. Adakan saja PRK di Titi Tinggi ini. Cari calon yang sesuai yang diinginkan rakyat. Biar rakyat yang tentukan. Biar kita lihat sejauh mana kekuatan BN di Padang Besar. Biar kita lihat sejauh mana hebatnya YAB Mat Isa Sabu menakhodakan UMNO-BN di Perlis. Biar meriah pekan Padang Besar...

Berita terbaru (2.35pm): Yip Sun Onn telah menarik balik perletakan jawatannya - PMred roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-34538751256104277692010-02-07T22:22:00.004+08:002010-02-07T22:45:59.930+08:00PAS lapor pada polis: Blogger sepatutnya lebih beretika
Hari ini, PAS Kelantan telah membuat laporan polis terhadap sebuah blog yang menggambarkan MB Kelantan sedang 'diliwat' oleh Anwar Ibrahim.

Isu seumpama ini kini semakin menjadi-jadi. Walaupun setiap individu itu bebas untuk memuatkan apa sahaja di dalam blog mereka, tetapi dalam hal seumpama ini sepatutnya para blogger harus lebih beretika. Blogger bebas memberi pandangan tetapi mesti bertanggungjawab tentang apa yang mereka muatkan dan seboleh mungkin jika ianya melibatkan individu, kumpulan atau anggota masyarakat, ianya biarlah berasas.

Dalam kecanggihan teknologi masa kini, pelbagai ilustrasi serta gambar boleh dicipta di alam siber. Tetapi sepatutnya, janganlah kemajuan ini digunakan untuk tujuan-tujuan fitnah serta tidak bermoral.

Bukannya saya hendak memihak kepada sesiapa dalam isu ini. Pembaca sendiri boleh melihat di dalam banyak blog sosio-politik (tidak kira blog pro-BN atau Pro-PR) semakin ramai blogger yang mengenepikan etika-etika serta batas susila dalam menulis untuk tatapan umum. Keadaan ini hanya akan memberi gambaran buruk terhadap tahap atau kelas minda kita sebagai rakyat Malaysia.

Apa yang saya luahkan ini rasanya telah banyak kali juga disuarakan oleh blogger-blogger lain. Sedihnya, masih banyak lagi yang menjadikan blog masing-masing sebagai tempat melepas emosi secara yang tidak bermoral. Senario seperti ini sebenarnya tidak berlaku di dalam blog-blog sosio-politik di negara-negara maju yang rakyatnya mempunyai minda kelas pertama.
red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-17071125036186904982010-02-01T18:50:00.002+08:002010-02-01T19:28:21.713+08:00Terima hakikat KJ punca kemelutPetang ini terbaca artikel dari sebuah portal yang agak popular berkaitan 'huru-hara' yang sedang berlaku di dalam Pergerakan Pemuda UMNO saat ini. Klik di sini untuk membacanya.

Saya sangat bersetuju jika dikatakan masa yang lebih dari cukup telah diberikan kepada KJ untuk membuktikan bahawa dia benar-benar seorang pemimpin yang mampu menyatukan sayap utama UMNO itu.

Malah masa yang dimilikinya turut memadai jika beliau betul-betul ingin membuktikan bahawa tohmahan seteru-seteru politiknya selama ini bahawa dia seorang yang tamak dan gila jawatan adalah salah. Jika dia benar-benar 'berotak Oxford', tentu beliau lebih bijak mentadbir persepsi ahli-ahli parti, khasnya pemuda.

Sebaliknya, KJ terus menggoncang Pergerakan Pemuda dengan melantik pemimpin kurang berwibawa untuk menerajui kepimpinan Pemuda peringkat Negeri. Bukan sahaja di negeri-negeri Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan sebagaimana yang disebut dalam artikel, namun di Pergerakan Pemuda di Perlis juga sedang menghadapi krisis kepimpinan yang agak serius akibat dipimpin oleh orang yang kurang wibawa, yang juga dilantik oleh KJ sebagai balasan kepada sokongan yang diberikan kepada beliau semasa pemilihan yang lalu.

Kestabilan sayap parti adalah sangat penting bagi UMNO menghadapi PRU-13 yang dijangka amat sengit nanti. "Patah sayap, bertongkat paruh"... itu jika UMNO ada paruh! Situasi kini adalah saat getir yang perlu ditempuh oleh setiap pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Pengorbanan berlaku dan dituntut dalam pelbagai cara.

Pendapat peribadi saya, baik di peringkat kepimpinan tertinggi mahu pun akar umbi telah sama-sama melihat bahawa KJ adalah salah satu faktor yang menidakkan penyatuan ahli sayap Pemuda. Cuma atas seribu satu alasan, ada yang mampu dengan lantang untuk melaungkan hakikat ini, sebaliknya seperti biasa sebilangan lagi mengamalkan "self-serving bias" dalam hal ini.

Kekusutan yang ada di dalam Pergerakan Pemuda harus segera dirungkai. Walau susah bagaimana pun, pemimpin dan ahli-ahli UMNO wajar tanpa sebarang sikap bias menerima hakikat bahawa KJ adalah antara penyebab kemelut serius di lapisan yang sepatutnya diharapkan lantang dan gagah mendayung bahtera parti ke medan perjuangan.red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-23567019875102862242010-01-30T10:12:00.003+08:002010-01-30T10:46:11.882+08:00Diktator, cauvinis & komunis
Kebelakangan ini konflik, krisis dan kontroversi di kalangan pemimpin-pemimpin dalam parti komponen Pakatan Rakyat semakin ketara. Antaranya ialah isu-isu berkaitan Khalid Ibrahim, Dr. Hasan Ali, Khalid Samad, Zulkifli Nordin, Elizabeth Wong, Husam Musa dan juga kenyataan-kenyataan kontroversi Nik Aziz serta ahli keluarganya.

Lebih dari itu, pergeseran dan hubungan dingin antara pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan telah lama berlaku kini semakin terserlah. Antara yang terbaru ialah kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai seorang yang cauvinis, bersifat diktator dan berfikiran komunis.

Malah mantan Pengerusi PKR Pulau Pinang itu turut menegur Lim Guan Eng yang sehingga kini masih gagal untuk menunaikan janji semasa PRU-12 yang lalu, antaranya ialah untuk mewujudkan pilihanraya Majlis Tempatan dan sistem tender terbuka. Sebaliknya yang berlaku kini ialah Ketua Menteri tersebut menjadi Pengerusi Lembaga Tender Negeri.

Saya melihat situasi seumpama ini tidak sepatutnya wujud di dalam sebuah pakatan parti politik yang masih di dalam peringkat mencari keyakinan rakyat untuk mencabar parti se usia Barisan Nasional.

Konflik seperti ini juga bukan antara rencah proses sebuah parti menuju kematangan, sebaliknya hanya memperjelaskan kedudukan sebenar bahawa gabungan Pakatan Rakyat ini merupakan suatu 'perkahwinan' yang mempunyai kepentingan bagi memenuhi hasrat pemimpin, bukan bertujuan memenuhi hasrat parti mahu pun rakyat.
red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-47248125769961747252010-01-08T20:41:00.002+08:002010-01-08T21:07:30.455+08:00Ini bukan cara kitaNampaknya isu penggunaan perkataan kalimah Allah terus hangat dengan insiden perbuatan khianat ke atas bangunan gereja di Wangsa Maju dan Petaling Jaya. Walau apa pun pendapat pelbagai pihak mengenai keputusan mahkamah ke atas isu ini, perbuatan melakukan khianat seperti menyerang gereja atau mana-mana rumah ibadat bukan jalan penyelesaian. Ini bukan cara orang Malaysia, juga jelas bukan cara Islam menyelesaikan masalah.

Perbuatan hina seperti ini wajib dikutuk oleh semua rakyat Malaysia dan kita berharap kumpulan yang berfikiran sempit seumpama ini segera dibawa ke muka pengadilan. Dalam pada itu, jangan pula ada pihak yang bertindak balas dan mula membangkitkan api kebencian, ketakutan, kecelaruan dan prasangka melalui sebaran sms, email dan sebagainya dengan berita-berita palsu seolah sedang berlaku huru-hara di negara ini. Ini bukan cara kita.

Sebagai rakyat Malaysia yang maju, kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan tindakan-tindakan yang bersifat provokatif. Isu ini telah pun dibawa ke mahkamah, dan walaupun keputusan semasa ada menimbulkan rasa tidak puas hati, mahkamah masih menyediakan prosedur serta saluran-saluran tertentu supaya jalan penyelesaian dapat dicari.

Satu lagi tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana rakyat Malaysia ialah cuba menuding jari kepada pihak parti politik serta kerajaan, dan menimbulkan prasangka di kalangan orang ramai bahawa semua ini suatu konspirasi.

.... apa saja kekalutan yang berlaku, semuanya dituduh 'konspirasi'. Ini bukan cara kita. Kalau macam ni bila nak maju?red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-76958562566933689492010-01-01T23:05:00.002+08:002010-01-01T23:11:46.269+08:00Hulu Selangor akan jadi medan pertamaHari pertama tahun baru ini telah ada satu spekulasi yang bertiup kencang. Semasa sesi teh tarik petang tadi, seorang rakan buka cerita bahawa Pilihanraya Kecil yang pertama bagi 2010 ini kemungkinan sekali akan berlaku di Hulu Selangor.

Ahli Parlimen PKR, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dikatakan akan meletakkan jawatan di atas sebab-sebab kesihatan dirinya yang berada di tahap kronik. Cerita berkenaan tahap kesihatan Ahli Parlimen tersebut sebelum ini pernah dimuatkan dalam blog Anwar Ibrahim. Beliau memang tidak sihat sejak sebelum PRU-12 lagi, tetapi dicalonkan juga oleh Pakatan Rakyat memandang pakatan tersebut kekurangan calon yang sesuai pada ketika itu.

Hmm... spekulasi ini mungkin juga betul kerana kedua-dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah pun mula berkempen di kawasan berkenaan. Esok (2 Jan), Anwar Ibrahim akan turun berceramah di Hulu Selangor. PM Najib pula dijadualkan hadir di kawasan tersebut minggu hadapan bersempena satu program yang dianjurkan oleh UMNO.

Mungkinkah Hulu Selangor akan jadi medan pertama bagi menguji sejauhmana penerimaan rakyat Selangor terhadap kewibawaan Kerajaan Selangor sekarang, atau mereka berhasrat nak 'rujuk' kembali dengan BN yang mereka jatuhkan talak pada Mac 2008 lalu.red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-90453375217902473262010-01-01T00:40:00.003+08:002010-01-01T00:49:08.556+08:002010

Time has no divisions to mark its passage. There is never a thunderstorm or blare of trumpets to announce the beginning of a new month or year. Even when a new century begins it is only we mortals who ring bells and fire off pistols... 'Selamat Tahun Baru 2010 everybody!'
red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-45337969924589037382009-12-31T21:20:00.004+08:002010-01-02T08:04:23.480+08:00Isu penggunaan perkataan Allah dan sambutan 2010
Pada awal 2009 yang lalu, konflik penggunaan perkataan Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald telah menjadi suatu isu yang meruntun hati umat Islam di negara ini. Keputusan kabinet pernah mendahului mahkamah dengan membenarkan majalah tersebut menggunakan perkataan Allah dalam cetakannya yang membawa maksud Tuhan. Saya pernah memberi komen berkaitan hal ini dalam posting terdahulu.

Apa pun yang berlaku, hari ini Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang saya kira memang benar-benar akan mengecewakan hati umat Islam. Hakim Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan bahawa Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Menurut Hakim, majalah itu mempunyai hak beperlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah' dalam menyebarkan agama Kristian, bukannya agama Islam.

Beliau berkata, lanjutan dari Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarluas agama mereka, tetapi tidak menjadi kesalahan untuk bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka.

Selain itu kata Hakim, Artikel 10 membenarkannya untuk menggunakan perkataan itu dalam melaksanakan hak kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat. Saya menjangkakan, isu ini akan terus berpanjangan pada 2010.

Sejak isu ini timbul awal 2009 yang lalu, pihak Katolik benar-benar berjuang untuk memenangi konflik ini. Saya tertanya-tanya mengapa Irene Fernandez dan kerabat-kerabatnya tiba-tiba beria-ia benar nak guna perkataan Allah dalam usaha menyebarkan Kristian di Malaysia? Mungkin anda ada jawapannya!

Saya juga agak keliru, di mana kumpulan-kumpulan manusia yang memekik dan berceramah di sana dan sini meyakinkan rakyat bahawa mereka sebenarnya memperjuangkan Islam? Mungkin anda juga ada jawapannya untu soalan ini?

Kepada 'mereka-mereka' ini, sudah tentu sambutan tahun baru 2010 menjadi bertambah meriah dan bermakna!
red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-9222356281735557452009-12-18T23:32:00.006+08:002009-12-19T07:03:23.704+08:00Memantap Ukhuwah Memperkasa UmmahSaya tertarik dengan tema Maal Hijrah kali ini yang menepati konsep 1Malaysia. Ia amat baik bagi tujuan menyuburkan keharmonian antara kaum di negara ini. Ukhuwah adalah persaudaraan. Ia adalah elemen yang sangat penting bagi membina Malaysia yang harmoni, kerana kemajmukan kaum serta agama yang dianuti rakyatnya.

Bukan sekadar menjadi tema, semangat ukhuwah ini harus dipupuk dan disuburkan. Seluruh rakyat negara ini tidak kira apa kaum serta agama yang mereka anuti harus mempunyai rasa tanggungjawab untuk membangunkan negara serta menjaga keharmoniannya. Selama ini pun, ukhuwah memang telah lama wujud di negara ini. Kalau tidak masakan rakyat Malaysia boleh berkongsi hidup sejak lebih 50 tahun kemerdekaan.

Apa pun, ada 'deringan' di sana dan sini pada ketika ini oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mensabotaj keharmonian tersebut. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini suka memanipulasi keadaan bagi menimba keuntungan diri dalam jangka pendek. Mereka perlu ingat, jangan sampai 'bahagia semusim, tetapi akhirnya derita berpanjangan'. Sejarah zaman Kesultanan Melayu dahulu ada pelbagai pengajaran yang berkaitan situasi ini.

Ada dua konsep ukhuwah, iaitu insani dan Islam. Ukhuwah insani adalah hubungan antara manusia dengan manusia. Ia berlaku kawasan kejiranan, di pejabat, di institusi pengajian dan malah di mana-mana tempat manusia berurusan sesama manusia. Kalau anda tidak kenal jiran anda dan tidak pernah bertegur sapa, maknanya tiada semangat ukhuwah di situ. Ada orang tidak pernah bertegur sapa dengan rakan sepejabat. Sebaliknya, di era komunikasi ini ramai yang tidak pernah bersua muka boleh berbicara seolah-olah telah kenal 10 tahun dulu. Ini boleh dilihat dalam media sosial seperti facebook.

Islam memang tidak pernah mengajar umatnya berselisihan. Kadang-kadang kerana tak sependapat dalam hal yang kecil dan kurang penting, manusia sanggup mencipta dosa. Contohnya, dalam hal cara amalan ibadah dibuat. Adalah suatu perkara biasa jika kita punya pandangan yang berbeza. Manusia memang unik. Jangan terlalu cepat mengamalkan sikap aku betul, dan engkaulah yang sentiasa salah. Jangan pula menghina agama lain yang dianuti rakan-rakan dari kaum lain (Cina dan India misalnya).

Ummah akan roboh jika ukhuwah hancur. Semoga Allah memberi hidayah dan inayah, serta memberi pertolongan bagi menyatukan sebarang kumpulan yang berbeza pendapat di negara ini. Selamat menyambut Ma'al Hijrah 1431H.red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-56441053867263060862009-12-15T22:55:00.007+08:002009-12-15T23:21:54.882+08:00Zizie Ezette... wow!

Hari ini terdengar berita pasal pelakon seksi Zizie Ezette baru berkahwin dengan seorang Ahli Parlimen dari Sabah. Wow... Hangat tu! Menurut sumber berita tersebut, mereka akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan esok di salah sebuah hotel terkemuka di KL. Hmm... 'untung' orang tu ye! ...Ada siapa-siapa tahu Ahli Parlimen mana yang berjaya 'menjinakkan' pelakon seksi ni?
red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-5907989071830967052009-12-04T00:53:00.002+08:002009-12-04T01:24:01.957+08:00Pakaian memang bukan cermin keperibadianSejak beberapa hari lalu, ramai yang memberi reaksi terhadap 'doa laknat' oleh Nik Aziz sama ada di media cetak, media elektronik mahupun media sosial. Walau apa pun alasan atau hujah yang diberikan, saya berpendapat apa yang Nik Aziz lakukan itu merupakan sifat tercela yang tidak sepatutnya dibuat oleh individu yang memposisikan dirinya sebagai orang agama (jika benar).

Kadang-kadang terfikir oleh saya kemanakah halatuju orang politik masa kini? Sudah pasti masyarakat semakin keliru. Bagi pengikut dan penyokong tegar, apa saja yang dilakukan pemimpin mereka semuanya betul, sebaliknya apa saja tindakan yang dilakukan oleh pihak lain semuanya salah. Pokoknya 'mesti ana betul, dan mesti enta salah!'.

Paling memalukan, bila yang dipanggil 'ustaz' dan pakai serban berbelit-belit bercakap macam orang mabuk. Kalau sudah begitu, betul kata orang, 'pakaian bukan cermin keperibadian!'.red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-16890659317459179402009-11-21T23:21:00.006+08:002009-11-21T23:54:19.958+08:00Ini Bukan Demokrasi KitaHari cuti begini, kalau tak kemana-mana memang saya selalu menghabiskan masa di hadapan komputer di rumah dan membaca pelbagai berita dari laman web serta blog. Memandangkan kecenderungan kepada politik tanah air, hari ini banyak berita politik yang saya baca. Akhirnya, saya termenung dan teringat lagu puisi ini:

Sampai kapankah kematian
Ibu tua dan anak kecil
Nyawa yang menjadi korban
Atas nama demokrasi

Sampai kapankah kehancuran
Tamadun yang dibanggakan
Darah merah jadi saksi
Kehebatan demokrasi

Apabila demokrasi datang
Bersama laskar dan senjata perang
Musnahlah kedamaian
Musnahlah keindahan
Yang tinggal kesengsaraan
Budaya pun bertukar ganti
Moral pun rosak dan keji
Minda dibuai ilusi
Yang bernama demokrasi

Lagu ini dinyanyikan oleh Sohaimi Meor Hassan (juga popular dengan lagu Epilog Cinta Dari Bromley) lama dulu dan amat sukar kedengaran di radio pada masa sekarang. Dulu-dulu masa mendengar lagu ini saya kurang faham liriknya. Dengan apa yang telah dan sedang berlaku di negara kita sekarang, saya semakin dapat menghayati lirik lagu di atas yang bertajuk 'Ini Bukan Demokrasi Kita'.

red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-22813312549181800422009-11-17T23:51:00.002+08:002009-11-18T00:23:46.176+08:00Kalau jadi PRK di Kota Siputeh...ADUN Kota Siputeh telah dilucutkan jawatan oleh Mahkamah Tinggi kerana tidak hadir sidang DUN. Selepas ini, kalau rayuan ditolak oleh mahkamah, memang kita bakal menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil.

Awal-awal lagi sudah ada yang beri cadangan dalam blog tentang siapa yang paling sesuai jadi calon BN di Kota Siputeh. Ramai yang setuju walau pun ada yang tidak. Penyokong UMNO bukan main 'confident' lagi bahawa kerusi tersebut boleh dipertahankan dan ada yang yakin untuk tambah majoriti. Ini mungkin sebab terbaru ini UMNO menang besar di Bagan Pinang. Anwar Ibrahim pun dah buat kenyataan bahawa PAS akan bertanding di situ.

Kalau jadilah PRK di Kota Siputeh... keadaan tidak akan sama seperti di Bagan Pinang. Jangan 'syok' lebih-lebih. Orang tempatan pun banyak juga yang dah 'fade-up'. Mereka dah beri mandat pada Abu Hassan dan BN. Kenapa dia buat perangai tak bertanggung jawab? Kalau macam ini tahap prestasi wakil rakyat BN di Kota Siputeh, mungkin sudah timbul keinginan orang Kota Siputeh untuk tukar wakil rakyat.

Lebih-lebih lagi kerajaan PAS di Kedah nampak steady sahaja dan tak banyak cerita macam negeri-negeri lain yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan. Kita pun tak boleh nafikan bahawa MB Kedah kali ini memang 'steady' dan 'cool.' Orang UMNO sendiri yang berada di Kedah pun tak tertekan dengan stail Menteri Besar mereka sekarang.

Memang pening kepala Shapie Apdal dan UMNO Kedah nak 'tawan' kembali negeri Jelapang Padi tu. Sama juga ceritanya di Kota Siputeh. Kalau ikut bahasa loghat utara, 'wakil rakyat BN ni kira dok 'lena' lah sampai mesyuarat sekali-sekala pun tak boleh nak pi. Silap haribulan kalau macam ini boleh jatuh ke tangan PAS. Dulu pun calon BN hanya menang 495 undi sahaja (Abu Hassan 8,160 dan calon PAS Ismail Wan Teh 7,665.

Kalau jadi PRK Kota Siputeh... jangan dok mimpi lebih-lebih nak jadi macam Bagan Pinang!red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-87407869217714330542009-11-07T14:39:00.002+08:002009-11-07T15:28:02.373+08:00Tekanan politik, bai'ah dan 'parti Islam'
Kebelakangan ini, PAS secara terus menerus berdepan dengan pelbagai serangan politik yang nyata memberi tekanan yang tersendiri. Isu-isu seperti pergolakan di Perak dan Selangor, isu kerajaan perpaduan serta isu kepimpinan yang dicetuskan oleh Nik Aziz membawa kepada parti itu mengadakan seminar politiknya di Taman Melewar hari ini. Akhir-akhir ini ada pula cerita-cerita yang mengaitkan beberapa pemimpin PAS mula mengkhianati parti tersebut dan berminat dengan kerajaan perpaduan... wallahualam.

Tekanan ke atas parti tersebut juga turut bertambah dengan isyarat perubahan yang semakin nyata dalam UMNO selaku parti utama Barisan Nasional. Menurut Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, semua parti patut sedar bahawa menjelang PRU-13 nanti kemungkinan sekali corak pemikiran pengundi tidak akan sama lagi dengan situasi PRU-13. Sangat berkemungkinan, tidak akan ada lagi pemikiran 'anything but UMNO' kerana sedikit sebanyak Najib telah berjaya memperbaiki 'kerosakan' yang dilakukan oleh Abdullah Badawi.

Berhadapan dengan tekanan politik semasa, PAS terpaksa memilih kaedahnya sendiri untuk memastikan kesetiaan pemimpin-pemimpinnya terhadap parti itu. Dalam perkembangan yang terbaru, PAS dilihat terpaksa bersandar kepada kaedah bai'ah atau sumpah taat setia jatuh talak tiga terhadap isteri bagi mengelak mana-mana pemimpin khususnya wakil rakyat mereka dari melompat parti.

Saya berpendapat, amalan ketaatan atau wala' seperti ini amat aneh. Saya bukan ahli agama, tapi rasa saya amalan bai'ah yang mengheret persefahaman rumah-tangga itu agak melampau dan dalam masa yang sama turut merendahkan institusi rumah tangga dan mertabat isteri serta kaum wanita.

Apa kata para muslimah PAS sendiri serta NGO-NGO yang selama ini memperjuangkan hak wanita? Bersetujukah dengan amalan bai'ah politik PAS ini? Islam dan adilkah cara ini? Mungkinkah muslimah PAS terpaksa bersetuju di atas dasar 'berjihad' kerana mereka di dalam sebuah parti Islam.

Mungkin sekali penulisan di dalam blog ini amat kecil suaranya, tetapi sebagai seorang Islam saya sangat berharap PAS melihat kembali amalan ini. Walaupun setiap parti itu ada matlamat politiknya yang tersendiri, hal-hal berkaitan institusi rumah tangga serta agama Islam itu sendiri tidak sepatutnya diheret menjadi perisai tekanan politik oleh sebuah parti yang mengaku 'parti Islam'.

red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-18376594593261092692009-11-06T23:27:00.002+08:002009-11-06T23:39:20.403+08:00Mengapa baru sekarang?
Berita Harian, 6 Nov : Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat, sebaliknya beranggapan ia tidak sesuai untuk umat Islam negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

"Jika sesat, habislah jemaah kita yang solat di Makkah kerana mengikut imam di sana yang berfahaman Wahabi. Fahaman itu tidak sesat, cuma ada perbezaan dengan apa yang kita amalkan selama ini," katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan, di Masjid Wilayah, di sini semalam. Beliau berkata, fahaman itu tidak sesuai kerana di Malaysia berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Wahabi boleh mewujudkan perselisihan sesama umat Islam.

Antara perbezaan pendapat yang menimbulkan perselisihan ialah tidak membaca qunut dalam solat subuh, membaca Yaasin pada malam Jumaat, membaca talkin, tidak berwirid selepas solat dan mengadakan tahlil.

Berikutan itu, Mashitah berkata, kerajaan dan Majlis Fatwa sedang menelitinya secara berhati-hati supaya tidak membahayakan dan menimbulkan ketegangan di kalangan orang agama atau masyarakat. Jika menimbulkan keresahan dan kekeliruan kepada masyarakat atau menyentuh soal akidah hingga membawa terbatal syahadah, tindakan akan dikuatkuasakan.

"Fahaman Wahabi yang disifatkan sebagai isu sensitif masih boleh dibendung kerana perbezaan aliran itu masih boleh diterima selagi tidak menyentuh akidah. Kita mengambil pendekatan yang halus dan diplomasi kerana banyak yang perlu kita jaga terutama perpaduan masyarakat," katanya.

Komen : Mengapa baru sekarang perkara ini dihebohkan, sehinggakan berlaku penangkapan Dr. MAZA atas alasan memberi kuliah agama 'tanpa tauliah'? Tidakkah cara tindakan yang telah diambil oleh JAIS itu telah menambah kekeliruan di kalangan umat Islam di Malaysia, sekaligus menimbulkan ketegangan dan mengancam perpaduan masyarakat?

red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-72018467236808565062009-11-02T19:37:00.005+08:002009-11-07T15:30:54.706+08:00Dungunya sebuah jabatan kerajaan
Tindakan menangkap Dr. Mohd Asri Zainul Abidin adalah antara tindakan paling dungu yang pernah dilakukan oleh sebuah jabatan kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal agama Islam. Lebih menjengkelkan lagi ialah bekas Mufti Perlis itu diperlakukan seperti seorang penjenayah dengan kehadiran lebih 30 orang polis di lokasi penangkapan, atas kesalahan mengadakan ceramah agama tanpa permit.

Susah nak percaya bahawa itu sebab sebenar penangkapannya kerana umum kenal dan tahu Dr. Asri juga setiap minggu menulis dalam Mingguan Malaysia, selain pendapatnya dalam hal-ehwal agama yang selalu menjadi rujukan pelbagai pihak. Kenapa tak ditangkap sahaja penceramah-penceramah agama tak berpermit yang saban hari memainkan jarum politik di masjid dan surau-surau di serata Selangor. JAIS diperkuda untuk tujuan politik, dan 'permainan' ini sangat memalukan umat Islam di Malaysia.

Dalam pada itu, si Ketua Pemuda UMNO hanya bersuara lembik dengan mengatakan beliau 'akan pantau tindakan JAIS' dan mengecam jabatan tersebut jika berlaku sebarang tindakan tidak adil terhadap bekas mufti itu. Kalau setakat pantau dan nak kecam... tak payahlah jadi Ketua Pemuda!
red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-7766914884052129319.post-7703756078590928232009-10-23T22:56:00.006+08:002009-11-07T15:34:27.207+08:00PAS pun nak 'berubah'
Bila UMNO buat pindaan perlembagaan dan melaungkan slogan perubahan sebelum ini, Nik Aziz kata itu retorik, kosmetik politik dan tidak konkrit. Beliau juga berpendapat sikap-sikap negatif yang ada dalam parti komponen BN kini telah mula memakan diri hinggakan timbul desakan-desakan untuk menukar pemimpin tertinggi MCA melalui EGM dan desakan kuat yang diterima oleh Samy Vellu untuk turun dari takhta MIC.

Apa sudah jadi? Semalam Mursyidul Am PAS itu pula seolah-olah melaungkan 'perubahan' dan mencetus keinginan untuk adakan suatu 'EGM' bagi menyingkirkan Presiden serta beberapa tokoh utama yang lain dalam parti tersebut (baca sini dan sini)

Walaupun ramai penyokong Pakatan Rakyat yang cuba berbohong kepada diri sendiri dengan menafikan keresahan mereka terhadap apa yang berlaku di Selangor, Bagan Pinang serta isu kerajaan perpaduan yang tenggelam timbul, hakikatnya 'poligami' PAS, DAP dan PKR juga sedang menempuh badai. Keyakinan semalam PAS dan pakatannya kini goyah kembali bila UMNO dan BN kembali bersolek dengan kosmetik berjenama.

Dulu sampan kecil dan mudik di sungai sahaja, senang 'control'... sekarang bahtera dah besar dan belayar di laut lepas, barulah kenal cabarannya! Hmm.. kalau pun betul-betul PAS buat EGM atau Muktamar Khas, harap-harap janganlah selepas itu ada ahlinya yang nak lari masuk Makhal Sakti.
red roosterhttp://www.blogger.com/profile/13648308171001500781noreply@blogger.com0