Depa mai dah! Minggu ini jumlah orang yang datang mengunjungi KL pasti bertambah. Kalau baru nak tempah bilik hotel untuk menginap minggu ini, anda boleh lupakan saja. Bukan kerana keberkesanan kempen Zoom Malaysia atau program canggih anjuran Tourism Malaysia, tapi kerana ada Pemilihan Agung UMNO.
Pemilihan ini menarik perhatian ramai terutama orang Melayu, tidak kira sama ada mereka ahli UMNO atau tidak. Ini adalah kerana sebilangan besar pemimpin yang terpilih nanti bukan hanya akan menjadi pemimpin dalam parti tersebut, tapi akan turut menjadi pemimpin negara ini. UMNO pula kini berada dalam keadaan yang sangat parah akibat kecuaian pucuk pimpinan sedia ada.
Bagi saya, ada beberapa perkara yang menjadi persoalan tentang peluang UMNO untuk memperbaiki imej, kedudukannya serta persepsi orang Melayu sebagai sebuah parti yang masih boleh diharapkan untuk mempertahankan bangsa dan agama. Sudah tentu untuk memperbaiki imej, kedudukan dan persepsi orang ramai, parti itu perlu mempunyai barisan kepimpinan yang mantap berbeza dengan barisan kepimpinan sedia ada.
Masalahnya, apa sangat option yang perwakilan ada untuk dijadikan resepi atau ramuan baru yang diorder oleh rata-rata ahli di peringkat akar umbi? Jawatan nombor 1 parti telah sedia ditetapkan. Bagi jawatan-jawatan utama yang lain pun tiada banyak option untuk memilih calon muka baru yang fresh, berintegriti dan tiada track record yang buruk yang boleh membuat ahli berasa ragu tentang keikhlasan serta arah perjuangannya.
Kebanyakan calon yang layak bertanding (kalau tidak dihalang oleh Lembaga Disiplin) hanyalah calon-calon kitar semula (meminjam istilah A. Kadir Jasin). Lihatlah siapa calon yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden bahkan bagi jawatan Ketua Pemuda sekali pun ada calon yang telah dikitar semula. Tiadakah calon fresh yang berintegriti dalam UMNO?
Kalau diamat-amati, sangat sukar untuk diperolehi calon yang menepati piawai sebagai seorang pemimpin. Sukar bukan bermakna langsung tidak ada! Dalam keadaan option yang sangat terhad ini, perwakilan haruslah betul-betul bijak, ikhlas dan mempunyai rasa tanggungjawab dalam membuat pemilihan supaya hasilnya nanti individu-individu terbaik yang piawai akan terpilih untuk menjadi pemimpin. Calon-calon kitar semula serta yang terlibat dengan rasuah (semua perwakilan pasti tahu) tidak sepatutnya menjadi pilihan. Barulah reform serta proses reposition akan benar-benar berlaku.
Ada satu lagi persoalan yang jarang diberi perhatian. Individu yang datang untuk jadi perwakilan itu perwakilan kitar semulakah atau perwakilan baru yang benar-benar berhasrat memperjuangkan parti serta ingin melihat partinya terus relevan?
Sunday, 22 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
jgn terlalu memandang rendah terhadap mentaliti perwakilan UMNO yang datang pada tahun ini..memang benar, UMNO dilanda isu politik wang yang hangat diperkata...isu kitar semula atau pemimpin baru bukan menjadi masalh, tetapi moral dan kredabiliti pemimpin yang jadi ukuran...tidak semestinya pemimpin baru mempunyai moral yang tinggi dan -pemimpin yang digelar kitar semula korup dan tidak beretika..mungkin sebagai penulis kita mampu dan senang untuk mengkritik, tetapi realitinya bukan mudah untuk mentadbir sebuah parti siasah orang melayu dan sesebuah negara...sebagai orang MELAYU yang masih berpegang kepada sopan santun, budi dan jasa orang lama tidak patut kita lupakan..jgn kerana terlalu gelojoh untuk perubahan dalam UMNO perwakilan lupa kepada soal mengenang budi dan jasa pemimpin terdahulu..persoalan yang bermain difikiran saya adalah, jika perubahan baru yg kita mahukan, adakah ia akan membawa kebaikan kepada parti atau setakat retorik pemimpin baru yang gila kuasa?????perlu diingat, jika tiada pemimpin terdahulu, kita tidak berada dalam keadaan sekarang...dan perlu juga dingat, politik bukan sepertimana CEO(cerdik pandai) mentadbir sesebuah syarikat gergasi, tetapi ia lebih dari itu....lu pikirla sendiri
Askm Anon 13.32,
Pemimpin 'baru' tidak semestinya bermaksud pemimpin muda. Masalah integriti berlaku tidak kira kpd pemimpin muda atau 'org lama'. Yang menjadi perwakilan juga (G7 dan G2) rata-rata mereka yg merupakan pemimpin di pkt bahagian masing2. Sebhg dari mrk juga terlibat dlm masalah integriti. Hal ini saya percaya tuan & saya sendiri juga mmg sedia maklum. Inilah masalah sebenar yg utama perlu cuba kita selesaikan walaupun terasa perit. Hanya keikhlasan perjuangan shj yg dapat mengatasi masalah ini.
...Jasa dan bakti pemimpin lama tetap akan dikenang!
Sistem patut dipertimbangkan semula. Change is good.
Hope,
Thanx for your comment.
Post a Comment