Monday, 2 March 2009

Persidangan Agung Umno ditangguhkan!

Persidangan Agung Umno yang dijadual pada penghujung bulan ini akan ditangguhkan. Ini berita yang pasti menggemparkan. Saya pun baru saja dengar info ini dari sumber-sumber yang saya kira 'boleh dipercayai' lewat petang tadi. Betul ke?

Menurut sumber tersebut, satu sidang media khas akan diadakan berkaitan perkara ini di salah sebuah hotel di Petaling Jaya pada tengahari esok. Sebab sebenar penangguhan persidangan tersebut tidak begitu jelas. Namun begitu, jika info ini betul saya percaya ianya pasti ada kena mengena dengan kemelut politik terkini tanahair!

3 comments:

BERANIKAN HATI said...

Bro,
Salam RR. Ditangguhkan? Biar betul! Ini boleh jadi haru satu negara ni. Taspi kalau fikirkan skap Pak Lang memang tak mustahil pun, mungkin tidak akan diadakan terus kerana Pak Lah nak jadi Presiden UMNO dan PM selamanya.

red rooster said...

Kalau mengikut info tu, suatu injunction akan dibuat untuk menangguhkan persidangan. Tempatnya di One World Hotel, dekat sebelah 1 Utama/TV3.

En.Lanun said...

takde pun! khabar angin...