Tuesday, 17 March 2009

Lembaga Disiplin UMNO dan jeritan lights, camera... action! (Scene 1, Take 1)


Lights, camera... Action! Babak pertama drama politik Pemilihan Agung UMNO dah bermula. Beberapa keputusan (antara mengejut dan tidak) telah dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO petang tadi.

Antara keputusan yang dibuat ialah calon jawatan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohd. Ali Rustam di dapati bersalah mengamalkan politik wang manakala calon jawatan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin yang juga bersalah hanya sekadar diberi surat amaran. Dato' Seri Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Dari suatu perspektif, keputusan ini menyaksikan pencabar terkuat Tan Sri Muhyiddin iaitu Ali Rustam yang dikatakan berada dalam kem Pak Lah 'syahid' sebelum bertarung. Najib mungkin juga tersenyum kerana Muhyiddin yang lebih beliau gemari kini punyai potensi lebih besar untuk menjadi timbalannya... atau mungkinkah juga beliau tersenyum kerana drama yang diarahnya telah memulakan penggambaran?

Bagi jawatan Ketua Pemuda pula, walaupun Khairi Jamaluddin masih boleh terus bertanding, keputusan yang beliau terima pada hari ini setidak-tidaknya telah menjatuhkan moral yang cuba beliau bina bagi menentang Mukhriz dan Khir Toyo. Ini juga boleh dilihat sebagai satu advantage kepada Mukhriz yang juga berada dalam kem Najib... betulkah ini hanya kebetulan atau satu muslihat politik?

Jika betul drama ini diarah oleh Najib, ada kemungkinan selepas ini jeritan Lights, camera... Action akan kita dengar dari kem Pak Lah pula. Itulah antara sepak terajang dalam politik!

4 comments:

Anonymous said...

salam..

pandangan yang sangat bernas..

Unggal said...

Aslmkum Brother
Film Melayu & Film Bollywood boleh diagak kesudahan ceritanya... Film Hollywood pulak susah nak teka jalan ceritanya dan kesudahannya.... hai.. silap-silap.....??..
Tuah ayam nampak ditaji...tuah manusia nampak di dahi..!!

* Scene 2 - Take.2 komen di kudakepang

Salam rantauan

Jumayatara said...

UMNO Dulu, kini dan selamanya rasuah.Jangan campak diri anda ke dalam kebinasaan. Selamat kan diri dan keluarga anda ...keluar dan bubar UMNO.



Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.

red rooster said...

Bro sirnik & Unggal,
Thanks for your comments.

Tok Mudim,
Tanggapan Umno rasuah dulu kini dan selamanya adalah tidak tepat dan mungkin keluar dari hati dan jiwa yang tidak luhur.
Kebebasan dari cengkaman penjajah yg kita nikmati sekarang adalah antara hasil perjuangan Umno DULU. Adalah boleh dipersetujui bahawa KINI sebahagian pemimpinnya telah menyimpang dari 'perjuangan yang sebenar'.
Tiada organisasi atau parti yang sempurna (di negara ini mahupun di negara lain). Saya percaya, jika Umno benar2 berusaha, gejala negatif seumpama ini tidak akan berlaku SELAMANYA!
Terima kasih di atas komen tuan.