Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam berkata bahawa kebenaran untuk menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan agama Kristian dibatalkan. Katanya, ada 'kesilapan' yang berlaku dalam pewartaan kebenaran itu. Menurut Menteri Dalam Negeri itu, perintah yang diwartakan pada 16 Februari 2009 itu juga bertentangan dengan keputusan kerajaan sebelum ini dan telah dibuat sebelum mahkamah memberikan keputusannya. baca di sini
Kes ini nampaknya sama sahaja dengan pengumuman kenaikan harga tol yang dicanang baru-baru ini. Soalnya, mengapakah sebelum sesuatu keputusan, dasar, polisi, pewartaan, syarat dan sebagainya dibuat, ianya tidak disemak dan diperbincangkan dengan teliti serta menilai kesan-kesannya dari pelbagai aspek.
Kalau dalam situasi sekarang ini pun masih main sorong papan tarik papan dan beri 'bola tanggung' di sana dan sini, alamat semakin beratlah 'batu' yang Najib kena pikul lepas ni!
Sunday, 1 March 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam damai, saya ingin membantu kita berfikir:
i. Surga bukan menjadi masalah tetapi manusia itu sendiri.
ii. Tiada agama yang mengajar utk menghakimi kerana hanya Allah yang layak menjadi HAKIM.
iii. Agama juga berperanan dalam kehidupan bermasyarakat.
iv. Tidak memahami agama lain maksudnya tidak memahami agama sendiri.
v. Periksalah pengalaman2 dan pemahaman2 kita dan bandingkan dengan pengalaman dan pemahaman orang lain.
vi. Semua agama berbicara tentang realiti kehidupan yang tidak dapat ditangkap dengan akal sahaja tetapi dengan iman.
vii. MUngkinkah kes ini adalah pekerjaan-Nya untuk mendidik kita semua?
viii. Berbahagialah orang yang membawa damai.
sdr/i, walaupun Malaysia adalah negara Islam tetapi apa yang Malaysia telah capai selama ini adalah usaha semua orang dan bukan hanya orang Melayu..Apa guna memiliki istilah "Allah" sahaja tetapi hari2 buat dosa?...pernahkah anda sedih atau kecewa kerana seseorang telah salahfaham dengan anda?.. pernahkah kita berfkr ttg wawasan kita sebagai rakyat M'sia iaitu mencapai negara yang bersatu, liberal, demokratik, kebebasan, dan sebagainya?.
Seorang anak tahun 1 bernama Ali Bin Abu..sementara seorang petani bernama Abi Bin Abu..ayah kedua2 mereka ini berlainan. Patutkah Ali melarang Abi menyebut nama bapanya? BUkankah ayah Ali dan Abi masing2 mempunyai sifat dan sikap yang berlainan?..Bagaimana kita boleh bercakap mengenai perkara yang kita tidak faham?..apakah orang Islam yang "diberkati" tahu benar tentang agama Kristian dan sebaliknya?..Marilah kita hidup damai..memahami sesama sendiri tanpa "mengkhianati" agama kita..Amen
Post a Comment