Sunday 26 July 2009

Penulis 4tbh elok dedah identiti

Polis sibuk menjalankan sisatan ke atas kematian Teoh Beng Hock. Ada pihak yang cadangkan penubuhan Suruhanjaya DiRaja, ada pula yang bersetuju dengan inkues. Sementara itu, dalam kelantangan pihak DAP serta parti-parti sekutunya menjaguhi dan mempolitikkan isu ini untuk memberi tekanan kepada kerajaan, ujud sebuah blog yang mendedahkan kelahapan DAP menggelapkan wang, walaupun baru setahun jagung mendapat kuasa. Sekaligus, mewujudkan motif-motif tertentu yang boleh dikaitkan dengan kes ini.

Pendedahan yang ditulis di dalam blog ini, telah begitu mendapat perhatian di dalam akhbar cetak dan online walau pun pemilik blog ini hanya bertaraf anonymous . Hakikatnya, siapa betul siapa yang salah masih belum dapat diketahui.

Komen saya, jika apa yang didedahkan dalam blog 'Truth for Teoh Beng Hock' itu benar, ianya sangat membantu polis dalam menyelesaikan siasatan kes ini. Dalam masa yang sama, jika ini benar dan ada bukti, ianya juga sangat membantu rakyat untuk mengenali wajah sebenar DAP yang kini kian 'berpeluh'. Penulis blog tersebut, eloklah dedahkan identitinya dan harus berani untuk membuat laporan polis.

1 comment:

Anonymous said...

Sdara,
kpd DAP, PKR & Pas elok mereka merenung kembali pepatah ini: 'mengata dulang paku serpih, mengata org dia yg lebih'.
tk.

matarakyat.