Tuesday, 28 July 2009

Pemimpin UMNO selalu lupa jerat!

Walaupun telah berkali-kali 'terkena' dengan wayang dan sandiwara PAS, pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya masih tidak belajar dari kesilapan-kesilapan yang lalu.

Terbaru, pemimpin UMNO sibuk memberi respon positif terhadap kenyataan Nik Aziz yang kononnya ingin membentuk hubungan kerjasama dengan UMNO dan melupakan sengketa-sengketa yang lalu demi rakyat. Kata Nik Aziz, perselisihan pendapat sebelum ini adalah adat dalam politik terutamanya ketika kedua-dua pihak menghadapi pilihanraya. Masih agak baru, dan saya pasti kita masih ingat dengan jelas bagaimana Mursyidul Am PAS ini menyamakan UMNO dengan ajaran sesat.

Beberapa hari yang lalu, bila Nik Aziz kata nak jalin semula hubungan dengan kerajaan pusat, para pemimpin UMNO masing-masing memberi respon dan berharap kenyataan Nik Aziz itu ikhlas. Dalam hal ini, nampak sangat macam pemimpin UMNO yang lebih 'memerlukan' sangat kerjasama dengan PAS, walaupun alasannya atas dasar penyatuan bangsa. Pemimpin UMNO sepatutnya telah lama belajar dan sedar dengan orang jenis apakah mereka sedang berhadapan. Nik Aziz memang selalu tidak konsisten dalam membuat kenyataan, laksana si lidah bercabang. Sebaliknya mantan PM pula yang awal-awal lagi dah dapat membaca kenyataan Nik Aziz ini tidak ikhlas.

Buktinya, semalam Nik Aziz 'memusing' semula kenyataannya dan mentafsirkan bentuk hubungan yang beliau maksudkan hanyalah hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, dan tidak langsung timbul soal hubungan UMNO-PAS. baca sini

Kenyataan beliau yang terbaru ini juga memberi gambaran disebalik, iaitu seolah-olah sebelum ini kerajaan pusat menyisihkan Kelantan dari arus pembangunan. Pemimpin UMNO tak sedar ke bahawa kenyataan Nik Aziz ini juga turut menempelak UMNO/BN. Adakah betul kerajaan pusat sebelum ini menyisihkan Kelantan? Jika jawapannya tidak, buatlah kenyataan balas untuk menyangkal dakwaan ini, bukan hanya sibuk beri respon ketika PAS kata nak 'berkawan' dengan UMNO/BN.

Kesimpulannya, pemimpin-pemimpin UMNO perlu cepat belajar dari kesilapan masa lalu supaya tidak terus menjadi bahan tawa. Bukankah Nik Aziz yang sebelum ini berkeras sangat menolak idea kerajaan perpaduan? Jangan jadi pelanduk yang selalu lupa pada jerat!

2 comments:

Arif Omar said...

itu kadangkala naik menyampah tu. tak serik-serik. PAS pun mula rasa dan naik tocang. UMNO masih kuat. 67 % orang melayu undi BN. apa takut

red rooster said...

Sdra Arif,
Dlm situasi sekrg, UMNO mesti bijak dlm segala tindakan. Jgn sampai tindakan yg diambil memberi kesan yg negatif terhadap moral parti.
Tk.