Thursday 9 July 2009

Keputusan yang tidak 1Malaysia...

Saya tidak terkejut apabila kerajaan mengambil keputusan untuk berpatah balik dengan memansuhkan PPSMI mulai tahun 2012. Walaupun bercanggah dengan pendapat peribadi saya, saya tetap menerima hakikat bahawa keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah bukan atas kepentingan politik, sebaliknya berdasarkan data-data serta maklumat hasil kajian empirikal dan mengikut apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan ini adalah semata-mata untuk kebaikan para pelajar.

Namun begitu, apa yang agak memeranjatkan saya ialah kenapa kerajaan masih membenarkan subjek-subjek sains dan matematik terus diajar dalam bahasa ibunda Cina dan India di sekolah-sekolah jenis kebangsaan, kerana dalam masa yang sama Perdana Menteri melaung-laungkan konsep 1Malaysia. Tidakkah lebih baik jika kerajaan menetapkan sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu sahaja di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan?

4 comments:

Anonymous said...

Tuan.

saya bersetuju dengan pendapat tuan dalam artikel yg terdahulu berkaitan ppsmi ini. cara perlaksanaan ppsmi ini sepatutnya di'improvise' supaya ianya berjaya, bukan dibatalkan. namun kini tiada apa lagi yg boleh kita katakan pasal ppsmi ini sebab semua keputusan telah dibuat. benarlah spt kata dato' kadir jasin: 'wal hasil balik asal, itu fasal tak hasil....'

suloh budiman.

red rooster said...

Sdra Suloh Budiman,

Semoga semua pihak mendapat pengajaran berguna dari apa yg telah berlaku...

T/kasih.

Anonymous said...

pudam76
ha...ha... semua politik punya cerita la.dulu tukar dari bm ker bi yang untung tukang cetak buku.lepas tu tukar pulak bi ker bm sapo untuk tukang cetak buku.kali ni kroni sapo pulak tak tau.... kena siasat.... sebab kat malaysia ni banyak perkara yang lempar batu sembunyi tangan.negara lain merdeka hampir 250 tahun tak mcm malaysia tukar sistem pendidikan setiap kali menteri tukar. tak tau tukar ikhlas untuk rakyat ker atau kilang cetak buku yang ader share.tapi nampak mcm tak ikhlas jer.baru jer try dah ckp tak berjaya bkn tak berjaya tp kut-kut kerusi empuk yang diduduki 2 bg kat org lain sebab pebyokong tak sokong.atau takut banyak anak orang kampung pandai BI pas2 lawan gomen.Ingat ramai anak menteri pun kat oversea melayu pun tak berapa pandai cakap.renung-renunglah tidak berjaya@agenda politik@ader saham dengan syarikat pencetakan untuk keluar buku baru. Untung beb bodohkan bangsa sendiri....

red rooster said...

Sdra Pudam76,
Terima kasih kerana memberi pandangan. Mungkin sebhg dr apa yg sdra katakan itu ada betulnya (wallahualam). Bagaimanapun, saya tidak bersetuju kalau kita buat andaian pemansuhan ppsmi adalah kerana pemimpin sedia ada takut anak org kampung pandai dalam BI.