Tuesday, 3 March 2009

Cerita dari One World Hotel

Pada tengahari tadi, satu sidang media telah diadakan di One World Hotel, Bandar Utama oleh Dato' Mazlan Haron dan Dato' Kadar Sulaiman dari Umno Muar. Mereka meminta Persidangan Agung Umno ditangguhkan sehingga semua siasatan berhubung dengan politik wang yang membabitkan Umno diselesaikan terlebih dahulu. Sekiranya saranan ini tidak dilayan, mereka akan memohon injunksi dari mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu. baca di sini

Komen:
'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Saranan tersebut ada betulnya walau pun ianya dilihat dibuat pada saat-saat akhir di mana persidangan hampir berlangsung. Pokoknya Umno harus menunjukkan kesungguhan di dalam membanteras segala gejala negatif yang ada di dalam parti demi mengembalikan integriti dan kepercayaan umum.

... by the way, agak-agak agenda siapa ni?

2 comments:

ROSHATIKA said...

Salam,

Kalau dua nama tu, tak payahlah kita layan.

T. kasih

Anonymous said...

kenapa perlu disaat UMNO dalam keadaan bergelora dan tidak stabil ini, datang dua budak hitam yang cuba berlagak sebagai hero kepada akar umbi UMNO..apakah tujuan dan motif utama mereka, ikhlas dalam apa yang diperkata atau agenda tersembunyi di dalam poket mereka..kenapa baru skrg nak buat pc berhubung perkara itu dan tidak dibuat sebelum ini,,,banyak persoalan yang mencurigakan timbul dari mereka berdua ini yang sememangnya kita tahu ttg background mereka yang kurang memberangsangkan....kenapa UMNO perlu dengan desakan seperti ini dan adakah UMNO akan 100% clean jika dilayan kerenah dan desakan ini...lu pikirlah sendiri