Saturday 28 February 2009

Isu penggunaan perkataan Allah: Keputusan yang mengecewakan

Bernama melaporkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah di dalam penerbitan bahan agama Kristian dengan syarat kulit muka depan penerbitan tersebut ditulis dengan terang perkataan “UNTUK AGAMA KRISTIAN”. Perkara itu terkandung dalam warta kerajaan P.U. (A) 62 bertarikh 16 Feb 2009 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009.

Keputusan itu sudah tentunya mengejutkan umat Islam di Malaysia. Mengapa perlu kerajaan terlalu bertolak ansur dalam perkara seperti ini, sedangkan umum tahu muslihat Kristian di sebalik penggunaan perkataan Allah di dalam penerbitan mereka. Mengapa tiba-tiba sahaja perkataan Allah hendak digunakan di dalam penerbitan mereka? Siapakah yang disasarkan sebagai pembaca kepada penerbitan-penerbitan ini? Berapa ramai Lina Joy lagikah yang akan muncul kerana keputusan ini?

Jika sekiranya Kristian ingin menerbitkan Bible dalam bahasa Melayu, apa perlunya perkataan Tuhan (dalam Bible) diganti dengan perkataan Allah. Tidak bolehkah mereka gunakan perkataan Tuhan sahaja kerana dalam bahasa Inggeris pun mereka hanya gunakan perkataan god bagi merujuk kepada Tuhan mereka. Dalam doa serta sebarang upacara keagamaan Kristian pun, mereka menggunakan perkataan god atau Tuhan jika dalam bahasa Melayu. Apakah dengan kebenaran yang diberikan oleh KDN ini, perkataan Allah atau 'anak Allah' (anak Tuhan yang mereka rujuk kepada Isa) akan turut digunakan dalam semua upacara keagamaan Kristian? Jika mereka kini hendak menggantikan perkataan Tuhan dengan Allah, apakah seluruh dunia Kristian termasuk Pope di Vatican akan turut menggunaan perkataan Allah. Temberang!

Allah ialah Tuhan bagi penganut agama Islam. Bila sesiapa sahaja menyebut Allah, ianya merujuk kepada Tuhan orang Islam. Islam dimana-mana di seluruh dunia menyebut Allah sebagai Tuhan.

Kalau KDN boleh beri kebenaran kepada Kristian untuk menggunakan perkataan Allah, apakah nanti jika diminta, KDN juga terpaksa beri kebenaran kepada agama Hindu, Buddha, Bahai, Sikh dan sebagainya untuk menggunakan perkataan Allah di dalam penerbitan mereka kerana menganggap Allah hanya merujuk kepada Tuhan (dalam bahasa Arab)? Apa yang ada di benak hati mereka-mereka yang membuat keputusan ini? Tak faham!!

Islam adalah agama rasmi dan menjadi pegangan kepada majoriti rakyat di Malaysia. Sepatutnya, tiada sebarang toleransi yang diberikan oleh Kerajaan kita dalam isu ini. Keputusan ini, jangan disangkal, benar-benar telah melukakan hati umat Islam di Malaysia. Luka yang amat dalam...

Tidak perlulah saya ulas pandangan dari perspektif politik, kesan terhadap Pilihanraya Kecil yang hampir menjelma atau sebagainya, kerana isu ini bukan isu yang perlu dipertimbangkan berpandukan neraca politik. Ianya isu agama yang tidak boleh dipermainkan dalam apa jua situasi sekalipun.

33 comments:

USD said...

Salam, entahlah tuan, apa yg ada di kepala para pegawai KDN masa buat keputusan ni. Pak Menteri pula skg ni sibuk nak menang...mana ada masa nak fikir benda ni!

red rooster said...

Askm Ustaz,
...sibuk macamana pun, utk perkara-perkara utama dan kritikal macam ni tak boleh buat sambil lewa. ini soal agama kita. ...takut yg nak menang, jadi kalah pulak!

Anonymous said...

Isu ni x yah la d pnjang2 kn.... Keputusan da kuar, trima je la...
Klu x dpt trima keputusan tu.. p dok kat pulau... buat kerajaan sendiri, agama sendiri, serba serbi sendiri... Tak yah kecoh sana sini dan x yah dok susah2 salahkn sape2...
Dasar x senang tgk org lain senang...
Ape nk jadi ngan org melayu skrg ne??
Nk ckp beradap, x juga....
Lantak la korang....
Memalukan....

Anonymous said...

Allah (Arabic: الله‎, Allāh, IPA: [ʔalˤːɑːh] Ar-allah.ogg pronunciation (help·info)) is the standard Arabic word for God.[1] While the term is best known in the West for its use by Muslims as a reference to God, it is used by Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, in reference to "God".[2][1][3] The term was also used by pagan Meccans as a reference to the creator-god, possibly the supreme deity in pre-Islamic Arabia.[4]

The concepts associated with the term Allah (as a deity) differ among the traditions. In pre-Islamic Arabia amongst pagan Arabs, Allah was not the sole divinity, having associates and companions, sons and daughters, a concept strongly opposed by Islam. In Islam, the name Allah is the supreme and all-comprehensive divine name. All other divine names are believed to refer back to Allah.[5] Allah is unique, the only Deity, creator of the universe and omnipotent.[2][1] Arab Christians today, having no other word for 'God' than Allah,[6] use terms such as Allāh al-ʼAb ( الله الأب) "God the Father". There are both similarities and differences between the concept of God as portrayed in the Qur'an and the Hebrew Bible..
Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, use the word "Allah" to mean "God".[3] The Christian Arabs of today have no other word for 'God' than 'Allah'.[6] (Even the Arabic-descended Maltese language of Malta, whose population is almost entirely Roman Catholic, uses Alla for 'God'.) Arab Christians for example use terms Allāh al-ʼab (الله الأب) meaning God the father, Allāh al-ibn (الله الابن) mean God the son, and Allāh al-rūḥ al-quds (الله الروح القدس) meaning God the Holy Spirit (See God in Christianity for the Christian concept of God).

Anonymous said...

"Mengapa tiba-tiba sahaja perkataan Allah hendak digunakan di dalam penerbitan mereka?"

red rooster,
saya telah hidup selama 34 tahun di Malaysia ni dan sejak kecil, saya telah menggunakan perkataan Allah dalam doa, kebaktian hari Ahad, nyanyian pujian and penyembahan bahkan di dalam Alkitab. Saya nak bertanya soalan sebaliknya, "Mengapa tiba-tiba keluar larangan penggunaan perkataan Allah oleh agama lain?"

God Bless Malaysia

Anonymous said...

red rooster,
...bertolak ansur lah... yang penting ikut pegangan agama masing2.. x payah la nak ikut prasaan bagi membeza2kan.. kita hidup aman dlm malaysia ni pun sbb kita bersatu padu walopun lain bangsa lain agama.. itu lah dinamakan perpaduan...keputusan KDN pun mmg betul kerana melibatkan sensitiviti semua agama.. tak kan kita nak jd mcm negara luar berperang sesama manusia disebabkan perbezaan itu ... berfikiran terbukalah...

firdaus said...

The word "Allah" is the perfect description of the "One God" of monotheism for Jews, Christians and Muslims!

Is "Allah" only for Islam and Muslims?
[No! It is for All Three Abrahamic Faiths.]

"Allah" is the same word used by Christian Arabs and Jewish Arabs in their Bible, centuries before Islam came.

On page one [1] of Genesis in the Old Testament, we find the word "Allah" seventeen [17] times.

Every hotel and motel has a Bible. Next time you see one look in the introduction, you will find samples of the different languages they have translated. For Arabic they have translated the verse in the New Testament in Arabic from the famous verse in the Gospel John 3:16 -

"For God so loved the world..."
- and the word the translators used in Arabic for "God" is the very same word used by Muslims around the planet, "Allah."
Where Does the word "Allah" Come From?

"Allah" comes from the Arabic word "elah"a god' or something worshiped. - (Arabic) means '

This word (elah) can be made plural (gods), as in "aleha" and it can be male or female just as the word in English can be "goddess."

"Allah" comes from "elaha" but it brings more clarification and understanding.

Allah = Has no gender (not male and not female)
"He" is used only out of respect and dignity - not for gender
Allah = Always singular - Never plural
"We" is used only as the "Royal WE" just as in English for royalty
Allah = Means "The Only One to be Worshippe

Anonymous said...

PROPHET MUHAMMAD (pbuh) ALSO MENTION IN THE BIBLE..

Prophet Muhammad (pbuh) in the New Testament:

Al-Qur'an Chapter 61 Verse 6:

"And remember, Jesus, the son of Mary, said, 'O Children of Israel! I am the messenger of Allah (sent) to you, confirming the Law (which came) before me and giving glad tidings of a messenger to come after me, whose name shall be Ahmed.' But when he came to them with clear signs, they said, 'This is evident sorcery!' "

All the prophecies mentioned in the Old Testament regarding Muhammad (pbuh) besides applying to the Jews also hold good for the Christians.

1.
John chapter 14 verse 16:
"And I will pray the Father, and he shall give you another Comforter, that he may abide with you forever."

2.
Gospel of John chapter 15 verse 26:

"But when the Comforter is come, whom I will send unto you from the Father, even the Spirit of truth, which
proceedeth from the Father, he shall testify of me."

3.
Gospel of John chapter 16 verse 7:



"Nevertheless I tell you the truth; it is expedient for you that I go away: for if I go not away, the Comforter will not
come unto you; but if I depart, I will send him unto you".

"Ahmed" or "Muhammad" meaning "the one who praises" or "the praised one" is almost the translation of the
Greek word Periclytos. In the Gospel of John 14:16, 15:26, and 16:7. The word 'Comforter' is used in the English translation for the Greek word Paracletos which means advocate or a kind friend rather than a comforter.
Paracletos is the warped reading for Periclytos. Jesus (pbuh) actually prophesised Ahmed by name. Even the
Greek word Paraclete refers to the Prophet (pbuh) who is a mercy for all creatures.

Some Christians say that the Comforter mentioned in these prophecies refers to the Holy Sprit. They fail to realise
that the prophecy clearly says that only if Jesus (pbuh) departs will the Comforter come. The Bible states that the
Holy Spirit was already present on earth before and during the time of Jesus (pbuh), in the womb of Elizabeth, and again when Jesus (pbuh) was being baptised, etc. Hence this prophecy refers to none other than Prophet
Muhammad (pbuh).

4.
Gospel of John chapter 16 verse 12-14:

"I have yet many things to say unto you, but ye cannot bear them now. Howbeit when he, the Spirit of truth is
come, he will guide you unto all truth: for he shall not speak of himself; but whatsoever he shall hear, that shall he speak: and he will shew you things to come. He shall glorify me".

The Sprit of Truth, spoken about in this prophecy referes to none other than Prophet Muhammad (pbuh)

NOTE: All quotations of the Bible are taken from the King James Version.

Anonymous said...

salam sejahtera kepada para pembaca bhubung isu penggunaan nama "Allah" bg umat Kristian di gereja2..Walaupn usia sy msih muda (22 Thun),xjadi masalah untuk sy menyuarakn pendapat sy mengenai hal ini..bg sy ini merupakan satu salah faham.Mana2 agama pn,tidak sama sekali mengajar umatnya untuk bermusuhan...so pkara ni xplu la nk dperbesar-besarkn..klu benar kta percaya kpda agama kita sendiri, kta nk smbahyang kt mana2 pn boleh..(fikir sendiri)..mcmana kita nk mnafikan ape yg dh tertulis di dalam Alkitab (bible) yg mempunyai perkataan "Allah"?We're not GOD, so kta xboleh mmbangkang macamtu..Tuhan,God,Allah are same..He's only One.Sy setuju "Allah" tu brasal daripada Bahasa Arab, but it's juz a language..dr mana asalnya bahasa2 kt dunia ni?
dr nenek moyang kita dulu,n darimanakh asal mereka klau x Tuhan yg cipta mereka?Tuhan Maha Adil,xde pilih kasih pn..smuanya Dia bahagikan sama rata.So be open minded la sikit bro..guna akal fikiran yg Dia dh kurniakn kita ni.Xkn pasal ni pn kita nk bmusuh sesama manusia?"Faith is on our own, not from outside"...Percayalah agama sendiri,i'm Christian so pegangan sy adalah kepada agama sy..Msy GOD bless us..

Anonymous said...

Laa... Aku pikirkan tuhan orang Kristian Jesus je.... rupanya Allah pun tuhan dorang jugak kah.... betullah kata Orang Islam.

Anonymous said...

MAKSUD ALLAH DISINI MERUJUK KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA, YANG MENJADIKAN SELURUH ALAM LANGIT DAN BUMI DALAM KERANGKA PENGERTIAN DAN PERSEPAKATAN MAKNA SELURUH AGAMA SAMAWI YANG ASLI. ALLAH YANG DIRUJUK DI MANA-MANA TEMPAT DALAM TULISAN INI ADALAH SEPERTI YANG DIERTI DALAM SELURUH AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN, YANG TERPANCAR SIFAT-AIFAT KAMALAAT-NYA MELALUI 99 ASMA UL-HUSNA-NYA. PAKSI DAN TUNJANG YANG MEMANCANG SIFAT ALLAH YANG DIRUJUK DALAM TULISAN INI BERSEMAYAM DIKERAK PENGERTIAN EMPAT AYAT DALAM SURAH AL-IKHLAS YANG BERBUNYI: KATAKANLAH DIALAH TUHAN YANG MAHA ESA.TEMPAT BERGANTUNG SEGALA SESUATU. DIA TIDAK BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKKAN. TIADA SIAPA YANG SETARA DENGAN DIA."

Anonymous said...

Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk Tuhan dalam bahasa Hebrew dalam kitab Taurat dan makna perkataan Tuhan dalam bahasa Greek untuk kitab Injil (Bible).? Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak timbul. Ini adalah kerana perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, di dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut :Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya : Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?")

Sementara di dalam bahasa Greek pula perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Theos. Sepertimana yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau buku-buku tamadun besar dunia, orang-orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos. Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.

Jika diteliti kita akan dapati bahawa untuk kedua-dua bahasa sama ada Hebrew ataupun Greek yang dijadikan penulisan bagi kedua-dua kitab suci ini, tidak terdapat satu pun kalimah Allah digunakan. Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible versi Bahasa Arab.

Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Dan di dalam terjemahan Bible Melayu pula mereka menamakannya sebagai Kitab Berita Baik. Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible bahasa Arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syria, dan beberapa negara lain yang muncul
sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. menerima dan meyakini faham Keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Trinity (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakan Kristian pada hari ini.

Maka dengan itu hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity. Selain daripada hujah tersebut terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan tersebut adalah merujuk kepada terjemahan dari kalimah God dalam Bible bahasa Inggeris sedangkan kalimah Tuhan pula adalah terjemahan dari kalimah Lord.

Anonymous said...

Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam Bible itu sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam agama Kristian? Sekiranya kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus sedangkan kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Bapa di dalam Syurga, maka perlulah difahami dengan jelas di sini bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja. Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:

Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah : Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa".

Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa yang dimaksudkan di dalam ayat di atas? Adakah ianya merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan yang dimaksudkan di atas adalah merujuk kepada Allah semata-mata. Dan hal ini sekali lagi bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan bahawa kalimah
Lord (Tuhan) di dalam Bible adalah merujuk kepada Jesus.

Sekiranya penghujahan ingin diteruskan lagi dengan menyatakan bahawa dalil yang paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan adalah merujuk kepada Jesus dan kalimah Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang sering dirujuk di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut:

Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu".

Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan yang terdapat di antara kedua ayat yang telah dinyatakan tadi. Sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun juga merujuk kepada Allah. Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keEsaan Allah sepertimana yang terdapat dalam The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut:

Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu." Dalam kata lain Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan bahawa Tuhan yang sebenar ialah Allah. Maka jelaslah di sini bahawa kewajaran pihak kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah untuk digunakan oleh bukan Islam patut disokong oleh segenap masyarakat termasuk bukan Islam sendiri. Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu akan mengundang padah yang akhirnya membawa kerugian
kepada semua pihak.

Anonymous said...

sunya mudah sahaja iaitu pendakwah kristian mahu menggunakan perkataan ALLAH dalam bahasa Malaysia bagi terjemahan God atau Lord di dalam injil mereka. Bagi orang Melayu yang beragama Islam perkara ini tidak timbul kerana ALLAH itu bukanlah perkataan daripada bahasa Melayu tetapi bahasa Arab iaitu bahasa AL QURAN diturunkan. Artinya kita tidak pernah menterjemahkan perkataan asalnya. Bagi umat Kristian mereka mahu menterjemahkan satu perkataan yang bukan bersumber daripada bahasa asal kitab itu. Jika mereka boleh menunjukkan injil yang asal iaitu di dalam bahasa Hebrew, masalah ini mungkin tidak serumit yang ada. Rasionalnya jika injil itu daripada sumber yang sama iaitu ALLAH, tuhan pencipta alam semesta ini, sudah tentulah God atau Lord akan memperkenalkan dirinya sebagai ALLAH juga di dalam kitab injil yang asal. Oleh kerana Injil yang ada adalah di dalam bahasa Inggeris, maka kewajaran untuk menterjemahkan istilah god atau lord kepada ALLAH perlu dibincangkan secara ilmiah oleh kedua-dua belah pihak.

Jika ilmuan Islam berhujah di mahkamah dari sudut hak cipta, perkataan ALLAH itu sangat jelas milik Islam kerana ianya termaktub dalam semua AL QURAN di seluruh dunia Islam. Bolehkah ilmuan kristian membuktikan perkara yang sama di dalam injil mereka? Jika mencari pemenang, kita sudah ada pemenang. Inilah resikonya perbicaraan mahkamah sudah pasti ada yang menang dan kalah. Soalnya, bolehkah pihak yang kalah menerima kekalahannya dan yang menang pula apa keuntungannya bagi masa depan agama mereka? Sebab itu saya lebih yakin perbincangan dan pertemuan ilmiah yang penuh semangat toleransi dan harmoni perlu diberi peluang untuk merungkai masalah sensitif ini kerana ia membabitkan pertembungan dua agama langit yang terbesar di dunia ini.

Penyelesaiannya mudah sahaja iaitu mencari titik persamaan. Adakah ALLAH yang dimaksudkan daripada terjemahan injil itu sama dengan ALLAH yang termaktub dalam AL QURAN? Ringkasnya adakah ALLAH versi injil sama dengan ALLAH versi AL QURAN. Adakah kita merujuk kepada ALLAH yang sama? Logiknya sudah tentu ada satu sahaja ALLAH yang menjadikan dunia dan alam semesta. Sama di sini bukan daripada sudut perkataan, tetapi dari sudut ciri-ciri dan sifat-sifat ALLAH itu sendiri. Ini perkara yang paling penting dalam isu ini kerana jika kita merujuk kepada ALLAH yang sama, maka umat Islam tidak ada hak untuk menghalang penggunaannya kerana ALLAH tidak pernah menjadi hak milik mutlak orang Melayu bahkan ianya menjadi milik semua makhluk.

Anonymous said...

Di sinilah peranan ilmuan dan wakil kedua-dua belah pihak yang mewakili agama masing-masing duduk semeja dengan semangat toleransi mengemukan hujah dan keyakinan masing-masing untuk melihat titik pertemuan adakah kita merujuk kepada ALLAH yang sama. Ilmuan Islam perlu membentangkan siapakah ALLAH mereka dan begitu juga ilmuan kristian. Hujah boleh bersandarkan rujukan masing-masing dan perlu didengar oleh kedua-dua belah pihak sebelum satu kata putus yang dipersetujui bersama diambil. Oleh kerana isu terjemahan ini melibatkan bahasa Malaysia, bahasa perantaraan perbincangan mestilah di dalam bahasa Malaysia juga. Keputusan ini mestilah diwartakan dan wajib di terima pakai oleh semua pihak dan disahkan oleh pihak berwajib. Di sini pula peranan pihak kerajaan yang sewajarnya tidak berpihak dan memberi keadilan kepada semua. Ini amat selari dengan dasar negara yang menghormati pegangan dan kepercayaan rakyat berbilang kaum. Jika melalui muzakarah ilmiah peringkat negara ini tidak dapat menyelesaikan perkara ini, mungkin alternatif lain boleh difikirkan dan seandainya semua ini gagal maka undang-undang adalah pilihan terakhir yang kita ada. Saya rasa belum terlambat untuk mengusahakan penyelesaian alternatif ini walaupun perkara ini sudah menjadi kes mahkamah.

Isu ini sewajarnya menyedarkan umat Islam perlunya kita menjadi umat yang berpegang kepada prinsip agama yang tulen seperti yang dituntut ALLAH iaitu menyampaikan seruan dengan penuh bijaksana dan berhujah dengan ilmiah penuh disiplin dan jangan melampau batas. Sebenarnya inilah peluang keemasan yang diberi kepada umat Islam untuk mempromosikan tuhan yang mereka sembah iaitu ALLAH. Isu ini juga memberi peluang umat Islam mengetahui dengan lebih jelas siapa tuhan atau god yang menjadi kepercayaan penganut kristian. Untuk mencapai matlamat ini saya mencadangkan supaya muzakarah bersejarah ini dirakamkan oleh mana-mana stesyen tv dan disiarkan kepada publik sebagai rujukan. Saya amat pasti jika ianya diberikan promosi yang sesuai, tidak mustahil ia akan menjadi satu rancangan yang mendapat rating tertinggi kerana membabitkan audien kedua-dua agama ini. Jika kita menyembah tuhan yang sama gembiralah kerana dua agama langit ini menyembah ALLAH yang satu. Jika tuhan yang disembah ini tidak sama, maka tidak ada siapa boleh memaksakan ALLAH persepsi merekalah yang lebih betul kerana itu adalah hak mutlak ALLAH yang menjadikan alam semesta ini. DIAlah yang akan menghakimi perkara ini di negara akhirat atau 'hereafter' nanti. Penghakiman ini adalah 'absolute' kerana alam selepas kiamat ini memang disepakati oleh kedua-dua agama Islam dan kristian. Saya akhiri tulisan ini dengan nasihat ALLAH kepada umat Islam tentang isu ini. ALLAH menjelaskannya dalam AL QURAN surah ALI 'IMRAN ayat 64 yang berbunyi:

" Katakanlah: Hai, ahli kitab ( orang yahudi dan kristian ), marilah kamu kepada kalimat yang bersamaan antara kami dan antara kamu, (iaitu)bahawa tiada yang kita sembah kecuali ALLAH dan tiada kita mempersekutukanNya dengan sesuatupun dan tiada sebahagian kita mengangkat yang lain menjadi tuhan, selain daripada ALLAH. Kalau mereka berpaling,( tidak bersetuju) katakanlah kepada mereka: Jadi saksilah kamu, bahawa kami orang-orang Islam".

Anonymous said...

Islam rejects characterizing God in any human form or depicting Him as favoring certain individuals or nations on the basis of wealth, power or race. He created the human beings as equals. They may distinguish themselves and get His favor through virtue and piety only.

The concept that God rested in the seventh day of creation, that God wrestled with one of His soldiers, that God is an envious plotter against mankind, or that God is incarnate in any human being are considered blasphemy from the Islamic point of view.

The unique usage of Allah as a personal name of God is a reflection of Islam's emphasis on the purity of the belief in God which is the essence of the message of all God's messengers. Because of this, Islam considers associating any deity or personality with God as a deadly sin which God will never forgive, despite the fact He may forgive all other sins.

[Note that what is meant above applies ONLY to those people who die in a state wherein they are associating others with God. The repentance of those who yet live is acceptable to God if He wills. - MSA of USC]

The Creator must be of a different nature from the things created because if he is of the same nature as they are, he will be temporal and will therefore need a maker. It follows that nothing is like Him. If the maker is not temporal, then he must be eternal. But if he is eternal, he cannot be caused, and if nothing outside him causes him to continue to exist, which means that he must be self-sufficient. And if the does not depend on anything for the continuance of his own existence, then this existence can have no end. The Creator is therefore eternal and everlasting: "He is the First and the Last."

Anonymous said...

he Quran tries to promote this feeling of gratitude by repeating the attributes of God very frequently. We find most of these attributes mentioned together in the following verses of the Quran:

"Allah is God; there is no God but Allah, Allah is the Knower of the unseen and the visible; Allah is the All-Merciful, the All-Compassionate. Allah is the King, the All-Holy, the All-Peace, the Guardian of Faith, the All-Preserver, the All-Mighty, the All-Compeller, the All-Sublime. Glory be to God, above that they associate! Allah is God the Creator, the Maker, the Shaper. To Allah belong the Names Most Beautiful. All that is in the heavens and the earth magnifies Allah; Allah is the All-Mighty, the All-Wise." (59:22-24)

"There is no God but Allah, the Living, the Everlasting. To Allah belongs all that is in the heavens and the earth. Allah knows what lies before them and what is after them. His throne comprises the heavens and earth; the preserving of them oppresses Him not; Allah is the All-High, the All-Glorious." (2:255)

"People of the Book, go not beyond the bounds in your religion, and say not as to God but the truth. The Messiah, Jesus son of Mary, was only the Messenger of God, and His Word that He committed to Mary, and a Spirit from Him. So believe in God and His Messengers, and say not, 'Three.' Refrain; better is it for you. God is only one God. Glory be to Him.

Anonymous said...

masalah disini cuma satu sahaja...sebenarnya..bible yang diguna pakai oleh penganut agama katolik di malaysia terutamanya di sabah dan sarawak sejak sebelum merdeka lagi datangnya dari indonesia..dan menggunakan perkataan Allah. Jika Kerajaan Malaysia membenarkan penerbitan Bible dibuat di malaysia maka saya rasa isu penggunaan Allah akan selesai dimana Perkataan Allah akan diganti dengan Tuhan atau Bapa di Syurga... jadi soalanya adakah kerjaan Malaysia akan membenarkan penerbitan Alkitab di Malaysia atau penganut agama Katolik masih bergantung kepada bekalan Alkitab dari indonesia yang menggandungi perkataan Allah?... ehm,,... konsep 1 malaysia maksudnya kedua dua pihak harus diberi keutamaan dan diselesaikan masalahnya dengan penuh kebijaksanaan...tak kan hentam sebelah pihak sahaja tanpa memeriksa asal usul sejarah?..Amen

Anonymous said...

salam....
sya ingin melahirkan...
rasa kecewa atas penggunaaan...
kalimah Allah dlm majalah kristian..
di malaysia...
selaku anak muda...
yg suka menonton..
perbahasan islam kristian...
ap yang sya dpt simpulkan...
pd permulaan hujah dipihak kristian..
sya amat tertarik dgn alkitab..
atau dalam erti kata lain...
sya terpengaruh dgn bible..
tapi smua nyer berakhir..
apabila kisah2 dlm bible..
terlalu banyak yang bercanggah...
alhamdulillah sya tak terpengaruh..kpd smua penganut kristian...
marilah sama2 mengkaji perbezaan islam dan kristian.
dan carilah kebenaran di antara kedua2 agama tersebut...
semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah yang satu...
sebelum kita meninggalkan dunia ini buat selama2nya....

redzuank said...

Persoalan demi persoalan.
Adakah Bible berasal dari bahasa Arab? so tidak kan. kenapa nak guna perkataan Allah.

Harap di bawah ni dapat membantu:

http://askmuslim.blogspot.com/2009/07/q49-bible-is-word-of-god.html

Anonymous said...

kita manusia...makhluk ciptaan-Nya...dikurniakan akal fikiran yg waras,yg melebihi semua hidupan di Bumi ini...so ada akal la wahai saudara saudari semua..nk buat apa2 bantahan,fikir dulu..jangan nk bsikap berat sebelah and mementingkan diri.Jangan nak melampau2 plak nak menyalahkan 1 pihak aje..awak sape nak pertikaikan perkara macamni?berfikirlah sebagai seorang manusia biasa,yang beriman..kita bukan Tuhan la.Bagi saya,benda ni xmenggugat langsung iman kalau betul kita percaya pegangan agama kita..Islam, Kristian n n other religion telah diwujudkan di dunia ni..so we must respect each other..love each other as God loves you.Thanks for your attention.

Anonymous said...

aku pelikla...keputusan isu ni dah keluar tapi masih ada lg yang x berpuashati.buat apa nak fikir panjang2....terima je la apa yag dah d putuskan...kita hidup bukannya nak bermusuhan. Allah itu satu jadi tak payah susah2 nak cari siapa salah siapa betul!!! ini ke yang di ajarkan oleh Kitab agama kita masing2. FIKIRLAH!

Anonymous said...

Bila sudah sampai agama dijadikan isu pergaduhan,inilah tandanya kita berada di akhir zaman ( kiamat ),ingatlah wahai sahabatku yang Allah akan turunkan 7 malapetaka pada umatnya yg mengingkar dan tidak percaya padaNya... Jadi sepatutnya,kita bertaubatlah dari sekarang bukan mencari kasalahan untuk dijadikan perang,sepatutnya isu ini sudah selesai jadi sesiapa lagi ada yg tidak puas hati,itu bererti anda berfikiran atau membuat keputusan bersama sama syaitan dan juga anda akan berdiri megah d barisan depan tentera syaitan di akhir zaman nanti...and you belang HELL for sure! peace no war!

Anonymous said...

Persoalan demi persoalan.
Adakah Bible berasal dari bahasa Arab? so tidak kan. kenapa nak guna perkataan Allah.

Harap di bawah ni dapat membantu:

http://askmuslim.blogspot.com/2009/07/q49-bible-is-word-of-god.html
ini saya tolong jawab..
flash back zaman dahulu kala..kekkek..
1.bahasa arab- saya nak tanya tuan,ni bahasa datangnya dari mana??syria,iraq,jordan,egypt,libya,yemen,sudan,algeria,morroco,qutar?????
2.bible asal ditulis dalam bahasa apa?
-Like many ancient works, the oldest parts of the Bible were passed along orally before they were ever written down. Many devout Jews and Christians believe that the full text of the Bible was given to Moses by God on Mount Sinai. Though the Bible's earliest origin may always be a matter of faith, it remains a fact that after the Bible was recorded, many different versions existed. It wasn't until the first century B.C.E. (Before the Common Era, aka B.C.) that Jews settled on the canon of their scripture, and it was around 400 C.E. (Common Era, aka A.D.) that Christians agreed on all the books of their New Testament. Today, countless translations and interpretations of the Bible exist in English and many other languages.

The oldest written parts of the Bible found were transcribed in three languages. What scholars call the Hebrew Bible (the same books Jews call the Tanakh or Written Torah and Christians call the Old Testament) was first written in Hebrew with a few chapters of the books of Ezra and Daniel recorded in Aramaic. Hebrew had long been the language of the Jewish people, so their scriptures were passed down in Hebrew. Some of the books of the Hebrew Bible may have been written as far back as 1,400 B.C.E., although most of the text was probably written between 900 and 400 B.C.E.

Aramaic is a Semitic language that was widely spoken from 600 to 200 B.C.E. in the near Middle East. It was one of the common languages of the region until the 13th century, when Arabic became more prominent. Many people believe Jesus and his apostles spoke Aramaic. .....

3. What is Aramaic language?
-Aramaic is one of the Semitic languages, an important group of languages known almost from the beginning of human history and including also Arabic, Hebrew, Ethiopic, and Akkadian (ancient Babylonian and Assyrian). It is particularly closely related to Hebrew, and was written in a variety of alphabetic scripts. (What is usually called "Hebrew" script is actually an Aramaic script.)

nasihat saya untuk tuan,kaji dulu apa yg anda ingin katakan sebelum buat keputusan.. terima kasih. :)

redzuank said...

Ok fine.

Jika penggunaan kata 'Allah' digunakan di Arab untuk Bible dalam bahasa Arab tiada masalah kerana bahasa mereka.

Sekarang ni ceritanya nak diguna dalam bahasa MELAYU.

jadi

GOD = Tuhan
LORD = Raja/Tuhan/Tuan(sila pastikan)

penggunaan kata Allah oleh orang Melayu/Muslim kerana semua Muslim di dunia ini secara totalnya guna perkataan Allah bila merujuk kepada Tuhan Yang Esa.

Kepada Anonymous:

Tak perlulah kamu merujuk kepada originality bahasa Arab.

Mengapa tidak merujuk kepada originality OT & NT (Bible) tersebut yang mana yang ada sekarang dlm semua translation dirujuk kepada bahasa Greek.

So bila bercakap dari segi HAK dan penggunaan dalam Bahasa MELAYU bagaimana pula mereka boleh ada hak. Tolong Jawab.

http://askmuslim.blogspot.com/

Anonymous said...

saya berasa amat kecewa dgn sikap dan respon yang ditujukan oleh masyarakat terhadap masalah ini. Sebelum menulis blog ni, adakah patutnya kamu menyiasat dulu asal usul sebelum meletakkan kata hujung? Inikah konsep satu malaysia yang ingin ditunjukkan oleh masyarakat kepada anak-anak malaysia?

betul, bible adalah dalam edisi English, maka tidaklah wujud 'allah' dalam bible.
Masalah di sini adalah, kitab yang tidak dibenarkan dicetak di Malaysia adalah kiriman dari Indonesia, sama juga mempunyai masyarakat berbilang kaum, tetapi, tidak pun kelihatan mereka mempunyai masalah yang sama? bukan kah itu sesuatu yang melucukan kenapa hal ini perlu dijadikan isu di mana ini dijadikan satu saluran bagi pihak yang tidak baik mengelirukan masyarakat?

Siapakah anda percaya, biar di hati. Tidak perlu cari gaduh, tidak payah buat hal, tuhan tahu jalannya, biar pun apa jua berlaku, saya tetap percaya kepada Dia.

salam damai.

Anonymous said...

Ape yg termampu kita buat wahai saudara penulis, marilah sama2 kita berdoa.

Semoga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada semua.
Amin ya Rabbal Alamin.

Allah Maha Esa.

Anonymous said...

http://askmuslim.blogspot.com/2009/07/q49-bible-is-word-of-god.html

RECENTLY a young man purchased a King James Version Bible thinking it was without error. One day when glancing through a back issue of Look magazine he came across an article entitled "The Truth About the Bible." which said that "as early as 1720, an English authority estimated that there were at least 20,000 errors in the two editions of the New Testament commonly read by Protestants and Catholics.

Modern students say there are probably 50,000 errors."

The young man was shocked. His faith in the Bible's authenticity was shaken. "How can the Bible be reliable when it contains thousands of serious discrepancies and inaccuracies?" he asks.

Anonymous said...

The "original manuscripts" (Greek) of the Bible that the Church has been boasting about for centuries have never been permitted to be examined and verified by even one Islamic scholar over all these centuries. Muslims have also not been allowed to examine and verify the Red Sea Scrolls that were discovered more than 50 years 142 ago. The answers may lie in the fact that these 'Original Greek Manuscripts' are bogus; and the Red Sea Scrolls do not contain anything to back up the Bible and the 'Original Greek Manuscripts 143 ', and these Scrolls may be even contradicting the Bible. In other words they have no proof of the authenticity of their scriptures so they dare not allow independent verification, as they will be exposed in their fraud!

Anonymous said...

If Muslims in other country permit non Muslim to use the word Allah it is a mistake. Muslims in these countries usually do not have the power to stop it. In Indonesia, liberalization of Islam and secularization of Muslim community has long been in place. We in Malaysia are lucky to have a government that takes this matter seriously. Therefore, we must strive hard to prevent the use of Allah by other religious community. And the non Muslim community must understand it is not a quarrel for the sake of a name, but it is about the protection of the Islamic Creed (Aqidah), and this has nothing to do with religious tolerance or intolerance. This is about respecting other religion.

Anonymous said...

Yelah dah ada nama tuhan Jesus cukuplah ..... ni nak pakai nama Allah tuhan umat Islam ape ke bendenye. Hai... macam lah negara Indon aman berbilang kaum tak kisah! Dari dulu lagi bertelagah pasal agama. Dah syukurlah hidup kat Malaysia Negara Islam nih! Hidup aman bertoleransi! Tapi nama Allah mana boleh bertoleransi dong! 1 Malaysia konsep lainlah!

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Pada mulanya saya tidak tertarik dalam isu ini. Oleh kerana ini melibatkan Allah, Tuhan kepada sekalian alam, saya tertarik untuk melontarkan pendapat berdasarkan tahap ilmu saya yang teramat rendah ini. Yang sedang berlaku kini adalah atas kehendak Allah juga. Saya percaya itu. Perkara yang paling sukar selama saya hidup dalam 24 tahun ini ialah meyakinkan seseorang untuk menentang kepercayaan dan kehendaknya sendiri. Melainkan orang tersebut mendapat Hidayah daripadaNya...
Dalam hal ini saya berpendapat jika diadakan Dialog Khas secara terbuka antara kedua-dua pihak bagi mencari penyelesaian isu ini. Bagi kita umat Islam, kesejahteraan yang kita inginkan. Nabi Muhammad S.A.W adalah pemimpin kita dan malah seharusnya menjadi contoh kita setiap masa, dimana ajaran Islam pada mulanya ditolak dan Baginda dicemuh, dikasari, dipulaukan bersama pengikutnya serta bermacam lagi tindakan orang-orang kafir pada masa itu. Kita umat Islam semua tahu bagaimana Baginda mengatasinya. Apa yang penting sekarang ialah kesepakatan dapat diperolehi secara bijaksana. Saya berasa teruja bila pertama kali mengetahui penganut agama Kristian percaya akan kewujudan Allah yang menciptakan alam semesta dan segala isinya. Yang menjadi perbezaan sekarang ialah Akidah umat Islam dengan kepercayaan agama Kristian mengenai Allah iaitu Tuhan Yang Maha Esa.Saya ingin bertanya kepada penganut agama Kristian jika mereka juga percaya bahawa Allah juga adalah Esa?
Bagi umat Islam Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa dan kami tidak pernah akan menyekutukanNya dengan mana-mana tuhan yang lain kerana kami percaya Tuhan hanya satu.

Kita tidak perlu takut jika kebenaran bersama kita. Dunia sekarang sememangnya telah digambarkan dalam Al-Quran, walhal Al-Quran diwahyukan kira-kira 1431tahun yang lalu. Maha Suci Allah. Melihat kekuasaan Allah S.W.T, kini saya semakin yakin akan janji-janji Allah di akhirat kelak.

Oleh kerana keterbatasan ilmu yang saya miliki saya mengharapkan bimbingan daripada individu2 yang sudi bersama dengan saya mencari keredhaanNya. Wassalam

Anonymous said...

sila rujuk (PENGGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ DALAM AGAMA LAIN) http://khairuummah77.wordpress.com/