Thursday, 12 February 2009

Yakin semula dengan BN atau makin simpati kepada PR?

Lanjutan kemelut politik semasa, setidak-tidaknya Barisan Nasional mampu tersenyum bila Perak dapat dirampas kembali dari tangan Pakatan Rakyat. Kebanyakan penyokong BN dan pemerhati politik serta rakan bloggers (baik yang pro-BN, pro-PR atau berkecuali) berpendapat bahawa kejayaan BN menguasai semula Perak, walaupun menerusi pintu belakang memberi impak positif kepada BN dan mengakibatkan kemeruduman moral kepada pihak Pakatan.

Bagaimana pula jika kita lihat situasi ini dari persepsi yang lain?

Adakah benar Perak akan menjadi titik tolak kepada kembalinya keyakinan dan sokongan rakyat kepada BN? Pandangan ini mungkin betul jika kita mengambil kira krisis ketaatan terhadap oleh perjuangan wakil-wakil rakyat 'half-baked' PKR dan DAP, kebiadapan Karpal Singh terhadap Sultan serta kegilaan Karpal memukul rakan sendiri dalam Pakatan yang dilihat telah menggoncang bahtera Pakatan Rakyat dengan hebatnya.

Sebaliknya, mungkinkah rentetan peristiwa di Perak telah menimbulkan rasa simpati yang mendalam kepada DS Nizar dan menyemarakkan lagi sokongan golongan muda kepada pakatan parti alternatif ini.

Isu di Perak itu, tanpa dapat kita nafi telah juga meningkatkan populariti seorang lagi personaliti politik yang mewakili PAS. Dahulu, nama Nizar tak banyak yang kenal. Namun pada hari ini satu Malaya kenal beliau. Bahkan, beliau muncul sebagai satu lagi nama besar dalam Pakatan Rakyat yang memperjuangkan hidup-mati PR dalam kekalutan pengambilalihan Perak oleh BN melalui pinjaman metodologi yang dicetus oleh Anuar Ibrahim. Sebilangan rakyat mungkin mentafsirkan ini sebagai erti perjuangan sebenar. Jika tidak, masakan ada yang hingga sanggup berbaring di atas jalanraya bagi menghalang kenderaan Kerabat Diraja masuk ke istana.

Apa akan jadi jika rakyat melihat tindakan BN mengambilalih Perak hasil lompatan wakil rakyat sebagai tidak bermoral atau main kotor? Jika begini keadaannya, alamat BN bakal kecundang lagi dalam PRK-PRK terdekat serta PRU yang akan datang. Bagaimana jika rakyat semakin loya tekak mendengar komen-komen separuh bijak oleh segelintir pemimpin-pemimpin Umno/BN di media-media prima yang sekadar nak 'associate'kan diri mereka dengan perkembangan terbaru di Perak ini, sambil mendapatkan mileage untuk pemilihan pada Mac ini.

Impak negatif terhadap BN juga terhasil dari spin yang dilakukan dalam isu Exco Kedah yang juga wakil rakyat Bukit Selambau. Isu perletakan jawatan-jawatan beliau telah dimanipulasikan sehingga menimbulkan persepsi di kalangan masyarakat bahawa beliau juga 'diculik' oleh BN, padahal beliau menerima tekanan oleh golongan 'makhal sakthi' di kawasannya sendiri kerana kegagalan memberi khidmat yang baik selama menjadi wakil rakyat.

Generasi muda kini lain gaya pemikirannya berbanding generasi terdahulu. Generasi ini sering mempunyai gaya pemikiran di luar kotak. Golongan ini bakal menjadi pewarna dan penentu arahtuju politik di negara ini. Parti politik harus mempunyai jawapan hasil kajian empirikal terhadap perkembangan ini. Barisan Nasionalkah yang rakyat yakinkan? Pakatan Rakyatkah yang masih menjadi idola mereka?

Kegagalan parti politik untuk mentafsir pemikiran sebenar rakyat, merencanakan pendekatan yang betul serta mengadaptasikan strategi yang tepat bakal menyaksikan kegagalan parti tersebut pada pilihanraya yang terdekat, dan tidak mustahil juga akan membawa kepada siri-siri kegagalan secara berterusan...

10 comments:

singamaraja said...

Seorang lelaki kena ada pendirian, jika BN ikut la BN jika PR ikut la PR, kan dalam islam kata tengok dasar , apa la abang ni

Azizahns said...

untuk menjadi ahli politik bukan sahaja perlu bijak dan berhemah tapi perlu ade strategi. Rasullullah dalam perjuangan mengembangkan Islam juga dahulu ada strategi. kerana itu baginda berhijrah ke Madinah dan kemudian menakluk semula Mekah.

Azizahns said...

Pemahaman tentang kehendak khalayak adalah sesuatu yang penting dalam menentukan kejayaan sesuatu pemasaran. Politik juga adalah suatu bentuk pasaran.

Tetapi kemampuan mengubah pandangan atau citarasa pengguna adalah satu kelebihan. ahli politi perlu bijak.

red rooster said...

Singamaraja,
Pendirian telah ditetapkan di hati. Perjuangan melalui penulisan dalam blog adalah sesuatu yg unik dan diharap mampu mencetus 'awareness' kpd pihak-pihak tertentu disamping dpt bertukar pandangan dan menambah ilmu.
Tq.

red rooster said...

Azizahns,
Terima kasih di atas segala pandangan.

Anonymous said...

apa-apa pun BN dan PKR mmg hebat membuat taring raja.Tapi yang paling hebat mmg la BN dalam menjatuhkan martabat raja. Contoh di Kelantan era 80-an dan Tun era awal 90-an.Kekebalan raja di hakiskan tapi tiada mogok,tiada reformasi pada masa itu.sebabnya UMNO yang buat.begitu juga bila habis PRU ke 13 dulu apa jadi ngan Terangganu dan Perlis,apo yang di buat oleh Idris Jusoh dan Shahidan Kassim kepada Raja.tapi tak ada reformasi dan polis report sebabnya UMNO. Jadi macam mana generasi muda nak percaya la.Bila PKR buat afer saja report polis la,saman la..... UMNO upah orang la 2.... UMNO dah makin tak releven la. pATUT KITA YANG PERTAHAN RAJA TP KITA YANG BUAT DULU,TP BILA PKR BUAT KITA BUAT-BUAT BAIK.ISLAM KAH UMNO KITA?YANG WAJID PUN PEMIMPIN UMNO TAK MAMPU BUAT UNTUK DIRI SENDIRI,BILA DSA LIWAT KITA SUMPAH,TP BILA DSN DENGAN ALTANTUNYA MCM STORY KARTUN LAWAK LA.MCM MANA GENERASI MUDA NAK PERCAYA.ADA PEMIMPIN SAMPAI SEPARUH BOTAK PUN NAK LG JAWATAN?SAMPAI BILA ORG MUDA NAK AMBIL ALIH.PATUT UMNO LEBUH RELEVEN UNTUK RAKYAT JGN UNTUK PERUT SAHAJA.ORG BG HAK ISTIMEWA BIASISWA JPA 90% 10% NON BUMI.TP PERJUANGAN UMNO YANG TERLALU BENGONG BG LAK 55% BUMI 45% NON BUMI.INI BELA MELAYU KER..... POHON ADER YANG TOLONG JAWAB LA.
SAYA BOLEH DIHUBUNGI MELALUI 0194979800@pudam76@yahoo.com.

toksetiu said...

semoga Allah merahmati Malaysia dan menyedarkan pemimpin yg hanya tahu menabur angin..taksedar badai yg dituai

toksetiu.blogspot.com

red rooster said...

Sdra Pudam,
Jika sdra org Melayu, utk kita terus mengatakan bhw Umno langsung tidak lagi relevan bukanlah sesuatu yg adil. Di Msia, hanya 2 parti yg sebenarnya menjadi option terbaik kpd org Melayu. Parti itu adalah Umno dan Pas. Jika dilihat dari asas perjuangan serta apa yg tercatat dalam perlembagaan kedua2 parti ini, jelas kedua2 nya memperjuangkan Islam. Selain itu, Umno turut berjuang utk bangsa Melayu. Dlm perjalanan jauh kedua2 parti ini yang telahpun mengambil masa yg lama (lebih 50 thn), sudah tentu ada yg tersasar haluan. Tersasarnya Umno adalah kerana ujudnya sentimen serta budaya2 negatif yg kini semakin menerjah ke tunjangnya. Amalan rasuah dlm pemilihan kepemimpinan sudah tentu akan mengenepikan kualiti sebenar yg sepatutnya dicari dari seorg yg perlu diangkat menjadi pemimpin. Pemimpin seumpama ini sudah tentu akan membawa parti ke laluan yg khilaf.
Pas pula kini turut tersasar arah perjuangannya. Nyata, tindakan memilih DAP serta PKR utk dijadikan rakan kongsi politik sama sekali meletakkan asas perjuangan Islamnya ke tempat yg tidak sepatutnya. Pas memang bukan berjuang utk bangsa Melayu pun. Sokongan yg diberi oleh Pas kpd DAP yg rakus merembat hak-hak Melayu di negeri2 yg baru shj mereka kuasai dlm tempoh krg setahun jelas bukan apa yg sepatutnya dipersetujui oleh sesiapa shj yg mengaku Melayu. PKR pula mmg bukan parti Melayu. Oleh yg demikian, Umno masih lagi relevan sbg option terbaik bg org Melayu di negara ini. Cuma tugas Melayu adalah utk meletakkan kembali parti itu ke landasan dimana sepatutnya ia berada!
Terima kasih kerana sudi menjengah ke laman blog ini.

Salam Tok Setiu,
Terima kasih di atas komen yg diberi.

Anonymous said...

Salam persahabatan,
Saya yakin bahawa rakyat telah kembalikan semula sokongan kepada BN kerana setakat ini PR tidak nampak berupaya mengubah keadaan kepada lebih baik.

red rooster said...

Sdra Beranikan Hati,
Tahap keyakinan sdra sangat tinggi bahawa rakyat kembali yakin pada BN. Syabas. Namun saya berpendapat, keputusan PRK pada April ini akan memberi petunjuk sebenar arah kecenderungan rakyat masa kini. Saya juga menjangka parti yang menang hanya akan memperolehi majotiti yang tipis.