Saturday, 21 February 2009

Tarikh penamaan calon: Najib disabotaj lagi!

Sebelum ini kita mendengar rungutan serta pandangan dari pelbagai pihak terutama yang pro-Pakatan Rakyat mengenai tindakan 'bias' oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menetapkan tarikh penamaan calon dan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Nik Aziz sendiri telah menuduh bahawa SPR berpakat bersama-sama Barisan Nasional (BN) dalam menentukan tarikh-tarikh tersebut, dengan mengambilkira tarikh berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno yang akan berakhir pada 28 Mac ini. Akhirnya tarikh penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac dan PRK pada 7 April.

Sejak beberapa hari yang lalu, saya berada di Kuantan kerana urusan kerja. Selama di sana, sempat juga berbual sambil makan 'sata' dan nasi dagang dengan 'orang Kuantan' berkaitan perkembangan politik semasa tanahair. Ada cerita menarik berkaitan tarikh-tarikh yang saya sebut di atas. Ceritanya bukanlah berkaitan tarikh-tarikh tersebut nak diubah, tetapi berkaitan isu percubaan untuk sabotaj Dato' Seri Najib.

Cakap-cakap mereka yang saya maksudkan ialah mengenai tarikh penamaan calon (29 Mac) yang hanya berselang 1 hari sahaja dengan tarikh terakhir Perhimpunan Agong Umno (28 Mac) di mana Najib dijangka akan menyampaikan ucapan penggulungan. Pendapat mengatakan pada ketika itu, Dewan Merdeka mungkin hanya tinggal separuh penuh sahaja kerana ramai perwakilan terutama dari Perak dan Kedah telah pun meninggalkan perhimpunan kerana memberi penumpuan kepada jentera parti di Kedah dan Perak memandangkan penamaan calon akan diadakan keesokan harinya. Jika betul ini berlaku, ucapan pertama Najib sebagai Presiden Umno akan nampak seperti tidak diberi perhatian oleh ahli parti. Najib akan nampak tiada 'aura' sebagai Presiden.

Hmm... betul ke cakap-cakap ni?

7 comments:

Unggal said...

Munkin jugak ada betulnya.... Semasa sdra bertugas di UK dahulu pun, saya percaya, sdra pun terhidu dengan gelagat individu-individu, where an audience with V.I.P's dari tanahair adalah untuk golongan tertentu sahaja...!!!..

Anonymous said...

Byk juger citer org nak sabo najib nih... psal aper yer??

red rooster said...

Unggal dan Anon,
Sebenarnya tak elok sabo menyabo ni... Kalau masing2 betul berjuang demi bangsa dan negara, eloklah jika dpt bermuafakat. Manusia berpegang pada janji...

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan..

Terima Kasih kerana mengunjungi blog kami.

Insyaallah,kita akan bekerja keras bagi memastikan UMNO dan BN kembali garang.

Pakatan Rakyat bersifat sementara. Hidup UMNO, Hidup BN, Hidup Malaysia

IKHLAS DARI,

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

pemuda RB said...

Jangan la menabur fitnah... buat la kerja... sekurang-kurangnya UMNO tak menjadi Barua kepada bangsa lain... Karpal dah suruh anwar al-jubori bertaubat.. LU LA FIKIR SENDIRI...


www.pemudaRB.blogspot.com

Berani Berubah !!!

red rooster said...

Askm.
Umno Caw. Gombak Selatan,
Terima kasih di atas komen tuan.

Pemuda RB,
Tuan salah faham kut... lain kali jangan menilai atau membuat keputusan dalam keadaan marah! Heh he..

BERANIKAN HATI said...

Salam Bro,
Mana posting terbaru, kami sdg tunggu ni.