Sehari dua ini saya turut 'beraya' di Hulu Selangor. Semasa di sana singgah untuk mendengar beberapa BN dan juga PR. Sekali-sekala singgah menikmati teh tarik di warung sambil berbual dengan orang Hulu Selangor.
Antara gelagat orang politik yang saya lihat mundar mandir di sana ialah mereka ini berlagak sebagai tuan dan 'boss besar'. Ada yang ala-ala Godfather. Sebahagian 'orang politik' ini adalah wakil-wakil rakyat yang datang dari merata negeri. Ada wakil BN ada wakil PR. Sikap 'keelitan' juga jelas diperagakan.
Orang kampung banyak yang menjeling kerana sesetengah tu berlebih-lebihan. Walhal, mereka dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing hanya untuk menjadi wakil. Mereka terlupa bahawa rakyatlah 'boss' mereka. Sikap keangkuhan pemimpin seperti inilah yang sebenarnya melebarkan jurang antara pemimpin dengan rakyat jelata.
Teringat kepada Allahyarham wakil rakyat di kampung saya (di Perlis) ketika saya masih remaja dahulu. Beliau penuh dengan sikap rendah diri dan tidak langsung menampakkan yang dia 'orang besar'. Hingga ke hari ini kalau ada orang berhimpun kerana ada keramaian kenduri atau gotong-royong, nama beliau masih jadi sebutan.
Calon-calon yang hendak bertanding jangan berlagak macam 'boss', walaupun selepas menang nanti. Mereka kena sedar diri bahawa mereka dipilih untuk jadi wakil yang sepatutnya menyelami hati rakyat dan seterusnya membantu rakyat supaya hidup mereka lebih terbela. Cuma masalahnya, yang terpilih jadi calon pun adalah dari kalangan mereka yang memang 'boss besar'. Macamana nak selesa jadi orang kebanyakan dan menyelami kesusahan rakyat?
Bila balik ke KL, teringat pula zaman sekolah dulu. Kita biasa pilih 'ketua darjah' atau ketua kelas kita dari kalangan rakan sedarjah (bilik kelas yang sama). Tidak pernah dibuat rasanya cari orang dari kelas lain untuk jadi ketua darjah kita...
Monday, 19 April 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Itulah satu masalah Malaysia ni. Mereka lupa serta tak nak tau yang mereka di beri kerja kerana undi orang-orang kecil ini. Lebih-lebih agi bila dipanggil Yang BERHORMAT. Sepatutnya Yang BERKHIDMAT.
Sdra drafunt,
Setuju dgn pendpt anda, bagaimana pula nak menyedarkan kelompok ini?
UMWM, terima kasih byk2.
Post a Comment