Wednesday 14 April 2010

MIC kasi kepala pening!

Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Tindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini. Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.

Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu. “Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, kika tuntutan mereka agara Palnivel dicalonkan ditolak. "Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan. "Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini,” katanya.

Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: “Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad.” - Malaysiakini

Komen:
PM Najib sekarang lagi pening dengan MIC ni. Bagi kena tak bagi pun kena...

4 comments:

YANG GAMBI said...

Bro, sepatutnya kaum India terutama penyokong MIC sedar dan peka dengan pengorbanan orang-orang Melayu khususnya UMNO di dalam kawasan P94.... kalau penyokong UMNO boleh bertolak ansur, mengapa mereka masih keras kepala....henti-hentilah minum tody yang Samy Velu belanja, jangan samapi kepala terpusing....

kawie2020 said...

diberikan betis, mahukan paha pulak!!!

Melayu selalunya bertolak ansur dan beralah tetapi ramai yg mengambil kesempatan keatas kesopanan melayu.

kami sudah tahu dan faham selok belok G.Palanivel setelah sekian lama memilih beliau.

Tetapi, ia memberi kesan yang amat burk dan mendalam sekali kepada saya.

Kerana itu pengundi melayu mahukan calon BN dari UMNO.

Mungkin golongan lama UMNO akan terus menyokong BN (seperti ayah saya) walaupun yg bertanding itu masih lagi G.Palanivel atau mana2 calon MIC lain.

Tapi bukannya saya dan generasi saya.

saya akan mengundi calon melayu walaupun ia adalah Zaid Ibrahim.

tiada undi rosak kali ini.

kenapa?

kerana saya mahu sampaikan mesej kepada pucuk pimpinan BN supaya MENDENGAR SUARA RAKYAT SEPERTI MOTO 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Dengarkanlah suara kami yang mahukan calon melayu.

p/s: pengecualian diberikan kepada USTAZ FARID RAVI, ahli MIC.

red rooster said...

Salam,

Yang Gambi - setuju dgn anda!
kawie2020 - harapan hanya pada Ust.Farid Ravi...

Penyelia e-Direktori said...

Sdr Red Roaster,
Terimakasih kerana mengikut blog e-direktori aku. Kalau sudi letak ler logo e-Direktori Bloggers Malaysia kat blog ni. Link anda dah aku masuk kan dalam kategori R - S.
Bagi sesiapa yang tidak tersenarai silalah ke http://e-direktori.blogspot.com