Thursday, 31 December 2009

Isu penggunaan perkataan Allah dan sambutan 2010

Pada awal 2009 yang lalu, konflik penggunaan perkataan Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald telah menjadi suatu isu yang meruntun hati umat Islam di negara ini. Keputusan kabinet pernah mendahului mahkamah dengan membenarkan majalah tersebut menggunakan perkataan Allah dalam cetakannya yang membawa maksud Tuhan. Saya pernah memberi komen berkaitan hal ini dalam posting terdahulu.

Apa pun yang berlaku, hari ini Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan yang saya kira memang benar-benar akan mengecewakan hati umat Islam. Hakim Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan bahawa Herald boleh menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Menurut Hakim, majalah itu mempunyai hak beperlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah' dalam menyebarkan agama Kristian, bukannya agama Islam.
Beliau berkata, lanjutan dari Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarluas agama mereka, tetapi tidak menjadi kesalahan untuk bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka.
Selain itu kata Hakim, Artikel 10 membenarkannya untuk menggunakan perkataan itu dalam melaksanakan hak kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat. Saya menjangkakan, isu ini akan terus berpanjangan pada 2010.
Sejak isu ini timbul awal 2009 yang lalu, pihak Katolik benar-benar berjuang untuk memenangi konflik ini. Saya tertanya-tanya mengapa Irene Fernandez dan kerabat-kerabatnya tiba-tiba beria-ia benar nak guna perkataan Allah dalam usaha menyebarkan Kristian di Malaysia? Mungkin anda ada jawapannya!
Saya juga agak keliru, di mana kumpulan-kumpulan manusia yang memekik dan berceramah di sana dan sini meyakinkan rakyat bahawa mereka sebenarnya memperjuangkan Islam? Mungkin anda juga ada jawapannya untu soalan ini?
Kepada 'mereka-mereka' ini, sudah tentu sambutan tahun baru 2010 menjadi bertambah meriah dan bermakna!

Friday, 18 December 2009

Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah

Saya tertarik dengan tema Maal Hijrah kali ini yang menepati konsep 1Malaysia. Ia amat baik bagi tujuan menyuburkan keharmonian antara kaum di negara ini. Ukhuwah adalah persaudaraan. Ia adalah elemen yang sangat penting bagi membina Malaysia yang harmoni, kerana kemajmukan kaum serta agama yang dianuti rakyatnya.

Bukan sekadar menjadi tema, semangat ukhuwah ini harus dipupuk dan disuburkan. Seluruh rakyat negara ini tidak kira apa kaum serta agama yang mereka anuti harus mempunyai rasa tanggungjawab untuk membangunkan negara serta menjaga keharmoniannya. Selama ini pun, ukhuwah memang telah lama wujud di negara ini. Kalau tidak masakan rakyat Malaysia boleh berkongsi hidup sejak lebih 50 tahun kemerdekaan.

Apa pun, ada 'deringan' di sana dan sini pada ketika ini oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mensabotaj keharmonian tersebut. Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini suka memanipulasi keadaan bagi menimba keuntungan diri dalam jangka pendek. Mereka perlu ingat, jangan sampai 'bahagia semusim, tetapi akhirnya derita berpanjangan'. Sejarah zaman Kesultanan Melayu dahulu ada pelbagai pengajaran yang berkaitan situasi ini.

Ada dua konsep ukhuwah, iaitu insani dan Islam. Ukhuwah insani adalah hubungan antara manusia dengan manusia. Ia berlaku kawasan kejiranan, di pejabat, di institusi pengajian dan malah di mana-mana tempat manusia berurusan sesama manusia. Kalau anda tidak kenal jiran anda dan tidak pernah bertegur sapa, maknanya tiada semangat ukhuwah di situ. Ada orang tidak pernah bertegur sapa dengan rakan sepejabat. Sebaliknya, di era komunikasi ini ramai yang tidak pernah bersua muka boleh berbicara seolah-olah telah kenal 10 tahun dulu. Ini boleh dilihat dalam media sosial seperti facebook.

Islam memang tidak pernah mengajar umatnya berselisihan. Kadang-kadang kerana tak sependapat dalam hal yang kecil dan kurang penting, manusia sanggup mencipta dosa. Contohnya, dalam hal cara amalan ibadah dibuat. Adalah suatu perkara biasa jika kita punya pandangan yang berbeza. Manusia memang unik. Jangan terlalu cepat mengamalkan sikap aku betul, dan engkaulah yang sentiasa salah. Jangan pula menghina agama lain yang dianuti rakan-rakan dari kaum lain (Cina dan India misalnya).

Ummah akan roboh jika ukhuwah hancur. Semoga Allah memberi hidayah dan inayah, serta memberi pertolongan bagi menyatukan sebarang kumpulan yang berbeza pendapat di negara ini. Selamat menyambut Ma'al Hijrah 1431H.

Tuesday, 15 December 2009

Zizie Ezette... wow!


Hari ini terdengar berita pasal pelakon seksi Zizie Ezette baru berkahwin dengan seorang Ahli Parlimen dari Sabah. Wow... Hangat tu! Menurut sumber berita tersebut, mereka akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan esok di salah sebuah hotel terkemuka di KL. Hmm... 'untung' orang tu ye! ...Ada siapa-siapa tahu Ahli Parlimen mana yang berjaya 'menjinakkan' pelakon seksi ni?

Friday, 4 December 2009

Pakaian memang bukan cermin keperibadian

Sejak beberapa hari lalu, ramai yang memberi reaksi terhadap 'doa laknat' oleh Nik Aziz sama ada di media cetak, media elektronik mahupun media sosial. Walau apa pun alasan atau hujah yang diberikan, saya berpendapat apa yang Nik Aziz lakukan itu merupakan sifat tercela yang tidak sepatutnya dibuat oleh individu yang memposisikan dirinya sebagai orang agama (jika benar).

Kadang-kadang terfikir oleh saya kemanakah halatuju orang politik masa kini? Sudah pasti masyarakat semakin keliru. Bagi pengikut dan penyokong tegar, apa saja yang dilakukan pemimpin mereka semuanya betul, sebaliknya apa saja tindakan yang dilakukan oleh pihak lain semuanya salah. Pokoknya 'mesti ana betul, dan mesti enta salah!'.

Paling memalukan, bila yang dipanggil 'ustaz' dan pakai serban berbelit-belit bercakap macam orang mabuk. Kalau sudah begitu, betul kata orang, 'pakaian bukan cermin keperibadian!'.