Monday, 3 August 2009

Seloka Demonstrasi

Cerita serta komen pro-kontra berkaitan demo di KL semalam banyak di akhbar serta blog. Masing-masing boleh menilai sendiri baik-buruknya demonstrasi itu. Ketika membaca pelbagai pandangan-pandangan yang berbeza, terbaca seloka di bawah dalam suatu blog. Seloka ini sangat mencuit hati saya. Ia ditulis oleh seorang yang menggelarkan dirinya 'Ajis Bertapa' dalam ruangan komentar blog tersebut:

Bila ikut arahan buta-buta
Jadi lembu yang kena guna
Akhirnya tak dapat apa-apa
600 masuk lokap sia-sia

Jumlah pun nampak kurang
Himpunan 100 ribu tak ada datang
Pergi mahkamah sorang sorang
Kepercayaan rakyat hilang

Asyik main politik tak henti
Putarbelit tuduh sesuka hati
Menang negeri, tadbir tak reti
Ditangkap rasuah, bunuh sekretari

Dikritik, jawab dgn mencaci
Apa punya tok guru pandai mengaji
Gagap dikritik bohong tak berenti
Lim Guan Eng dah mula kroni

Selagi Pakatan ada lagi
Ini akan berterusan jadi
Kalau rakyat tak sedar lagi
Hancur negara, Cina naik kaki

Ajis Bertapa

2 comments:

PUTRA MERDEKA said...

salam bro,
canteekkk!!!

Anonymous said...

...mmg cerita sedih la bro, penyokong pembangkang yg berdemo ni mmg gelap hati. tak nampak mereka sedang diperalatkan utk tujuan dan cita-cita politik segelintir org yg tamak. anuar & tian chua mmg telah merosakkan negara dgn mempelopori politik jalanan. renungkan jumlah yg ditangkap semlm (melayu-583, india-2, cina-1, lain-1)...?

anak bangsa.