Wednesday 19 August 2009

Nik Aziz memang hebat!

Nik Aziz memang 'hebat'. Saya katakan begitu kerana saya yakin tiada seorang pun manusia di dunia ini yang boleh atau berani menentukan secara terang-terangan tentang siapa yang akan masuk surga, dan siapa yang tidak.

Dia memang 'hebat'. Apa saja yang keluar dari mulutnya akan diterima bulat-bulat oleh mereka yang menganuti fahaman politik yang sealiran dengannya. Nik Aziz juga hebat kerana apabila kenyataan-kenyataannya yang kontroversi itu dipertikaikan dalam media, dia boleh 'putar cakap' dan sekali lagi akan diperakukan oleh mereka yang menjadi penyokongnya. Mereka yang tiada pegangan pun mudah menerima 'fatwa' Nik Aziz ini kerana beliau menggunakan Islam sebagai 'kenderaan' politiknya.

Dalam menentukan bahawa orang Umno/BN tidak akan masuk syurga, apa bezanya sangat ahli dengan penyokong? Nik Aziz memang 'hebat' dan makin lama makin sesat.

1 comment:

Anonymous said...

semua fatwa2 gila ini boleh mempengaruhi pengundi kerana masih ramai pengundi, serta juga ahli politik di negara ini belum mempunyai minda kelas pertama.

tk.