Dua hari lagi rakyat Malaysia akan sekali lagi menyambut Hari Kebangsaan. Tibanya tarikh 31 Ogos 2009 juga bererti negara ini telah 52 tahun merdeka, dan pada setiap kali tarikh ini tiba ianya disambut dengan pelbagai acara dan cara. Tahun ini, Hari Kebangsaan jatuh pula pada bulan Ramadhan dan ketika penularan H1N1. Tiada acara sambutan besar-besaran di Dataran Merdeka, sebaliknya akan disambut secara sederhana di kawasan bangunan Parlimen Malaysia.
Mungkinkah itu puncanya tahun ini orang Malaysia malas hendak kibarkan bendera Jalur Gemilang di rumah masing-masing? Begitu juga keadaannya di premis-premis perniagaan serta bangunan pejabat kerajaan dan swasta. Mana perginya semangat patriotik? Ramadhan dan H1Ni bukan alasan dan jawapannya kepada persoalan ini. Benar, semangat patriotik bukan hanya setakat mengibarkan Jalur Gemilang, namun itu tetap merupakan sekecil-kecil usaha untuk menghayati suatu hari yang amat bersejarah.
Ramaikah lagi yang mampu menghayati erti kemerdekaan ini setelah 52 tahun ianya dicapai? Dalam suasana negara mengharungi kegawatan ekonomi serta juga kekalutan politik, ramai yang mungkin stress melihat kenaikan harga barang dan siri pilihanraya yang bertali arus. Di kala generasi baru tercari-cari buku sejarah negara mereka sendiri, sudah pasti ada yang gembira menangguk di air yang keruh ini.
Hari ini, yang bukan pejuang pun dikatakan pejuang. Yang haram itulah yang seronok dilakukan. Apatah lagi jika dilakukan beramai-ramai. Bagaikan nak berpesta 'Loi Krathong', berduyun menyewa bas datang ke ibunegara sekadar untuk berarak dan disimbah air. Ada yang suka lempar batu sembunyi tangan, bunuh kawan dan kemudian menuduh lawan. Ada pula yang sudah berani menentukan siapa ke syurga dan siapa tidak. Agama menjadi kenderaan politik.
Di kala generasi baru tercari-cari buku sejarah negara mereka sendiri, ada yang mengambil kesempatan untuk melanggar kontrak sosial. Hak peribumi kini berani dipersoal. Paling malang, ada pula peribumi sama-sama bersatu menggadai hak sendiri. Demi politik, matlamat menghalalkan cara. Yang bukan bumiputera pun minta dijadikan bumiputera. Generasi muda semakin keliru.
Hari ini, jika kita ajukan soalan kepada rakyat Malaysia tentang pengertian merdeka, ramai yang akan berkerut dahi dan tidak pasti. Mungkin kerana kini negara kita sudah maju dan sudah terlalu lama merdeka, makna merdeka jadi pelbagai. Kecelaruan ini jika berlarutan, pasti negatif kesinambungannya. Betulkah 1Malaysia?
Saturday, 29 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tepuk dada tanya selera, bumi dipijak milik orang. melayu akan jadi pelarian di bumi sendiri selagi pemimpin bertelagah sesama sendiri.jadilah mcm somalia, sudan.
Salam Sahabat,
Apa erti merdeka buat kita semua? Alangkah malang bangsa yang bernama Melayu ini ~ bRAVEhEART
Tuan Anon & Bro BH,
Pepatah ada mengatakan 'bersatu teguh, bercerai roboh'. Cuma kita kadang-kadang mudah lupa.
Post a Comment