Dalam pilihanraya, ada pengundi membuat keputusan untuk memilih berdasarkan parti yang mereka sokong. Ada pula yang akan membuat keputusan setelah meneliti kualiti yang ada pada setiap calon, tidak kira parti apa pun yang calon tersebut wakili. Ada pula yang mengambilkira kedua-dua faktor iaitu calon serta partinya sekali.
Oleh yang demikian, adalah sangat penting bagi seseorang calon itu mempunyai tahap integriti yang tinggi. Sifat-sifat seperti jujur, amanah dan ikhlas akan menonjolkan kualiti seseorang calon selain dari sifat-sifat dinamik, disenangi ramai, serta sifat-sifat lain yang menunjukkan kewibawaan beliau selaku bakal pemimpin.
Pihak pengurusan parti juga biasanya akan melihat kriteria-kriteria seperti yang saya sebutkan itu untuk memilih calon yang akan mewakili parti dalam pilihanraya. Pengurusan parti pasti membuat kesilapan yang maha besar sekiranya calon itu dipilih kerana kuat melobi. Individu berkualiti biasanya tidak gemar melobi. Cuma kepimpinan parti yang patut bijak mengesan mana batu, mana permata.
Bukan nak meramal keputusan PRK Permatang Pasir. Calon yang diketengahkan oleh PAS bukanlah 'outstanding'. Tetapi calon BN kali ini nampaknya dipilih di kalangan orang bermasalah. Rohaizat pada mulanya bergelut dengan isu lesen guamannya yang dibatalkan ekoran isu penyelewangan wang koperasi pekebun getah. Kini beliau terbelit pula dengan isu poligami.
Pengundi lelaki mungkin menganggap ini isu remeh, tetapi bagaimana pula kaum hawa yang selalunya sangat sensitif dengan hal sebegini. Rohaizat tentunya akan dilihat sebagai seorang yang tidak jujur kerana tidak berterus-terang dengan kepimpinan parti berkaitan masalah-masalah peribadinya sebelum dipilih menjadi calon. Setidak-tidaknya kepada kaum hawa, Rohaizat dilihat sebagai tidak jujur kepada isteri serta keluarganya sendiri.
Kalau tak jujur, bagaimana nak jadi wakil rakyat?
Sunday, 23 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Memang pun keputusan pun dah keluaq ttg result piliharaya Ustaz Man yg menang.tp yang sedih nyer umno mmg mcm 2 dari dulu asyik cari calon yg masalah pas2 dah masuk kg org asyik kutuk DSAI.org jgn kutuk org tp cerita apa dasar yg kita nak buat.tetapi dengan calon yg ketogeri rendah moral sudah pasti kureng sesuai utk menjd calon melawan ustaz man.Ingatlah UMNO dulu bolehlah letak kambing lawan PAS pun boleh menang.Tp sekarang rakyat dah cerdik tahu yg mana kaca dan yang mana permata.Lg pun tak kan semua org penang dungu kot....sampai letak calon yg mcm 2.nampak sgt umno penang dan pengerusi perhubungan nya cuma mkn gaji buta.sebelum pilihanraya pun org dah tau pas akan menang.tp apabila letak calon mcm 2 lg mudah la.TKO Terus la.Ingatlah UMNO ZAMAN DAH BERUBAH....MCM-MCM ADA LA.
Sdra anon,
Memang benar apa sdra katakan itu. Sebab itulah integriti itu penting dalam perjuangan. Kalau aspek ini tidak dapat dipertingkatkan, tiadalah perubahan yg diharapkan rakyat. Maka tidak hairanlah, rakyat berubah haluan.
Post a Comment