Monday 29 June 2009

Nik Aziz iblis berbangsa Melayu!


Kalau kita suka ikuti perkembangan politik di Malaysia, tentu kita sudah kenal akan pemimpin parti PAS yang seorang ini. Pengikut-pengikut beliau memanggil beliau 'tuan guru'. Mungkin semua ahli PAS dan sebahagian ahli parti lain menggolongkan beliau ini sebagai ulama'. Ada juga yang tidak bersetuju dengan jolokan-jolokan ini dan menganggap beliau hanya seorang ahli politik yang menggunakan Islam sebagai 'tema' dan 'vehicle' bagi perjuangan politiknya. Apa pun, orang ini telah menjadi Menteri Besar di negeri Cik Siti Wan Kembang untuk sekian lama.

Nik Aziz memang sudah dikenali sebagai seorang ahli politik yang selalu mengeluarkan ungkapan serta kata-kata yang tidak masuk akal, serta kata-kata yang tidak sepatut keluar dari mulut seorang yang dianggap ulama'. Selalunya, kata-kata yang dilemparkannya adalah bertujuan untuk menyerang parti lawan terutama UMNO. Yang terbaru, UMNO disifatkannya sebagai komunis dan disamakan dengan suatu ajaran sesat. Sudah tentu orang UMNO marah dengan kata-kata beliau manakala pengikut PAS mungkin tersenyum puas.

Oleh kerana Nik Aziz sudah biasa menyerang parti lawannya dengan kata-kata yang tidak masuk akal, mungkin juga betul karenah beliau tak patut diambil peduli dan tak perlu buang masa untuk pergi membuat laporan polis. Lagi pun, akhir-akhir ini cerita buat laporan polis kerana hal-hal politik ini dah jadi perkara biasa di Malaysia. Orang pun dah tak begitu ambil kisah.

Bagi Nik Aziz, beliau dapat political mileage bila buat tuduhan seperti itu. Lagi isu tersebut dimuatkan dalam berita, nama beliau lagi 'naik', apatah lagi beliau memang handal putar cerita dalam mempertahankan kenyataannya. Tentu kita masih ingat isu 'Tuhan mencarut' dan juga isu 'berkawan dengan syaitan' yang beliau timbulkan dulu.

Tidak seperti selalu, hari ini saya pulang dari tempat kerja dengan menaiki LRT. Semasa di dalam perjalanan dari Masjid Jamek menuju stesen Taman Bahagia, saya berdiri betul-betul di hadapan 2 orang penumpang yang asyik bercerita mengenai 'kontroversi' kenyataan Nik Aziz itu. (Eloklah saya namakan mereka Encik A dan Encik B)

Encik A nampak agak marah bila mereka berbual mengenai kenyataan Nik Aziz di Manek Urai yang memberi contoh bahawa seseorang itu tidak perlu ada ekor dan tanduk untuk diumpamakan sebagai 'rusa masuk kampung'. Kenyataan pemimpin PAS itu adalah merujuk pendapatnya bahawa UMNO layak disamakan dengan komunis dan ajaran sesat walaupun hanya mempunyai satu atau beberapa persamaan dengan komunis.

Encik B pula menyambut, jika begitu kita pun boleh menyamakan Nik Aziz dengan iblis, kerana dalam banyak-banyak iblis, ada iblis yang tugasnya memecah belahkan umat manusia atau memecah belahkan sesuatu kaum. Oleh kerana kita lihat Nik Aziz mempunyai salah satu dari ciri-ciri iblis tersebut (suka buat kenyataan yang mengelirukan bertujuan memecah-belahkan Melayu serta menolak perpaduan), dia tidak perlu ada ekor atau tanduk untuk kita samakan dengan iblis.

Ya, iblis berbangsa Melayu! kata Encik A bersetuju dengan pendapat rakannya itu sambil mereka ketawa kecil. Tatkala itu, saya hampir tidak sedar LRT telah pun berhenti di stesen Taman Bahagia...

5 comments:

Anonymous said...

YOB

assalammualaikum....
sihat....?

orang yang berpengetahuan agama(ulama) mereka ini tahu hukum hakam.kalau mereka berbicara pasal agama...selalunya mereka ada hujah2naqli(al quraan dan al hadis).
kadang2 bila mereka berbicara tentang politik...biasanya mereka akan menyeru kepada islam.......
selalunya mereka akan merujuk kepada sirah atau sejarah kerajaan islam baik ditimur atau di barat...

saudara...bilanya nik aziz mengajak orang buat jahat?
kenapa saudara melabelnya sebagai iblis melayu?....tak faham la..

red rooster said...

M'salam,
Nik Aziz mungkin tidak mengajak org buat jahat. Tetapi beliau selalu mengeluarkan kata-kata yg boleh mengelirukan serta memecahbelahkan umat. Sebagai seorang yg ada pengaruh, beliau sepatutnya sedra akan kesan dari setiap kata-kata yg beliau keluarkan di khalayak. Saya cuma 'memulangkan' kiasan beliau yg mengatakan bahawa jika seseorang/sesuatu pihak mempunyai ciri-ciri (walaupun cuma satu) komunis/ajaran sesat, org tsb/pihak tsb boleh dianggap komunis/ajaran sesat.
Jadi samalah juga kalau org lain nampak Nik Aziz yg memecahbelahkan umat/rakyat dgn kata-katanya sbg satu dari ciri-ciri/peranan Iblis, apakah salah jika orang menyamakan beliau dgn Iblis?

perfectwater75 said...

Salam,

Salam ziarah,

Maaf tuan, saya agak kurang bersetuju dengan label yang saudara berikan ini. Ada baiknya kita menegur dengan cara lebih baik dan tidak terikut cara 'musuh' kita berfikir. Bukankah itu lebih utama dari turut sama 'merebut' dosa dari keterlanjuran orang lain? Mungkin tuan boleh merujuk dalam ayat 10 hingga 13 dalam Surah Al-Hujurat atas label yang secara 'tidak sengaja' tuan berikan ini kepada 'tuan guru' PAS itu.

Semoga tuan dirahmati Allah selalu...Aamiiiin....

thx!

red rooster said...

Sdra Perfect Water,

Teguran serta pendapat tuan amat saya hargai.

Tq.

Apache said...

apa pelik pulak..kan syaitan pun dia kawan..musuh yang nyata tu..dalil apa pulak pas ni..macam dia sorang ada dalil