Saturday, 7 February 2009

Masa terbaik untuk proses 'Re-positioning'

Sukar menafikan, percaturan politik di Perak dalam tempoh 2 minggu ini begitu dramatik sekali. Laksana bermain dam, jolok satu makan balik empat dan terus naik haji... Begitulah, akhirnya BN menguasai semula pemerintahan di Perak dengan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diangkat menjadi MB yang baru.

Dipihak yang satu lagi, permainan politik mereka tidak ubah seperti senjata makan tuan. Pakatan Rakyat jelas kalut apabila menafikan validity atau kesahan aktiviti lompat keluar 3 + 1 ADUN yang sebelum ini berpihak kepada mereka. Lucunya, jika lompat masuk karung sendiri, itu kira sah dan dianggap tindakan bijak tanpa membelakangkan pandangan rakyat.

Pihak Pakatan Rakyat juga semakin menampakkan true colours mereka dalam kekalutan mencatur politik hidup mati pakatan itu di Perak. Datuk Seri Nizar mohon derhaka kepada Sultannya sendiri. Perbuatan ini yang jelas di luar tabii orang Melayu yang menjunjung taat setia kepada raja. Lebih menampakkan kesongsangan pakatan ini ialah bila Sultan Azlan Shah sendiri akan dinamakan sebagai defendan dalam saman yang akan mereka buat. Satu penghinaan terhadap institusi raja dan perlanggaran terhadap prinsip Rukunegara.

Nah, inilah masanya yang paling sesuai bagi BN di Perak untuk mengambil balik hati rakyat terutamanya orang Melayu di Perak. Yop dan Yong tentu semakin perasan akan warna sebenar Pakatan Rakyat yang mereka sokong selama ini. Yop dan Yong takkan tak terasa bila berekar-ekar tanah yang diambil dengan rakusnya dalam tempoh 11 bulan mereka berMBkan boneka DAP.

BN perlu ingat, ini bukan masa berpesta meraikan kejayaan merampas kembali Perak. MB baru perlu ingat, dia bukan boss rakyat, sebaliknya dia perlu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Jangan buat perkara-perkara yang menjolok mata. Jangan lakukan kesilapan sebagaimana yang berlaku bila BN menjadi pemerintah sebelum ini. MB baru harus buat perubahan.

Inilah masa terbaik untuk melakukan proses re-positioning sebagaimana yang pernah saya bincangkan dalam posting terdahulu.

4 comments:

Unggal said...

Salam Red Rooster
Padanlah saya jahil dlm maths. Masih confuse dengan formula ++ jadi +. +- jadi -. -- jadi +....hm..!!.. Yang orang tak disukai kat sini ni masih tongkat langit..!!.. Tak payah susah2 calon utk cari ketua.. Lantik aja mana yg disuka. Betullah kata orang tua... orang berkuasa tak kenal penjara. Yang jual bangsa pun orang yang berkuasa... Jihadists, rakyat dan kanak2 jadi mangsa di Gaza... Dalam sejarah masa kini yang berkuasa lari jadi exile.. Kita lupakah berapa banyak kita langgar perintah Allah, takde pulak yg laungkan kita durhaka padaNYA. Lina Joy jadi murtad tapi kita sibuk pertahankan yg dia Melayu..!! - tak boleh ubah ikut perlembagaan konon... Kan perlembagaan buatan dan ciptaan manusia..?? Yg tak boleh ubah undang Qur'an aje..!!

Maaf dgn kebiadaban dan luahan hati saya.

Salam takzim - Unggal

red rooster said...

Salam Unggal,
Pandangan orang lama mcm Unggal amat-amat saya hormati. Itu la... apa pun, seelok-eloknya ialah spt yg dituntut dalam Islam... amalkan kesederhanaan dalam semua perkara!

.@blogger.com said...

Salam Red Rooster,
petamakali singgah diblog sdr. posting isu semasa yg menarik. Harap Perak terus berubah. Perubahan kepimpinan sangat perlu dlm sesuatu organisasi. Ianya memberikan suntukan semangat baru kpd. org. berkenaan.

Yg terpenting adalah lantikan kepimpinan dari kalangan muda kerana ini adalah golongan yg memahami jiwa dan kehendak golongan berkenaan. Berfikiran sama da memahami hasrat remaja yg mewakili dan menyuara bagi pihak umum. teruskan perjuangan-terus menulis/berblog.

BERANIKAN HATI

red rooster said...

Tuan Brave Heart,
Terima kasih kerana memberi sokongan. Berita baru... lagi 5 mahu melompat di Perak!