Hari ini saya pergi ke Seremban untuk menghadiri majlis perkahwinan anak rakan sepejabat. Selepas makan, sebelum chao... sempat juga berborak dengan beberapa rakan yang dah lama tak jumpa.
Ada cerita menarik dan kalau benar-benar berlaku... gempar lagi. Di khabarkan ada lagi 5 orang ADUN di Perak yang nak lompat 'membebaskan'kan diri dari Pakatan Rakyat. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Mengikut angin yang bertiup, lima ADUN tersebut ialah ADUN Kuala Sepetang, ADUN Malim Nawar, ADUN Buntong, ADUN Hutan Melintang dan seorang lagi yang tidak dapat diingat pula oleh rakan yang menyampaikan perkhabaran ini (agaknya sebab terlalu kenyang makan kenduri tadi!).
Apa pun jika cerita ini benar, bilangan wakil Pakatan Rakyat hanya akan tinggal 23 orang sahaja dan Bebas menjadi 8. Ini akan memberikan impak yang sangat besar terhadap kedua-dua pihak BN dan PR. Pakatan Rakyat akan dilihat menjadi semakin longlai dengan kerendahan kualiti serta integriti pemimpin-pemimpinnya dan BN kembali akan dilihat sebagai parti dominan yang lebih perkasa, walaupun juga masih diragui dari segi integriti kepimpinannya.
Kesinambungan dari kekecohan ini agaknya, maklumat pesanan ringkas yang saya terima dari BERNAMA melaporkan bahawa 'Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menganggap Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat'.
Hai... kita menyangka bahtera Pakatan Rakyat mampu berlayar lebih jauh lagi setelah mempamirkan pencapaian terbaiknya pada PRU-12 Mac lalu. Tapi perkhabaran-perkhabaran terbaru ini membuat kita mencongak semula berapa lama lagikah bahtera Pakatan Rakyat ini boleh bertahan sebelum pecah dan muatannya dimakan yu...
Sunday, 8 February 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Bro,
sejauh mana bahtera itu mampu belayar? bahtera itu terbina dari papan serpihan bahtera lama. nakhoda dan jurumudinya juga yang lama dari mereka yang gagal belayar.Tidak ada harapan,yang ada hanya impian menuju pulau idaman. BERANIKAN HATI
Tuan Brave Heart,
Sebab itulah agaknya org Benggali pun dah suruh DSAI bertaubat... takut tak sempat!
Assalamualaikum,
Tersebar luas betul Khabar Angin ini. Tersebar hingga ke Satu Semenanjung. Untung maxis, celcom dan digi. Yang di tempat makan kenduri lebih rancak lagi.
Betul atau tidak, kita tunggulah episode yang akan datang.
Salam kak melayuangkat,
Mungkin betul, mungkin juga tidak. Senario lompat melompat sekrg ni nampaknya lebih memihak & menguntungkan BN w'pun mula dipropagandakan oleh DSAI. Sungguh pun begitu, sbgmana yg saya pernah luahkan dlm posting sebelum ini, saya tetap menganggap lompat parti ini tidak baik utk diamalkan, terutama dlm konteks politik di M'sia krn bimbang pemilih akan merasakan mereka hanya diperalat & akan menimbulkan rasa krg yakin terhadap sistem p'raya di negara kita. Ini bertentangan dgn hasrat utk memperkukuhkan amalan demokrasi di negara kita yg semakin maju ini.
Tq.
Post a Comment