Saturday, 28 February 2009

Isu penggunaan perkataan Allah: Keputusan yang mengecewakan

Bernama melaporkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah di dalam penerbitan bahan agama Kristian dengan syarat kulit muka depan penerbitan tersebut ditulis dengan terang perkataan “UNTUK AGAMA KRISTIAN”. Perkara itu terkandung dalam warta kerajaan P.U. (A) 62 bertarikh 16 Feb 2009 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009.

Keputusan itu sudah tentunya mengejutkan umat Islam di Malaysia. Mengapa perlu kerajaan terlalu bertolak ansur dalam perkara seperti ini, sedangkan umum tahu muslihat Kristian di sebalik penggunaan perkataan Allah di dalam penerbitan mereka. Mengapa tiba-tiba sahaja perkataan Allah hendak digunakan di dalam penerbitan mereka? Siapakah yang disasarkan sebagai pembaca kepada penerbitan-penerbitan ini? Berapa ramai Lina Joy lagikah yang akan muncul kerana keputusan ini?

Jika sekiranya Kristian ingin menerbitkan Bible dalam bahasa Melayu, apa perlunya perkataan Tuhan (dalam Bible) diganti dengan perkataan Allah. Tidak bolehkah mereka gunakan perkataan Tuhan sahaja kerana dalam bahasa Inggeris pun mereka hanya gunakan perkataan god bagi merujuk kepada Tuhan mereka. Dalam doa serta sebarang upacara keagamaan Kristian pun, mereka menggunakan perkataan god atau Tuhan jika dalam bahasa Melayu. Apakah dengan kebenaran yang diberikan oleh KDN ini, perkataan Allah atau 'anak Allah' (anak Tuhan yang mereka rujuk kepada Isa) akan turut digunakan dalam semua upacara keagamaan Kristian? Jika mereka kini hendak menggantikan perkataan Tuhan dengan Allah, apakah seluruh dunia Kristian termasuk Pope di Vatican akan turut menggunaan perkataan Allah. Temberang!

Allah ialah Tuhan bagi penganut agama Islam. Bila sesiapa sahaja menyebut Allah, ianya merujuk kepada Tuhan orang Islam. Islam dimana-mana di seluruh dunia menyebut Allah sebagai Tuhan.

Kalau KDN boleh beri kebenaran kepada Kristian untuk menggunakan perkataan Allah, apakah nanti jika diminta, KDN juga terpaksa beri kebenaran kepada agama Hindu, Buddha, Bahai, Sikh dan sebagainya untuk menggunakan perkataan Allah di dalam penerbitan mereka kerana menganggap Allah hanya merujuk kepada Tuhan (dalam bahasa Arab)? Apa yang ada di benak hati mereka-mereka yang membuat keputusan ini? Tak faham!!

Islam adalah agama rasmi dan menjadi pegangan kepada majoriti rakyat di Malaysia. Sepatutnya, tiada sebarang toleransi yang diberikan oleh Kerajaan kita dalam isu ini. Keputusan ini, jangan disangkal, benar-benar telah melukakan hati umat Islam di Malaysia. Luka yang amat dalam...

Tidak perlulah saya ulas pandangan dari perspektif politik, kesan terhadap Pilihanraya Kecil yang hampir menjelma atau sebagainya, kerana isu ini bukan isu yang perlu dipertimbangkan berpandukan neraca politik. Ianya isu agama yang tidak boleh dipermainkan dalam apa jua situasi sekalipun.

Saturday, 21 February 2009

Tarikh penamaan calon: Najib disabotaj lagi!

Sebelum ini kita mendengar rungutan serta pandangan dari pelbagai pihak terutama yang pro-Pakatan Rakyat mengenai tindakan 'bias' oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menetapkan tarikh penamaan calon dan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Nik Aziz sendiri telah menuduh bahawa SPR berpakat bersama-sama Barisan Nasional (BN) dalam menentukan tarikh-tarikh tersebut, dengan mengambilkira tarikh berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno yang akan berakhir pada 28 Mac ini. Akhirnya tarikh penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac dan PRK pada 7 April.

Sejak beberapa hari yang lalu, saya berada di Kuantan kerana urusan kerja. Selama di sana, sempat juga berbual sambil makan 'sata' dan nasi dagang dengan 'orang Kuantan' berkaitan perkembangan politik semasa tanahair. Ada cerita menarik berkaitan tarikh-tarikh yang saya sebut di atas. Ceritanya bukanlah berkaitan tarikh-tarikh tersebut nak diubah, tetapi berkaitan isu percubaan untuk sabotaj Dato' Seri Najib.

Cakap-cakap mereka yang saya maksudkan ialah mengenai tarikh penamaan calon (29 Mac) yang hanya berselang 1 hari sahaja dengan tarikh terakhir Perhimpunan Agong Umno (28 Mac) di mana Najib dijangka akan menyampaikan ucapan penggulungan. Pendapat mengatakan pada ketika itu, Dewan Merdeka mungkin hanya tinggal separuh penuh sahaja kerana ramai perwakilan terutama dari Perak dan Kedah telah pun meninggalkan perhimpunan kerana memberi penumpuan kepada jentera parti di Kedah dan Perak memandangkan penamaan calon akan diadakan keesokan harinya. Jika betul ini berlaku, ucapan pertama Najib sebagai Presiden Umno akan nampak seperti tidak diberi perhatian oleh ahli parti. Najib akan nampak tiada 'aura' sebagai Presiden.

Hmm... betul ke cakap-cakap ni?

Thursday, 12 February 2009

Yakin semula dengan BN atau makin simpati kepada PR?

Lanjutan kemelut politik semasa, setidak-tidaknya Barisan Nasional mampu tersenyum bila Perak dapat dirampas kembali dari tangan Pakatan Rakyat. Kebanyakan penyokong BN dan pemerhati politik serta rakan bloggers (baik yang pro-BN, pro-PR atau berkecuali) berpendapat bahawa kejayaan BN menguasai semula Perak, walaupun menerusi pintu belakang memberi impak positif kepada BN dan mengakibatkan kemeruduman moral kepada pihak Pakatan.

Bagaimana pula jika kita lihat situasi ini dari persepsi yang lain?

Adakah benar Perak akan menjadi titik tolak kepada kembalinya keyakinan dan sokongan rakyat kepada BN? Pandangan ini mungkin betul jika kita mengambil kira krisis ketaatan terhadap oleh perjuangan wakil-wakil rakyat 'half-baked' PKR dan DAP, kebiadapan Karpal Singh terhadap Sultan serta kegilaan Karpal memukul rakan sendiri dalam Pakatan yang dilihat telah menggoncang bahtera Pakatan Rakyat dengan hebatnya.

Sebaliknya, mungkinkah rentetan peristiwa di Perak telah menimbulkan rasa simpati yang mendalam kepada DS Nizar dan menyemarakkan lagi sokongan golongan muda kepada pakatan parti alternatif ini.

Isu di Perak itu, tanpa dapat kita nafi telah juga meningkatkan populariti seorang lagi personaliti politik yang mewakili PAS. Dahulu, nama Nizar tak banyak yang kenal. Namun pada hari ini satu Malaya kenal beliau. Bahkan, beliau muncul sebagai satu lagi nama besar dalam Pakatan Rakyat yang memperjuangkan hidup-mati PR dalam kekalutan pengambilalihan Perak oleh BN melalui pinjaman metodologi yang dicetus oleh Anuar Ibrahim. Sebilangan rakyat mungkin mentafsirkan ini sebagai erti perjuangan sebenar. Jika tidak, masakan ada yang hingga sanggup berbaring di atas jalanraya bagi menghalang kenderaan Kerabat Diraja masuk ke istana.

Apa akan jadi jika rakyat melihat tindakan BN mengambilalih Perak hasil lompatan wakil rakyat sebagai tidak bermoral atau main kotor? Jika begini keadaannya, alamat BN bakal kecundang lagi dalam PRK-PRK terdekat serta PRU yang akan datang. Bagaimana jika rakyat semakin loya tekak mendengar komen-komen separuh bijak oleh segelintir pemimpin-pemimpin Umno/BN di media-media prima yang sekadar nak 'associate'kan diri mereka dengan perkembangan terbaru di Perak ini, sambil mendapatkan mileage untuk pemilihan pada Mac ini.

Impak negatif terhadap BN juga terhasil dari spin yang dilakukan dalam isu Exco Kedah yang juga wakil rakyat Bukit Selambau. Isu perletakan jawatan-jawatan beliau telah dimanipulasikan sehingga menimbulkan persepsi di kalangan masyarakat bahawa beliau juga 'diculik' oleh BN, padahal beliau menerima tekanan oleh golongan 'makhal sakthi' di kawasannya sendiri kerana kegagalan memberi khidmat yang baik selama menjadi wakil rakyat.

Generasi muda kini lain gaya pemikirannya berbanding generasi terdahulu. Generasi ini sering mempunyai gaya pemikiran di luar kotak. Golongan ini bakal menjadi pewarna dan penentu arahtuju politik di negara ini. Parti politik harus mempunyai jawapan hasil kajian empirikal terhadap perkembangan ini. Barisan Nasionalkah yang rakyat yakinkan? Pakatan Rakyatkah yang masih menjadi idola mereka?

Kegagalan parti politik untuk mentafsir pemikiran sebenar rakyat, merencanakan pendekatan yang betul serta mengadaptasikan strategi yang tepat bakal menyaksikan kegagalan parti tersebut pada pilihanraya yang terdekat, dan tidak mustahil juga akan membawa kepada siri-siri kegagalan secara berterusan...

Monday, 9 February 2009

Al-Fatihah: Anggota Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Perak, Roslan Shaharum meninggal dunia hari ini. Allahyarham meninggal dunia dipercayai kerana sakit jantung. Khidmat pesanan ringkas dari Bernama menyatakan bahawa berita ini disahkan oleh S/U Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar. Al-Fatihah.

Sunday, 8 February 2009

Gempar - Lagi 5 mahu lompat!

Hari ini saya pergi ke Seremban untuk menghadiri majlis perkahwinan anak rakan sepejabat. Selepas makan, sebelum chao... sempat juga berborak dengan beberapa rakan yang dah lama tak jumpa.

Ada cerita menarik dan kalau benar-benar berlaku... gempar lagi. Di khabarkan ada lagi 5 orang ADUN di Perak yang nak lompat 'membebaskan'kan diri dari Pakatan Rakyat. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya. Mengikut angin yang bertiup, lima ADUN tersebut ialah ADUN Kuala Sepetang, ADUN Malim Nawar, ADUN Buntong, ADUN Hutan Melintang dan seorang lagi yang tidak dapat diingat pula oleh rakan yang menyampaikan perkhabaran ini (agaknya sebab terlalu kenyang makan kenduri tadi!).

Apa pun jika cerita ini benar, bilangan wakil Pakatan Rakyat hanya akan tinggal 23 orang sahaja dan Bebas menjadi 8. Ini akan memberikan impak yang sangat besar terhadap kedua-dua pihak BN dan PR. Pakatan Rakyat akan dilihat menjadi semakin longlai dengan kerendahan kualiti serta integriti pemimpin-pemimpinnya dan BN kembali akan dilihat sebagai parti dominan yang lebih perkasa, walaupun juga masih diragui dari segi integriti kepimpinannya.

Kesinambungan dari kekecohan ini agaknya, maklumat pesanan ringkas yang saya terima dari BERNAMA melaporkan bahawa 'Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menganggap Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat'.

Hai... kita menyangka bahtera Pakatan Rakyat mampu berlayar lebih jauh lagi setelah mempamirkan pencapaian terbaiknya pada PRU-12 Mac lalu. Tapi perkhabaran-perkhabaran terbaru ini membuat kita mencongak semula berapa lama lagikah bahtera Pakatan Rakyat ini boleh bertahan sebelum pecah dan muatannya dimakan yu...

Saturday, 7 February 2009

Masa terbaik untuk proses 'Re-positioning'

Sukar menafikan, percaturan politik di Perak dalam tempoh 2 minggu ini begitu dramatik sekali. Laksana bermain dam, jolok satu makan balik empat dan terus naik haji... Begitulah, akhirnya BN menguasai semula pemerintahan di Perak dengan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diangkat menjadi MB yang baru.

Dipihak yang satu lagi, permainan politik mereka tidak ubah seperti senjata makan tuan. Pakatan Rakyat jelas kalut apabila menafikan validity atau kesahan aktiviti lompat keluar 3 + 1 ADUN yang sebelum ini berpihak kepada mereka. Lucunya, jika lompat masuk karung sendiri, itu kira sah dan dianggap tindakan bijak tanpa membelakangkan pandangan rakyat.

Pihak Pakatan Rakyat juga semakin menampakkan true colours mereka dalam kekalutan mencatur politik hidup mati pakatan itu di Perak. Datuk Seri Nizar mohon derhaka kepada Sultannya sendiri. Perbuatan ini yang jelas di luar tabii orang Melayu yang menjunjung taat setia kepada raja. Lebih menampakkan kesongsangan pakatan ini ialah bila Sultan Azlan Shah sendiri akan dinamakan sebagai defendan dalam saman yang akan mereka buat. Satu penghinaan terhadap institusi raja dan perlanggaran terhadap prinsip Rukunegara.

Nah, inilah masanya yang paling sesuai bagi BN di Perak untuk mengambil balik hati rakyat terutamanya orang Melayu di Perak. Yop dan Yong tentu semakin perasan akan warna sebenar Pakatan Rakyat yang mereka sokong selama ini. Yop dan Yong takkan tak terasa bila berekar-ekar tanah yang diambil dengan rakusnya dalam tempoh 11 bulan mereka berMBkan boneka DAP.

BN perlu ingat, ini bukan masa berpesta meraikan kejayaan merampas kembali Perak. MB baru perlu ingat, dia bukan boss rakyat, sebaliknya dia perlu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Jangan buat perkara-perkara yang menjolok mata. Jangan lakukan kesilapan sebagaimana yang berlaku bila BN menjadi pemerintah sebelum ini. MB baru harus buat perubahan.

Inilah masa terbaik untuk melakukan proses re-positioning sebagaimana yang pernah saya bincangkan dalam posting terdahulu.

Sunday, 1 February 2009

BN and PR turned into 'City Sightseeing Hop-on Hop-off Bus'

If you go to London or to other major cities in Europe, you can easily find the 'city sightseeing tour bus'. This sightseeing tour bus is very popular especially among tourists. The bus offers an exciting cultural and diverse sightseeing tour around the city. The tour will show you all the important landmarks and attractions in the city, but the most interesting thing about the bus service is you can hop-on and hop-off the bus as much as you like, at any of the bus stops on the tour route.

Malaysia, or KL to be more precised has its own hop-on and hop-off sightseeing bus too. But it is not as popular as the city sightseeing buses in Europe. It is very frustating to know that some people in KL do not even realise that there are hop-on hop-off sightseeing buses in KL. Or, mungkin bas macam tu tak sesuai sangat kut sebab KL panas dan ada traffic jam di sana dan sini!

But there are something else in Malaysia now that you can easily hop-on and hop-off, at any time you like, and this is becoming very popular lately. It is not sightseeing buses, but political parties. In Malaysia, people can hop-on and hop-off their political parties as much as they like. There are many cases of hop-on and hop-off from one to another political parties in Malaysia. The most recent is the BN State Assemblymen for Bota, Nasarudin Hashim who defected to PKR and today, Pak Lah revealed that several Pakatan Rakyat state representatives from Perak will soon join the BN.

Now BN and PR are no different from the hop-on and hop-off sightseeing buses. As for me, this new development in our political atmosphere seems very unethical and immoral. What is this? Elected Wakil Rakyat betraying the trust given by their voters. This must be stopped!