Saturday, 31 January 2009

Kalau ini benar... Najib pun tak sempat jadi PM

Seperti pada kebanyakan malam menjelang hujung minggu, saya keluar untuk minum teh tarik dengan beberapa orang kawan di kedai mamak. Ada beberapa tempat yang selalunya menjadi tempat 'bersidang' kami. Tapi kerapnya di kedai-kedai mamak sekitar mukim tempat tinggal 'ahli persidangan' sahaja iaitu sama ada di sekitar Taman Tun atau Kota Damansara.

Macam kebanyakan orang lain juga, kami suka berbual berkaitan isu semasa dan politik. Yang menariknya masing-masing selalu hadir dengan info terbaru yang panas dan datang dari pelbagai sumber. Ada yang rasmi (dari media lah tu), ada juga yang berbentuk gossip sahaja. Tetapi dah banyak juga gossip yang jadi benar...

Gossip-gossip malam ini buat saya termenung panjang dan di hati berkata, kalaulah ianya benar-benar terjadi... Najib tak sempat jadi PM dan kapal Umno akan benar-benar pecah dan karam menjadi tukun! Sebelum ini pun dalam blog POLITICA dan beberapa blog lain ada juga gossip-gossip yang mengatakan Pak Lah akan terus jadi PM selepas Mac 2009.

Tapi ini gossip terbaru yang saya dengar. Najib memang tak akan sempat jadi PM. Pak Lah sejak awal lagi tidak ikhlas untuk mengalihkan kuasanya kepada Najib. Pak Lah (dan KJ) belum puas jadi PM. Ketidak ikhlasan ini menjadi semakin ranum sejak berlaku desakan-desakan supaya Pak Lah turun takhta lebih awal (setelah beliau mengumumkan tempoh peralihan kuasa yang asalnya pada 2010). Di tambah sedikit lagi dengan hasutan dari beberapa 'orang sekeliling', pemimpin yang dulunya digelar 'Mr. Clean' kini main kasar.

Bagaimana Najib terhalang? Ada tsunami lagi akan melanda Umno. Tsunami kali kedua ini bukan dalam Pilihanraya atau pemilihan semasa Persidangan Agung Umno. Kali ini tsunami SPRM yang akan melanda. Mengikut 'penggosip', dalam jangkamasa terdekat ini ramai pemimpin besar Umno akan ditangkap. Fuhh... haru-biru kalau macam ni. Dari yang sedang memimpikan jawatan nombor satu dalam parti dan kerajaan, yang mengidamkan jawatan Ketua Pemuda, yang sedang menjadi menteri kabinet, hinggalah kepada 'taukey-taukey' Umno di peringkat negeri. Khabarnya Selangor dan Melaka paling top.

Kalau ini benar-benar terjadi, maka kenalah juga diakui bahawa ada juga rupanya bidang yang Pak Lah bijak. Bijak membuat 'cleansing' dalam parti sendiri (yang susah nak dibuatnya ialah pada parti lawan). Bijak percaturan ini dibuat. Akhirnya semua pencabar dan pengendeng teraju utama ditebas.

Hmm... kalau tsunami kedua ini benar berlaku, Najib tak akan jadi PM dan kapal Umno akan tenggelam. Kalau tsunami ini betul-betul melanda... wajiblah ahli-ahli Umno di semua peringkat sehingga ke akar umbi untuk bingkas dan segera bangun bertindak untuk sedaya upaya menyelamatkan kapal mereka yang tampak semakin lesu.

5 comments:

ROSHATIKA said...

Salam,

Kita tunggu dan lihat. Siapa yang jujur dan siapa akan khianat.

T. Kasih

red rooster said...

Sdri Roshatika,
Harapan kita, dalam Umno tiada siapa mengkhianati siapa. Jika semuanya berbalik kepada matlamat asal perjuangan, insyaallah semua akan berjaya. Tq.

Unggal said...

Orang tua kata, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di dahi..!!.. Apa nak kata sahabat... UMNO dah semak-samun macam hutan - land of survival for the fittest ...!!..

Bila nak jengok kami lagi ??.

red rooster said...

Sdra Unggal,

Sedangkan hutan belantara lagi boleh dibersihkan, inikan pula semak samun. Pucuk pangkalnya dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
Terima kasih kerana sudi melawat blog ini dan memberi pandangan. Salam saya utk semua rakan-rakan di Kampung Bayswater!!

bluehope said...

Kalau ini benar....SYABAS BlueHope ucapkan kpd PM. Semuga projek 'cleansing' ni boleh mengembalikan kepercayaan rakyat thadap kepimpinan BN.