Friday, 8 January 2010

Ini bukan cara kita

Nampaknya isu penggunaan perkataan kalimah Allah terus hangat dengan insiden perbuatan khianat ke atas bangunan gereja di Wangsa Maju dan Petaling Jaya. Walau apa pun pendapat pelbagai pihak mengenai keputusan mahkamah ke atas isu ini, perbuatan melakukan khianat seperti menyerang gereja atau mana-mana rumah ibadat bukan jalan penyelesaian. Ini bukan cara orang Malaysia, juga jelas bukan cara Islam menyelesaikan masalah.

Perbuatan hina seperti ini wajib dikutuk oleh semua rakyat Malaysia dan kita berharap kumpulan yang berfikiran sempit seumpama ini segera dibawa ke muka pengadilan. Dalam pada itu, jangan pula ada pihak yang bertindak balas dan mula membangkitkan api kebencian, ketakutan, kecelaruan dan prasangka melalui sebaran sms, email dan sebagainya dengan berita-berita palsu seolah sedang berlaku huru-hara di negara ini. Ini bukan cara kita.

Sebagai rakyat Malaysia yang maju, kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan tindakan-tindakan yang bersifat provokatif. Isu ini telah pun dibawa ke mahkamah, dan walaupun keputusan semasa ada menimbulkan rasa tidak puas hati, mahkamah masih menyediakan prosedur serta saluran-saluran tertentu supaya jalan penyelesaian dapat dicari.

Satu lagi tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana rakyat Malaysia ialah cuba menuding jari kepada pihak parti politik serta kerajaan, dan menimbulkan prasangka di kalangan orang ramai bahawa semua ini suatu konspirasi.

.... apa saja kekalutan yang berlaku, semuanya dituduh 'konspirasi'. Ini bukan cara kita. Kalau macam ni bila nak maju?

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, ingin dinyatakan di sini, kawan agak keliru dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja merancang untuk mengambil kesempatan politik dengan isu ini dan selepas itu tuduh UMNO punya angkara.......

Kawan bukan hendak menuduh mana-mana pihak....

Tetapi, semua sudah maklum, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, memandangkan kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain agama.

Golongan ini menyedari masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan mereka, adalah tidak mustahil isu kalimah 'Allah' dan diekori pembakaran gereja sengaja dirancang untuk menaikkan rasa benci penganut-penganut bukan Islam kepada Kerajaan BN.........

Semua pihak perlu berhati-hati disebalik agenda jahat dan licik 'pemikir yahudi' ini.....

Z-MAY said...

ada org ke 3 yg cuba curah petrol dalam api...