Wednesday 24 June 2009

Haji Hadi dah tak 'power' lagi!

Suatu ketika dulu saya menganggap Haji Hadi sebagai seorang pemimpin yang kuat dan paling berpengaruh dalam parti PAS. Beliau merupakan seorang Presiden parti yang dahulu pernah menjadi Menteri Besar Terengganu (walau hanya sepenggal). Tatkala itu beliau saya lihat begitu garang dan begitu tegas dalam apa jua kenyataan yang beliau luahkan. Kadang-kadang apabila dikerumuni para wartawan yang mengajukan soalan, selain dari mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras, lagaknya macam nak di'baham'nya microphone dan alat perakam suara para wartawan.

Beliau jugalah yang pernah melabelkan UMNO sebagai kafir dalam 'amanat'nya hinggakan mempengaruhi ahli-ahli PAS untuk memulaukan sebarang program waima jemputan kenduri sekali pun yang dibuat oleh orang UMNO, apatah lagi untuk sembahyang berimamkan orang UMNO.

Bagaimanapun setelah selesai kemelut isu kerajaan perpaduan, Hadi menampakkan bahawa dia bukan lagi seorang yang begitu berpengaruh dan tegas seperti dulu. Walaupun kerajaan perpaduan itu merupakan idea yang beliau sendiri cetuskan dan disokong kuat oleh Timbalannya Ustaz Nasharudin, namun akhirnya beliau sendiri terpaksa segera menolak cadangan tersebut apabila didesak oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, selain tidak mendapat persetujuan Nik Aziz. Di kalangan ahli-ahli PAS pun ramai yang tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Selain cara penyelesaian polemik isu kerajaan perpaduan menggambarkan bahawa PAS bukan parti dominan dalam Pakatan Rakyat, ianya juga mentafsirkan bahawa Haji Hadi dah tak 'power' macam dulu lagi!

2 comments:

bERANIKAN hATI said...

Salam Sdr,
Hj Hadi pun ibarah arus air yg mengalir. Ada waktunya ia deras dan ada waktunya ia tenang. Tapi kini Hj Hadi tidak ke arah mana-mana kerana ianya telah terkeliru kerana hilang pedoman arah yg bakal dituju ~ bRAVEhEART

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Jutaan Terima Kasih atas kesudian anda mengunjungi blog kami.

Sememangnya tanggungjawab kita menjawab segala dakyah jahat yang dilemparkan pembangkang. Jangan biarkan lakonan politik mereka berterusan sehingga menipu rakyat.

Ketua UMNO Cwangan Gombak Selatan, En. Abd. Razak Muhamad menyampaikan Salam Perjuangan khas buat anda.

Sekian, semoga dapat kita sama2 berkongsi isu dalam menegakkan Agama, Bangsa dan Negara.

SALAM IKHLAS DARI : -

Shamsury Mohd Salleh
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN.

ps : blog anda dalam senarai link kami