Saturday 25 April 2009

Akhirnya Md. Isa Sabu jadi Pengerusi


Dengan pengumuman yang dibuat oleh PM semalam, akhirnya MB Perlis Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, menggantikan bekas MB Dato' Seri Shahidan Kassim. Tahniah kepada beliau dan juga kepada Datuk Zahidi Zainul Abidin yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

Negeri Perlis ini walau pun kecil tetapi cerita politiknya hebat. Walaupun hanya ada 3 bahagian sahaja, pergolakan yang membabitkan pemimpin dari ketiga-tiga bahagian tersebut selalu kecoh. Antara mereka jarang yang 'ngam'. Agaknya sebab negeri terlalu kecil kut... sebab itulah sering 'terlanggar bahu!'.

Semoga kali ini Pengerusi dan Timbalan dapat membentuk suatu kerjasama yang mantap dan memberi khidmat demi kebaikan semua. Bagi ahli UMNO Perlis, mereka sangat bernasib baik kerana kalau nak jumpa Pengerusi atau Timbalan Pengerusi Perhubungan tak perlu naik kapalterbang macam orang Kedah!

2 comments:

Anak Peghelih said...

Org Perelih,

Belum apa apa dah dengar war war kata Zahidi bakal letak jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis. Dia kata tak guna Najib lantik dia sebagai Timbalan jika tidak ada kuasa waima nak sain sokong buku teks pun tak boleh! Untuk makluman, sokongan buku teks sekolah boleh dilakukan oleh JKKK, wakil rakyat ataupun penghulu.. Jadi apa guna Najib lantik Zahidi jadi Timbalan tapi tak dak jawatan yg sesuai bagi mengiktiraf jawatan tersebut.. Maka lebih baik Zahidi berundur sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan. Hanya kekal sebagai Ketua Bahagian P Besar saja.. Ikut nasib la, masa depan hanya Allah yg tentukan...

red rooster said...

Salam Anak Peghelih,

Terima kasih di atas komen tuan. Apa yg tuan dengar itu mungkin hanya khabar angin shj kut, dan harap2 ianya tidak benar. Sebenarnya Datuk Z agak lega dgn perlantikan itu dan setakat ini dia ok dgn MB. Wallahualam.