Thursday, 2 April 2009

Nizar bukan calon yang baik untuk Melayu Bukit Gantang

Nizar bukan calon yang baik untuk dipilih oleh pengundi-pengundi Melayu di Bukit Gantang. Sebagai seorang Melayu, ada beberapa faktor yang menyebabkan saya berpendapat demikian.

Orang Melayu di negeri Perak yang peka terhadap setiap keputusan serta program yang dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah negeri itu selepas PRU-12 tentu maklum bahawa antara keputusan terawal yang dibuat oleh Nizar sewaktu menjadi Menteri Besar Perak ialah meluluskan hak milik tanah secara kekal kepada kaum Cina. Jika sekali pun kita tidak mahu mempertikaikan bahawa kaum Cina adalah warganegara serta juga rakyat Perak, sebagai orang Melayu adalah sukar untuk menafikan bahawa hati Melayu terguris amat dalam dengan keputusan yang dibuat oleh Nizar itu. Ini adalah kerana jumlah tanah yang diluluskan hak milik kepada penduduk kampung baru, kepada sekolah-sekolah Cina serta yang ditukar status dari leasehold kepada freehold bukan kepalang banyaknya, sedangkan dalam masa yang sama terdapat isu-isu hak milik tanah yang dituntut oleh orang Melayu tidak diselesaikan.

Orang seusia Nizar tidak boleh menafikan bahawa dia adalah antara generasi yang mendapat faedah dan nikmat dari Dasar Ekonomi Baru (DEB), suatu dasar yang telah berjaya menstrukturkan semula pola kependudukan kaum serta membantu golongan bumiputra untuk tidak begitu ketinggalan di dalam bidang ekonomi serta pendidikan. Bagaimanapun mungkin untuk tujuan survival politiknya, Nizar sebelum ini membuat keputusan untuk menyokong pemansuhan DEB yang mana tindakan beliau ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa beliau turut menyokong pemansuhan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputra.

Sebagai seorang Melayu yang juga rakyat Malaysia yang berperlembagaan, kita harus berpegang kepada Rukun Negara. Namun semasa kemelut isu politik Perak, kita sedia maklum penderhakaan yang dibuat oleh Nizar. Tidak kira apa alasan sekali pun yang boleh diungkit oleh beliau atau parti-parti yang berpihak kepada beliau, Nizar tetap adalah seorang penderhaka.

Seorang rakan saya dari Perak pernah berkata, Nizar sangat bertuah kerana telah terpilih sebagai Menteri Besar 'by luck', namun begitu seingat rakan saya itu tiada apa yang telah betul-betul dikecapi oleh orang Melayu semasa Nizar 'in power'. Sebaliknya majoriti Melayu yang berpendapatan rendah semakin tertekan bila Nizar meluluskan kenaikan cukai pintu yang tinggi di Perak. Mungkinkah Melayu Perak sudi memberi peluang kedua kepada beliau?

Walaupun tidak lama, Nizar dari parti PAS mengecapi kemuncak dalam kerjaya politiknya apabila parti-parti pembangkang DAP, PKR dan PAS membentuk suatu pakatan. Namun begitu hingga hari ini pakatan tersebut belum mampu memperoleh kata sepakat dalam banyak hal. PAS di Kelantan dan Kedah adalah berlainan mertabatnya berbanding dengan PAS di Perak. PAS di Perak bukan rakan kongsi yang utama kerana negeri itu lebih dikuasai oleh DAP. Oleh yang demikian, dalam banyak hal PAS terpaksa mengikut telunjuk DAP yang lebih merupakan pemegang syer terbesar dalam perkongsian politik Perak. Sebab itulah Nizar hanya boneka semasa menjadi MB.

Jika bercakap dalam konteks memperjuangkan Melayu di Perak dan di Bukit Gantang khasnya, Nizar sukar melakukannya kerana PAS pemegang syer terkecil dalam perkongsian politik pembangkang di Perak. Selain itu, dia juga telah membuktikan bahawa dia tidak mempunyai kuasa ultra yang dapat mendominasi keputusan-keputusan yang perlu diambil walaupun semasa menduduki kerusi teratas dalam pemerintahan, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan rakan DAP.

Sebab itulah, tanpa mengatakan siapa calon terbaik, saya sebaliknya berpendapat bahawa Nizar bukan calon yang baik untuk dipilih oleh pengundi Melayu di Bukit Gantang.

8 comments:

kamal said...

http://kamalfarsya.blogspot.com/2009/04/pengundi-bukit-gantang-ditipu.html

http://kamalfarsya.blogspot.com/2009/04/nizar-ada-segala-galanya.html


http://kamalfarsya.blogspot.com/2009/04/anwar-tabur-gula-gula-pikat-pengundi.html

salam tuan...kalau tak keberatan singgah ke kamalfarsya.blogspot.com/

Anonymous said...

pilihlah calon yang berwibawa bukan calon yang dibawa. siapa yang berwibawa dan dibawa: calon bn atau pkr. jangan jadi ayam moyok di parlimen jika tiada kredibiliti dan kualiti. kita mahu wakil yang ampuh dan ada semangat perjuangan khususnya memartabatkan bangsa dan agama. adakah pemimpin yang kita pilih nanti ada kualiti itu? fikirlah saudara saudari khususnya di bukit gantang!

Anonymous said...

lantui lah

Anonymous said...

jangan hanya beri pandangan n ckap je, beri bukti sekali.

hj jamaludin said...

BISMILAH HIR RAHMAN NIR RAHIM
bAGAIMANA MENTERI BESAR KUALA TERGANO & PERLIS . ADAKAH BUKAN BY LUCK ? PAHANG BAGI TANAH KAT GENTING TANAH TOL KE? KALAU DA BUAT BUTA DI MATA TAKUT ALLAH SWT BUTA KAN HATI.

red rooster said...

Salam.
Anon 00.27,
Memang saya tidak menyiarkan bukti melalui blog ini. Bagaimanapun, sekiranya tuan/puan bertanya kpd mana2 pegawai2 yg bekaitan di Perak (yg ikhlas & tidak bias kpd mana2 parti) saya amat yakin bukti serta pengakuan berkaitan isu pemberian tanah ini akan diperolehi.

Tn Hj Jamaludin,
Apa yg tuan katakan mungkin ada kebenarannya juga. Namun pendapat yg saya beri hanyalah fokus kpd yg bertanding dalam PRK Bkt Gantang shj. Tq.

Baginda Reformasi said...

en red... kalau itu jadi isu... zambry pilihan yang tepat kah? mamak dapat banyak tanah.. betul tak die mamak bukan melayu? dan kalau tepat pun kenapa tak tggu dewan bersidang kemudian mengusulkan undi tak percaya pada nizar? kenapa perlu buat rampasan zionis? tak sabar? tggu pak lah lepas jawatan nye kes? atau tgu PAU sttle? sbb tu tak leh tgu dewan bersidang? tunjuk power?

red rooster said...

Tuan Baginda,
He.. heh.. you are funny! Kalau pun Zamry tu ada sikit2 kemamakkannya, saya rasa masih ok sebab dia tak jual maruah dan hak Melayu serta tidak 'dipimpin' oleh DAP yg mencurigakan. Di Bkt Gantang pun bukan dia yg bertanding... Tq anyway.