Baru-baru ini Dato Mukhriz Mahathir telah mencadangkan supaya diwujudkan suatu sistem tunggal persekolahan di Malaysia bagi menggantikan sistem persekolahan sedia ada yang pelbagai. Cadangan yang dilontarkan beliau adalah juga supaya Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua. Dalam masa yang sama, pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa India juga diajar secara meluas di sekolah-sekolah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk menguasai lebih banyak bahasa.
Cadangan beliau, pada fikiran peribadi saya boleh mengujudkan suatu generasi Malaysia yang baru dengan corak pemikiran yang dilahirkan dari suatu sistem pendidikan yang sama tanpa mengira suku kaum,bangsa dan agama. Jika diambil pendekatan dengan memberi perhatian yang teliti terhadap kurikulum dan modul pengajaran yang digubal, saya agak optimis bahawa sistem ini mampu menghasilkan generasi Malaysia yang lebih mengenal sejarah dengan jiwa patriotisme.
Namun begitu, Ahli Parlimen Jerlun ini telah menerima kritikan-kritikan yang pedas bukan sahaja dari pelbagai pihak serta pemimpin yang bukan berketurunan Bumiputera, bahkan dari beberapa pemimpin utama Umno sendiri tanpa mampu menjelmakan alasan yang cukup akademik bagi penolakan cadangan ini. Oleh yang demikian, saya kira sudah pasti mereka hanya ingin mendapatkan 'political mileage' dari isu ini dalam senario pertandingan merebut jawatan utama parti yang semakin hampir. Beberapa pihak pula menuduh Mukhriz sebagai penghasut yang ingin menyemarakkan lagi api krisis perkauman yang telah sedia terbara. Mereka ini sebenarnya pengecut yang tiada keazaman untuk berjuang bagi melahirkan suatu generasi 'successor' yang mantap.
Idea Mukhriz ini sebenarnya mempunyai persamaan yang sangat hampir dengan idea yang pernah dilahirkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan telah dimuatkan dalam Penyata Razak 1956. Cadangan sekolah satu aliran ini juga diakui oleh beberapa cendiakiawan negara mampu untuk mengeratkan perpaduan kaum yang nampaknya kini telah menjadi permasalahan yang semakin meruncing.
Tan Sri Dr Khoo Kay Kim misalnya, bersetuju bahawa cadangan ini adalah sangat baik dan hampir sama dengan apa yang tertulis di dalam Penyata Razak 1956 dan juga cadangan Jawatankuasa Barnes 1950. Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad yang pernah menjadi Ketua Pengarah Pendidikan pula berpendapat cadangan Mukhriz boleh direalisasikan dengan syarat ahli-ahli politik yang memegang tampuk kuasa sekarang ini mempunyai keazaman yang kuat untuk menjayakannya.
Dalam membuat penentuan terhadap sesuatu hal/isu, adalah lebih elok sebenarnya diserahkan kepada yang 'ahli' dalam hal tersebut. Hatta, dalam membincangkan hal/isu pendidikan yang dilontarkan oleh Mukhriz ini, jelas terdapat percanggahan pendapat antara ahli politik dan ahli akademik. Justeru pendapat yang 'ahli' biasanya lebih sesuai dipegang... wallahualam.
Friday, 5 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Bagus cadangan Mukhriz tu. Dah sampai masa perkara ini difikirkan secara lebih ilmiah oleh pemimpin
Saya amat bersetuju sangat ngan sekolah satu aliran tu. Bukan saja menjadi cita-cita mana-mana pihak tetapi juga menjadi cita-cita saya sebagai guru. Tetapi sampai bilakah hakikat ini akan menjadi realiti. Sebenarnya tidak ada ruang bagi menyatukan rakyat Malaysia melainkan dengan kewujudan sekolah ini. Payah juga bila isu-isu pendidikan menjadi mainan politik.
Salam,
Memang susah... namun begitu kita terpaksa menerima hakikat bahawa pembangunan serta kemajuan, tidak kira dari aspek apa sekali pun dengan politik adalah saling bergantungan.
Post a Comment