Monday 1 February 2010

Terima hakikat KJ punca kemelut

Petang ini terbaca artikel dari sebuah portal yang agak popular berkaitan 'huru-hara' yang sedang berlaku di dalam Pergerakan Pemuda UMNO saat ini. Klik di sini untuk membacanya.

Saya sangat bersetuju jika dikatakan masa yang lebih dari cukup telah diberikan kepada KJ untuk membuktikan bahawa dia benar-benar seorang pemimpin yang mampu menyatukan sayap utama UMNO itu.

Malah masa yang dimilikinya turut memadai jika beliau betul-betul ingin membuktikan bahawa tohmahan seteru-seteru politiknya selama ini bahawa dia seorang yang tamak dan gila jawatan adalah salah. Jika dia benar-benar 'berotak Oxford', tentu beliau lebih bijak mentadbir persepsi ahli-ahli parti, khasnya pemuda.

Sebaliknya, KJ terus menggoncang Pergerakan Pemuda dengan melantik pemimpin kurang berwibawa untuk menerajui kepimpinan Pemuda peringkat Negeri. Bukan sahaja di negeri-negeri Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan sebagaimana yang disebut dalam artikel, namun di Pergerakan Pemuda di Perlis juga sedang menghadapi krisis kepimpinan yang agak serius akibat dipimpin oleh orang yang kurang wibawa, yang juga dilantik oleh KJ sebagai balasan kepada sokongan yang diberikan kepada beliau semasa pemilihan yang lalu.

Kestabilan sayap parti adalah sangat penting bagi UMNO menghadapi PRU-13 yang dijangka amat sengit nanti. "Patah sayap, bertongkat paruh"... itu jika UMNO ada paruh! Situasi kini adalah saat getir yang perlu ditempuh oleh setiap pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Pengorbanan berlaku dan dituntut dalam pelbagai cara.

Pendapat peribadi saya, baik di peringkat kepimpinan tertinggi mahu pun akar umbi telah sama-sama melihat bahawa KJ adalah salah satu faktor yang menidakkan penyatuan ahli sayap Pemuda. Cuma atas seribu satu alasan, ada yang mampu dengan lantang untuk melaungkan hakikat ini, sebaliknya seperti biasa sebilangan lagi mengamalkan "self-serving bias" dalam hal ini.

Kekusutan yang ada di dalam Pergerakan Pemuda harus segera dirungkai. Walau susah bagaimana pun, pemimpin dan ahli-ahli UMNO wajar tanpa sebarang sikap bias menerima hakikat bahawa KJ adalah antara penyebab kemelut serius di lapisan yang sepatutnya diharapkan lantang dan gagah mendayung bahtera parti ke medan perjuangan.

3 comments:

Admin CCZ said...

Masih tak belajar dengan Tsunami politik 2008. Tetapkanlah sindrom deny banyak2..orang dah jemu dengan Pemuda.

red rooster said...

Sdri CCZ,
Betul kata sdri. Bagaimana sesebuah parti itu nak mentadbir persepsi rakyat/pengundi supaya dilihat positif jika setiap kesilapan yg terdahulu masih tidak mahu diperbetulkan? Environment teaches us to alter our behavior, so that positive consequences can always be maximized.

Anonymous said...

Salam bro,

kadang-kala di dalam politik, berkata-kata adalah lebih mudah dari melaksana. Tidak dinafikan saudara KJ kini mengalami krisis dalam pentadbiranya..krisis ini berpunca apabila pucuk pimpinan parti sendiri yg dilihat tidak menyebelahi beliau...walaupun menang, KJ dianaktirikan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti...jgn nafikan bahawa KJ sebenarnya telah berusaha dlm memperbetulkan keadaan, namun ia tidak mendapat sokongan dari Pemuda itu sendiri...dalam soal pemilihan calon KP Negeri, jgn nafikan hak beliau sebagai ketua dan pembuat keputusan..kadang-kala keputusan dan perancangan yg baik adalah bukan dari suara majoriti...jgn dgn mudah menunding jari mengatakan KJ punca kemelut ini, kerana jgn persiakan permata bernilai di dalam genggaman kerana sibuk mengejar kaca-kaca berserpihan....