Saturday, 21 November 2009

Ini Bukan Demokrasi Kita

Hari cuti begini, kalau tak kemana-mana memang saya selalu menghabiskan masa di hadapan komputer di rumah dan membaca pelbagai berita dari laman web serta blog. Memandangkan kecenderungan kepada politik tanah air, hari ini banyak berita politik yang saya baca. Akhirnya, saya termenung dan teringat lagu puisi ini:

Sampai kapankah kematian
Ibu tua dan anak kecil
Nyawa yang menjadi korban
Atas nama demokrasi

Sampai kapankah kehancuran
Tamadun yang dibanggakan
Darah merah jadi saksi
Kehebatan demokrasi

Apabila demokrasi datang
Bersama laskar dan senjata perang
Musnahlah kedamaian
Musnahlah keindahan
Yang tinggal kesengsaraan

Budaya pun bertukar ganti
Moral pun rosak dan keji
Minda dibuai ilusi
Yang bernama demokrasi

Lagu ini dinyanyikan oleh Sohaimi Meor Hassan (juga popular dengan lagu Epilog Cinta Dari Bromley) lama dulu dan amat sukar kedengaran di radio pada masa sekarang. Dulu-dulu masa mendengar lagu ini saya kurang faham liriknya. Dengan apa yang telah dan sedang berlaku di negara kita sekarang, saya semakin dapat menghayati lirik lagu di atas yang bertajuk 'Ini Bukan Demokrasi Kita'.

2 comments:

s said...

Bro,
Suhaimi Meor Hassan ni yang bestnya lagu 'epilog cinta dari Bromley'.....

Anonymous said...

red,
saya rasa negara kita pun kini sedang 'berperang' dengan pelbagai situasi!

jamil
p.jaya