Kebelakangan ini, PAS secara terus menerus berdepan dengan pelbagai serangan politik yang nyata memberi tekanan yang tersendiri. Isu-isu seperti pergolakan di Perak dan Selangor, isu kerajaan perpaduan serta isu kepimpinan yang dicetuskan oleh Nik Aziz membawa kepada parti itu mengadakan seminar politiknya di Taman Melewar hari ini. Akhir-akhir ini ada pula cerita-cerita yang mengaitkan beberapa pemimpin PAS mula mengkhianati parti tersebut dan berminat dengan kerajaan perpaduan... wallahualam.
Tekanan ke atas parti tersebut juga turut bertambah dengan isyarat perubahan yang semakin nyata dalam UMNO selaku parti utama Barisan Nasional. Menurut Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, semua parti patut sedar bahawa menjelang PRU-13 nanti kemungkinan sekali corak pemikiran pengundi tidak akan sama lagi dengan situasi PRU-13. Sangat berkemungkinan, tidak akan ada lagi pemikiran 'anything but UMNO' kerana sedikit sebanyak Najib telah berjaya memperbaiki 'kerosakan' yang dilakukan oleh Abdullah Badawi.
Berhadapan dengan tekanan politik semasa, PAS terpaksa memilih kaedahnya sendiri untuk memastikan kesetiaan pemimpin-pemimpinnya terhadap parti itu. Dalam perkembangan yang terbaru, PAS dilihat terpaksa bersandar kepada kaedah bai'ah atau sumpah taat setia jatuh talak tiga terhadap isteri bagi mengelak mana-mana pemimpin khususnya wakil rakyat mereka dari melompat parti.
Saya berpendapat, amalan ketaatan atau wala' seperti ini amat aneh. Saya bukan ahli agama, tapi rasa saya amalan bai'ah yang mengheret persefahaman rumah-tangga itu agak melampau dan dalam masa yang sama turut merendahkan institusi rumah tangga dan mertabat isteri serta kaum wanita.
Apa kata para muslimah PAS sendiri serta NGO-NGO yang selama ini memperjuangkan hak wanita? Bersetujukah dengan amalan bai'ah politik PAS ini? Islam dan adilkah cara ini? Mungkinkah muslimah PAS terpaksa bersetuju di atas dasar 'berjihad' kerana mereka di dalam sebuah parti Islam.
Mungkin sekali penulisan di dalam blog ini amat kecil suaranya, tetapi sebagai seorang Islam saya sangat berharap PAS melihat kembali amalan ini. Walaupun setiap parti itu ada matlamat politiknya yang tersendiri, hal-hal berkaitan institusi rumah tangga serta agama Islam itu sendiri tidak sepatutnya diheret menjadi perisai tekanan politik oleh sebuah parti yang mengaku 'parti Islam'.

9 comments:
amalan ini menampakkan PAS seperti merendahkan martabat kaum wanita dimana martabat, maruah dan kedudukan isteri2 perwakilan mereka (kaum wanita yang tidak berdosa) menjadi alat cagaran dalam politik duniawi.. masyaallah... semakin terpesong ulama PAS dengan ketaksuban mengejar politik dunia yang tidak kemana ini...
moga ALLAH S.W.T menjauhkan umat Malaysia dengan bencana dek tindakan yang diambil oleh ulama pemimpin Malaysia... aminn...
...kadang2 politik lebih2 pun bahaya jugak. Taraf ulama' yg ada rata2 dlm senario politik pun pada saya hanya sekadar jolokan pengikut politik. Sudah terlalu byk 'kekeliruan' timbul dari kenyatan serta tingkah laku ulama' politik sekrg.
Bai'ah ini mencerminkan martabat dan kewibawaan pemimpin-pemimpin PAS; terutama sekali mereka yang ada title Ulama.
Rasulallah saw telah mengangkat kedudukan wanita ke tahap yang tinggi dan mulia.
Betulkah Islé yang dianjurkan oleh Pas?
Grabbing Perak by corruption and deceit and holding on to the state by using the police and controversial decisions from Umno courts - show the thuggish behaviour of Umno. Dragging the legal speaker out of his chair was the despicable act of a morally bankrupt government. BN is morally unfit to govern Malaysia.
Today Malaysia has jungle law, kangaroo court and underworld police! Anyone up to date with Malaysia current status would have little difficulty in advising PR to stay away from the "lawless authorities".
Many malays don't like to admit it, but once upon a time, they were not Muslims like everyone else!
Malays were part of the migration of Polynesian peoples whose original home was Yunnan in China to South East Asia in what is known as Philippines, Indonesia, Malaysia……….
At that time the Orang Asli were already well settled in the malay Peninsula, so that makes them the most legitimate of the bumis.
Malays were animists then for hundreds of years until Indians crossed Bay of Bengal to South East Asia and spread Indian and Hindu culture to the peoples there.
Hence we had the great Hindu kingdoms which later also became Buddhist kingdoms of Langkasuka, Srivijaya, Majapahit - but main thing to note is that racially the peoples were malays and speak old malay language.
Islam only came to South East Asia from 1400 after foundation of Malacca by Parameswara. Again from India crossed Bay of Bengal and spread Islam to South East Asia. Malacca sultans were among the first converts and the rest is history.
Please note that the malays have been Muslims for only 600 years and have been Hindus/Buddhists very much longer - at least 2000 years. Malay culture is very much influenced by Hindu culture including Sanskrit words like the wayang kulit, raja, maharaja, etc.
Unlike Javanese, who are proud of their Hindu/Buddhist past reflected in great empires like Srivijaya and Majapahit, malays are generally ashamed to dwell on their pre Islamic Hindu/Buddhist past.
On the contrary some malays try to be like the Arab wannabes, trying to cleanse the malays of their Hindu/Buddhist past - in this even the songs and films of P Ramlee become victimized!
If Islam had not come to South East Asia, malays would still be Hindus/Buddhists like the Balinese which is not a bad idea, as Balinese are considered very peaceful people.
All I can conclude concerning this farce is 1Malaysia Police = 1Malaysia Worst Hooligans = 1Malaysia UMNO = 1Malaysia Dirtiest Politicians.
You are so damn right. From day one I am still trying to figure out what Najib meant by 1Malaysia. Every stooge in UMNO including his deputy is surely anti 1Malaysia if my interpretation is right.
As for PR, not only the dickhead Zulkifli Nordin, but Hassan Ali should be sacked from the parties for dragging PR through mud, with their uncalled for press releases, and idiotic stand on sensitive matters.
Post a Comment