ADUN Kota Siputeh telah dilucutkan jawatan oleh Mahkamah Tinggi kerana tidak hadir sidang DUN. Selepas ini, kalau rayuan ditolak oleh mahkamah, memang kita bakal menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil.
Awal-awal lagi sudah ada yang beri cadangan dalam blog tentang siapa yang paling sesuai jadi calon BN di Kota Siputeh. Ramai yang setuju walau pun ada yang tidak. Penyokong UMNO bukan main 'confident' lagi bahawa kerusi tersebut boleh dipertahankan dan ada yang yakin untuk tambah majoriti. Ini mungkin sebab terbaru ini UMNO menang besar di Bagan Pinang. Anwar Ibrahim pun dah buat kenyataan bahawa PAS akan bertanding di situ.
Kalau jadilah PRK di Kota Siputeh... keadaan tidak akan sama seperti di Bagan Pinang. Jangan 'syok' lebih-lebih. Orang tempatan pun banyak juga yang dah 'fade-up'. Mereka dah beri mandat pada Abu Hassan dan BN. Kenapa dia buat perangai tak bertanggung jawab? Kalau macam ini tahap prestasi wakil rakyat BN di Kota Siputeh, mungkin sudah timbul keinginan orang Kota Siputeh untuk tukar wakil rakyat.
Lebih-lebih lagi kerajaan PAS di Kedah nampak steady sahaja dan tak banyak cerita macam negeri-negeri lain yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan. Kita pun tak boleh nafikan bahawa MB Kedah kali ini memang 'steady' dan 'cool.' Orang UMNO sendiri yang berada di Kedah pun tak tertekan dengan stail Menteri Besar mereka sekarang.
Memang pening kepala Shapie Apdal dan UMNO Kedah nak 'tawan' kembali negeri Jelapang Padi tu. Sama juga ceritanya di Kota Siputeh. Kalau ikut bahasa loghat utara, 'wakil rakyat BN ni kira dok 'lena' lah sampai mesyuarat sekali-sekala pun tak boleh nak pi. Silap haribulan kalau macam ini boleh jatuh ke tangan PAS. Dulu pun calon BN hanya menang 495 undi sahaja (Abu Hassan 8,160 dan calon PAS Ismail Wan Teh 7,665.
Kalau jadi PRK Kota Siputeh... jangan dok mimpi lebih-lebih nak jadi macam Bagan Pinang!
Tuesday, 17 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ADUN yang macam nilah yg mencemar nama baik parti. Dah dipilih tak buat kerja, tak hadir mesyuarat. Nak salahkan sapa? Dah tentu constituents marah. Dahlah margin undi sangatlah tipis.. we don't need this kind of people ... harapkan sokong, sokong membawa rebah..
Jangan dok tabur Tuba dekat kolam ikan orang......Masalah dia kita tak tau...yang kita tau..dok tuduh dan mengata...lumrah orang melayu
Anon@16.27,
...tidak berniat nak menuba pun, tapi politik ialah 'mentadbir persepsi'.
Post a Comment